Khamis, 23 April 2020

Dari Puchong ke Lemang To' Ki dan Fraser Hill

Sejak bertukar kerja ni, aku kerap melepak di rumah Along aku berbanding kerja yang dulu. Komitmen sangat tinggi. 3 hari sekali duty. Masa duty 24 jam di kem. Sabtu Ahad belum tentu dapat cuti. Masa kerja lama ni, Nak keluar jauh jauh sangat kedekut. Pikir minyak pikir tol. Aku sangat berjimat. 

Nampak jer muka aku. Pagi-pagi  Along aku dah tanya. "Ada urut ke hari ni?" Aku pun kata "petang-petang nanti baru ada". Terus dia ajak pergi sarapan. Aku pun dengan senang hati mengekor Along dan keluarganya sarapan di luar. Aku memang suka waktu pagi yang aktiviti nya diisi dengan sarapan di luar. Sampai ke Cyberjaya sarapan. Mencari mamak jugak.

Lepas sarapan. Perut dah kenyang, hati pun dah senang. Tiba-tiba aktivit bertambah. Along aku ajak pulak ke Raub sana tu. Untuk makan tengah hari. Aku tengok jam. Macam sempat jer untuk patah balik ke sini untuk sesi urut petang nanti. Maka terus lah kami ke Raub sana.

 

Mesti pernah dengarkan Lemang To'Ki?Along aku kalau ride dengan geng motornya, selalu singgah sini. Memang lokasi pilihan kebanyakan kelab kelab motor dan siapa siapa yang  lalu lalang di kawasan Raub ni. Ada juga tu saja saja singgah. Macam kami lah. Saja saja datang sini untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Lauk pauk di sini sangat meriah. Masakan kampung yang berbagai pilihan. 

Paling terkenal adalah lemang nya. Digandingkan dengan rendangnya. Rendang memang dah terkenal keserat dunia. Pernah jadi makanan no 1 tersedap di dunia. Pernah juga menjadi kontroversi, 
"rendang crispy". Maka tentera bawang pun menjalankan tugasan mereka. Lemang dimakan panas-panas. Aroma lemak santannya tu, sangat membuat rasa tidak sabar. Tapi kena sabar. Ada masanya perlu beratur. Begitu juga dengan ayam bakarnya. Kena beratur juga. Mungkin sebab rasanya yang makan sekali nak lagi. 


Sambil-sambil makan, mata tu boleh lah melilau melihat-lihat kawasan kedai. Banyak barang barang lama yang dijadikan hiasan. Mana yang ada anak anak, boleh buat sesi pembelajaran. Ada barang barang lama yang dah sukar ditemui. Ini lah masanya untuk kenalkan pada anak-anak. Ada juga yang aku sendiri pun tak pernah lihat, ada ya Tapi aku masa sampai dan masa makan. Tak fokus sangat nak melihat-lihat ni. Lebih sejam dalam kereta. Perut pun dah lapar.


Di satu sudut, aromanya macam suasana persediaan raya di kampung. Bau api bara lemang diselang seli bau asap. Bersusun deretan lemang sedang dibakar. Banyak permintaan untuk lemang To'Ki ni. Tiba-tiba nak makan lemang. Puasa pun belum lagi ni. 

Cara pembuatan lemang nya masih lagi menggunakan cara tradisi. Teringat aku masa arwah nenek aku ajar buat lemang. Lepas tu belajar pulak lagi dengan Pak Teh Mak Teh aku. Arwah nenek dah tak ada. Pak Teh Mak Teh pun dah berusia. Nak baca entry aku pasal buat lemang boleh klik link biru tulis lemang ni.

Maka kita yang muda-muda ni belajar-belajarlah buat lemang. Walau teori nya banyak belajar. Praktikalnya sekali dua. Itu pun dengan bimbingan. Satu hari nanti mana tau kita pulak yang ajarkan pada anak-anak muda. Memang renyah buat lemang ni. Buluh, kayu api. Perlukan kawasan membakar. Sekarang ni pun dah ada yang jual buluh lemang.


Kalau kita tak belajar dan menurun kan ilmu takut-takut nanti lemang jadi macam tin di bawah. Aku pun tak tahu apa fungsinya. Mungkin tempat susu getah. Di atas basikal lama yang entah berapa puluh tahun usia tu adalah tong racun. Pernah lah tengok Pak cik aku guna untuk meracun semak samun. 

Aku tak ambil banyak gambar. Sebab aku laparm Bila dah kenyang, berat dah malas pulak. Ada banyak lagi barang-barang lama yang tidak ada dalam gambar. Benda pun berlaku tahun 2016. Tak banyak pekara aku boleh imbas kembali.


Lepas makan tengah hari. Ada lagi tambahan aktiviti. Kali ni aku surrender. Terus aku hubungi customer. Beri tahu. Alhamdulillah. Customer faham. Yer kan dah alang-alang. Fraser Hill dah hampir dari sini. Cuma nya aku risau. Takut minyak tak cukup. Dalam takut tu aku layankan juga. Kira ni kali ke 2 aku drive ke Fraser Hill. Jalan nya berselekoh selekoh. Ada yang tajam. Paling kena berhati-hati sebab kadang-kadang licin. Terutama bagi yang menunggang motosikal.


Ni tempat wajib bergambar. Atas ni dah mula rasa sejuk. Fraser Hill ni pun dibina untuk layankan Mat Saleh yang duduk Tanah Melayu dulu dulu. Banyak lah tinggalan bangunan seni bina mereka. Bagi penggemar kisah seram atau mencari entiti. Suka sangat mereka tempat tempat seperti ini. 


Aku ingat nak singgah makan di area kedai-kedai atas ni. Ada satu kedai aku pernah makan. Waktu cari kedai. Sekali terturun. Nasib dah bergambar. Maka turun terus. Nak pusing lagi aku takut minyak tak cukup.

Hidup ni perlukan perancangan. Kadang-kadang dalam hidup pekara-pekara yang tak dirancang selalunya menjadi. Maka rancang sebaiknya dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ni cerita 17 April 2016. Lebih kurang 3 bulan sebagai tukang urut.

   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan