Selasa, 17 Mei 2016

Jalan-jalan, Minum Petang dan Mandi Manda, di Teluk Nipah



Punyalah lama, baru nak sambung cerita Ogos Gateaway. Makan masa berbulan. sejak jadi tukang urut ni sayang nak guna ibu jari lebih. Pakai hp ibu jari banyak digunakan. Kadang-kadang tu lenguh jari lepas urut. Ibu jari kan aset tukang urut. Masalah apabila lap top tak boleh nak thathering dengan hp. Alhamdulillah pagi-pagi buta ni usaha. Eh boleh pulak. Boleh la lepas gian menulis.
Sebaik sahaja tiba di Teluk Nipah, memang dihantar betul-betul depan penginapan. Lepas menunaikan kwajipan kepadaNya. Jalan-jalan ni mahu lihat keindahan ciptaanNya, jika jalan-jalan tapi ibadat ke laut. Tak sampailah ke objektif yer. Selepas berehat selelap dua lelap. Apabila matahari sudah mula melembutkan sinarannya. Angin menambahkan belaian lembunya, Kami bertiga bersiap sedia menikmati suasana di Teluk Nipah. Menikmati keindahan alam semula jadi.
 
Mula-mula sekali jalan-jalan dulu. Menyelusuri jalan raya melalui deretan kedai-kedai, melihat-lihat jualan yang ada walaupun tiada niat mahu membeli. Jika tidak bawa pakain yang banyak di sini boleh beli baju. Baju untuk ole-ole yang tertulis Pulau pangkor boleh didapati di sini. Ada juga dijual key chain dan macam-macam jenis ole-ole. Sepanjang jalan juga banyak gerai-gerai yang menjual mkanan. Memang tak laparlah kalau duduk sini. Hanya sediakan kertas yang warna-warni tu. Puaslah aku mencuci mata melihat jualan peniaga di sepanjang jalan. jika dari lorong tempat tinggal kami deretan kedai-kedai jualan ni di sebelah kiri. Dari arah kami dating naik van tadi.
 
 
Sambil-sambil jalan, kami usha syarikat yang kami dah bayar untuk ke Pulau Giam esok pagi. Lupa pula nama syarikatnya. Sudahnya kami hanya jalan dan perhatikan sahaja dari satu kompeni ke satu kompeni. Mereka ni ramai beroperasi di tepi-tepi pantai. Kami jalan sampailah jumpa tempat yang ada buaian ni. Pijak-pijak pasir pantai sikit. Ambil gambar banyak-banyak dan wefie. Ha ha ha, rasa seronok pulak bila remaja 3 sirie berwifie. tak sangka yer berkesempatan merasai teknologi ini.
 
 
 
Indahnya Alam ciptaan Allah. Biru laut yang menenangkan. Antara spot menarik yang aku abadikan menggunakan kamera hp cap Alcatel One Touch aku. Tu jer la yang ada pun. Gambar-gambar ni aku tal edit pun. Maaf yer jika tidak dapat menggambarkan keindahan yang sebenar. Kelihatan banyak bot-bot. Milik merea yang mengusahakan perkhidmatan ke Pulau Giam. Banana boat dan jet ski pun ada di sini kalau nak naik. Kami idok ler naik. Rasa dah tu benor dah. Lagi pun 3 orang jer tak cukup meriah.
 

Puas bejalan berposing dalam perjalan nak menghala ke hujung sana terserempak pula dengan makhluk boleh terbang-terbang ni. Lihatlah macam mana dia tengok aku. Main cak-cak tau. Tak lari pun bila datang dekat. Horn Bill nama burung ni kan? Ada satu hotel ke chalet di sini yang bernama Horn Bill. Mungkin diambil bersempena banyaknya burung ni di sini. Apa aku rasa burung ni mengalu-alukan ke datangan aku di sini. Boleh lah kan. 

 
 
Masa untuk minum petang, ni bahagian aku paling suka. Minum petang. "Jom minum petang" bagaikan satu kata keramat. Dengar jer cerah biji mata aku. Tempat makan juga banyak di sebelah kiri dari tempat penginapan kami. Aku tak pernah datang sini. Jadi aku serahkan pemilihan kedai kepada yang pakar. Gerai-gerai ni semua memang menghadap jalan. Bila masuk sebenarnya menghadap pantai yer. Pilih sahaja mahu menu apa. Pilih sahaja mahu gerai yang mana.

 
 

Ni nak tunjuk pemandangan ke nak tunjuk gambar cekodok? juadah minum petang kami. Cekodok dan keropok lekor. Jemput tengok yer. Inilah dia nikmat dunia. Syurga dunia, makan dan jalan-jalan. Menghirup teh panas dalam masa yang sama dibelai lembut dan mesra oleh angin laut. Masa ni dari kejauhan aku sedang melihat kanak-kanak dan beberapa orang dewasa mengerumuni obor-obor. Besar juga obor-obor tu. Kalau kena aduhai. Satu lagi aku nak cerita di sini, banyak harimau tau. Patung harimau. Kenapa dengan patung harimau ni. Masa aku sedang asyik menikmati cekodok aku dengar bunyi kuat disertakan bunyi riuh rendah. aku dah mula takut.
 
Rupanya beruk banyak di sini. Sebab tu depa letak banyak patung harimau. Majoriti kedai di sini ada patung harimau. Aku mula cuak, sebab aku ada kenangan buruk dengan beruk ni. Aku pernah kena kejar dengan bapak beruk dan disertai sekawan beruk. Selalu tak pernah pulak dia kacau aku. Bertahun sudah aku dan beruk-beruk tu berkongsi persekitaran yang sama. Sedang aku melenggang kena sergah. tak cukup tanah aku lari.

 
Cerita pasal beruk pulak, lepas makan dan selepas lihat beruk-beruk makin banyak. Aku pun ajak depa turun ke pantai. Dekat jer dengan tempat makan tu. Bergambar lagi puas selfie, berwifie pulak. Kemudian masin-masing tenggelam menikmati keindahan ciptaan Allah. Bukan hari-hari lihat laut. Aku di Semeyih sana mana datang laut. Empangan berair hijau adalah. Airnya nampak hijau dari kejauhn. Itu pun cantik juga. Tapi boleh tengok jer lah tak pernah pulak aku mandi di empangan tu.
 
 
Sebenarnya tengok laut pun dapat pahala, senangkan nak dapatkan pahala. Ada diterangkan dari hadith Rasulullah saw, hanya memandang 4 pekara ini kita sudah dapat pahala. Apa 4 pekara tu? wajah ibu bapa, Al-Quran, lautan dan Ka'abah. Ramaikan orang yang mahukan ketenangan dan meleraikan ketegangan dengan pergi ke pantai melihat lautan. Tanpa sedar dalaman diri mengarah kita mencari Tuhan rupanya. Pergi mendapatkan pahala. Merasai adanya Allah sebagai pencipta alam semesta.
 

Lama betul tak mandi laut, lepas gian. Sesekali bermain pasir pantai. Memijakkan kaki pada pasir pantai bagai satu nikmat yang tak terkata. Mandi puas-puas. Selesai melepaskan rindu pada air laut, kami mencari kedai untuk membeli beberapa kelengkapan yang tidak lengkap. Lihat-lihat apa yang ada di dalam kedai. Kedai ni berada di sebelah kiri sewaktu dalam perjalanan balik ke tempat penginapan kami. Macam-macam ada. Jadi tak perlulah susah hati yer, jika ada yang tertinggal atau terlupa. Hampir maghrib dah. Perlu segera sampai ke penginapan. Tak baik berada di luar rumah pada waktu maghrib. Waktu malam nak buat apa pulak yer.



Sambungan dari:   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan