Selasa, 12 Januari 2016

Sarapan Mee Kicap di Line Clear Cafe, Rapat Setia


Selepas berehat di rumah Yan satu malam, hari ni kami bergerak ke destinasi seterusnya. Untuk misi September Getaway. Eh Ogos Getaway. September ni tahun lepas. Opss lupa nak beritahu ini adalah sambungan cerita percutian di Ipoh. Selepas naik ETS dan menikmati Mee Kari Mak Jasak aku bermalam di rumah Yan. Sebelum ke destinasi percutian pada kali ni pekara pertama perlu dilakukan adalah isi perut dahulu. Yan bawa kami sarapan di Medan Selera Koperasi Perumahan Perak Berhad. Katanya ada juga gerai yang jual mee kicap  sedap di sini. Sebenarnya Yan pernah bawa aku ke sini dua tahun yang lalu. Tapi masa tu aku belum ada blog lagi. Disebabkan bagi aku tempat ni special jadi aku nak juga ada catatan tentang kedai ini di blog ni.

Inilah kedainya, kedai no 8. Kalau masyarakat cina no 8 ni "ong" atau pun bertuah. Memang bertuahlah kedai ni. Nama lain kedai ni Line  Clear Cafe. Pagi-pagi sudah ramai yang datang untuk menikmati sarapan di sini. Biasalah hari cuti. Bagilah can kepada ibu-ibu cuti masak yer. Terutama yang suri rumah. Bawaklah sarapan di luar. Kami yang bujang ni ambil kesempatan bersarapan dengan tenang setenangnya tanpa tergesa-gesa kejar waktu kerja. Cutikan.


Di bawah ni adalah antara pilihan menu yang ada. Apa yer namanya lupa pula. Di setengah tempat dipanggil roti gedik. Penggemar telur macam saya suka sangatlah menu ni. Roti yang disapu mentega kasi garing sikit. Ada telur pula tu. Nyum....nyum.....di temani dua sahabat setia kicap dan lada. Kicap dan lada ni saling melengkapi rasa roti yang kosong tu. Bagai kami bertiga....saling melengkapi dan memberi warna pada dunia. Roti ni kami kongsi bertiga yer. Tak dapat nak makan seorang.


Mee dah sampai. Lihat macam mana rupa mee ni dihidangkan. Mangkuk berisi kuah di bawah, manakala meenya ditindih atas mangkuk. Nampak kan kicap, taugeh dan daun bawang? Di sini pun boleh pulih nak mee ke kue tiaw ke. Dalam bekas kuning tu sambal nyer. Sambal ke namanya? Seronok rasanya. Sarapan yang lain dari kebiasaan. Tempat aku mana ada mee kicap, mee kicap ni. Memang tak jumpa lagi setakat ni. Nasi lemak, roti canai atau lontong banyak dan senanglah nak cari. Jadi aku menikmati perbezaan di sini.


Gambar di bawah adalah rupa mee kicap sup. Supnya ringkas sahaja. Tetapi tetap ada rasa walau bukanlah macam sup kita yang rempah dah sekian. Sup ala-ala masakan Cina. Sah-sahlah ini memang makan orang Cina. Dalam sup tu adalah yang macam dalam yong tau foo tu. Nampak sedapkan? Memang sedap pun. Masa aku ke sini dulu aku makan mee kari. Aku jeling-jeling jer tengok orang sebelah makan mee dengan kicap. Sedap ke? Aku pun cuba rasa yang Yan order. Rasa sikit-sikit jer. Nasib tak habiskan sup si Yan.
 
 


Inilah mee kari yang aku makan dulu. Memang sedap dan rasa karinya. Dalam kari ni pun ada perkakasan seperti yong taufu. Jadinya peminat sup atau kari anda ada pilihan di sini. Kuahnya ya ng masih panas. Taugeh yang segar. Bebola-bebola yang segar jadi penambat selera. Walaupun aku makan ni bulan 8 yang lalu tetapi rasanya masih teringat. Jika berkunjung lagi ke rumah Yan aku akan pastikan sarapan di sini lagi. Perut sudah kenyang. Perjalanan di teruskan. Kami ke Lumut untuk ke Pulau Pangkor pula. 
 
  

Sambungan dari:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan