Isnin, 1 Februari 2016

Kebabom Grill di Semenyih


Sejak dah tak bekerja dengan government ni dah jarang jumpa kawan-kawan. Kadang-kadang sibuk sangat sampai balik pun dah malam. Sebelum hari ni aku wasap kawan ajak keluar makan tengah hari. Sebelum aku jadi sewel sebab yer la mana ada berbual-bual macam selalu. Dulu minum pagi atau makan tengah hari jer mesti dengan kawan-kawan. Sekarang makan ikut dan. 

Jadi apabila kawan-kawan ajak makan grill-grill katanya. Di Kebaboom Grill. Aku terus setuju. Semenyih sekarang ni sudah menjadi limpahan makanan. Macam-macam pilihan ada. Seiring dengan bertambahnya populasi penduduk di Semenyih. Sekarang ni di area Sen Heng ni macam-macam gerai dah ada. Semua aku cuba. Kacang pol lah, nasi lemak kukus la dan yang pernah aku kongsi di blog ni tentulah char kuey tiaw.

Hari ni kita orang makan di Kebaboom Grill. Ramai yang dah tahu pasal truck ni. Masa hujung cuti sekolah tak pula aku jumpa truck ni. Aku makan kacang pol jer lah. Zaman sekarang kan zaman truck. Ini adalah antara orang kita yang mengunakan peluang perniagaan yang ada. Pandai cari lokasi, tepi jalan. Waktu ni kami pilih meja yang beratapkan langit terus nampak bulan purnama pada waktu itu. Jika nak bawah khemah kanvas pun ada.


Menunya ada lamb grill, beef steak, mix grill, chicken chop, fish and chip bagi yang tak suka daging dan cheezy wedges. Fish and chip, chicken chop dan cheezy wedges jer la yang tak di grill. Pilihan airnya aku pilih root beer float. Rindu kat A&W. Sini mana ada. Makan nak order apa memang tak payah. Macam biasa hantu kambing order kambing la.


Sebenarnya rupa kebaboom lamb grill ni sangat menyelerakan. Dihidang bersama roti, cheezy wedges dan coleslaw. Ada dua pilihan gravy, mushroom atau blackpaper. Aku pilih blacpaper. Nyum-nyum. Blackpaper yang dituang diatas kambing yang panas-panas akan mesra dengan kambing dan membangkitkan rasa jus kambing bercampur sos blackpaper. Aku makan habis licin sampai tinggal tulang dan tak pandang kiri kanan.
Lepas makan. Baru sedap berborak. Menyembang apa yang patut. Perempuan, bercakap adalah keperluan. Satu cara release tekanan. Sambil borak nikmati aiskrim pada root beer tu. Lama dah aku tak minum minuman bergas dan berais. Jaga kesihatan dah nak masuk 4 siri ni.

Support perniagaan anak-anak ni. Krew truck ni anak-anak muda. Mereka sangat rajin dan peramah. Baguskan? Mereka pilih untuk berniaga. Aku pilih untuk makan. Moga kita semua memperoleh rezeki yang berkat.