Jumaat, 26 Jun 2015

Jalan-jalan Ramadhan di Danau Kota

Ramadhan-ramadhan ni selain masjid dan surau ramai pengunjung, tempat-tempat macam up town Danau Kota ni pun meriah juga. Tapi bila hujung Ramadhan masjid dan surau semakn kurang pengunjung. Hari aku tulis entry ni pun, jemaah kurang banyak dari hari biasa. Tempat shoping la pulak makin ramai orang. Ramai yang membuat persiapan raya disaat-saat akhir.

Bila sampai saja up town Danau Kota, kereta punyalah banyak, nak cari parking lagi. Akhirnya dapat parking di bahagian hujung jalan. Bolehla, untuk kesihatan. Elok jalan jauh. Maka kami pun menapak lah.Tapi bila ramai-ramai, jalan sambil borak-borak. Tak lah rasa sangat.

Sebelum puasa baru-baru ni, aku ada datang ke Danau Kota ni. Selepas makan di Too Woo MBA bersama kawan dan anak-anaknya yang datang dari Sarawak. Waktu tu parking tak kena bayar pun. Kali ni parking kena bayar RM 3. Ada yang menjaga dan mengutip duit. Ramai juga geng nya. Katanya ada kereta kena pecah. Entahlah, dah jadi macam di Yogja. Parking jer kena bayar. Dalam masa yang sama kelihatan juga anggota RELA menjaga lalulintas. 

Bayangkan dari Semenyih boleh ke Danau Kota, nak jalan-jalan jer pun. Lepas terawih pun sempat lagi kalau nak datang sini. Tempat ni masih buka. Masa malamlah juga tidak panas. Sesuai bawa anak-anak kecil. Kurang meragamnya bila keadaan sejuk. Aku dan rakan pun tidak ketinggalan untuk merasai keseronokkan suasana ramadhan di Danau Kota ni. 

Pekara paling menyeronokkan yang buat aku teruja bila setiap kali datang ke sini, adalah pilihan makanannya. Sebab tu la datang ke sini sebenarnya. Apa yang tak ada? Rasanya semua ada di sini. Aiskrim pasu, yang sebelum ni sangat popular. Sampai ramai la yang update di fb, ig dan sebagainya. Aiskrim tempurung sampai la ke aiskrim goyang. Muat ke tak muat perut nak makan semuanya tu. Jadi pilih-pilih la nak makan aiskrim apa. Jika peminat aiskrimlah. Tapi malam-malam ni, kurang sikit aku nak cari aiskrim. Lagila bila malam dah nak ke pagi. Sejuknya lain macam.


Walaupun aiskrimya kelihatan menggoda, dan aku ni pun penggemar aiskrim. Kelihatan meriah aiskrimnya. Berbagai perisa. Namun tidak tergoda pada kali ini, Lain kali mungkin. Bila malam hari yang panas.


Biasanya ramai kemari yang mencuci mata. Lihat-lihat jika ada yang berkenan. Dari t shirt, kasut, bag tangan, tudung, aksesori, bunga api, mercun sampai lah ke vape. Macam-macam lagi benda yang ada dijual di sini. Bagi yang suka sugar glider, di sini pun ada dijual sugar glider. Bila penat berjalan kaki rasa lenguh, tak perlu risau. Banyak gerai-gerai yang menawarkan perkhidmatan urutan di sini. Mereka juga memberikan tawaran harga yang berpatutan.  Sambil jalan-jalan ada juga busker yang menghiburkan. Meriah la keadaannya.


Bila aku penat kaki dah lenguh aku dan kawan-kawan tak cari tukang urut. Kami cari makanan. Tujuan utama ke sini. Nak makan. Jadi kami pilih gerai mana nak makan. Jalan lagi satu round kawasan gerai makan. Tapi perut masih kenyang. Kenyang berbuka di rumah Pak Ngah tak habis lagi. Kenalah makan yang ringan-ringan sahaja. Jadinya mata terlihat gerai yang jual air dalam cawan yang besar. Boleh tahan besarnya. Cowboy's Town Coffeeand tea, dri jauh dah menarik. Teruja nak tahu rasanya.


Sementara tunggu air siap. Fikir nak makan pula, aku perut muat lagi. Masih boleh diisi. Jadinya kebetulan kedai steamboat Ilham ni sebelah dia jer, kami pula duduk di meja depan gerai stemboat dan aku juga memang suka makan cocok-cocok ni. Lagilah kalau dapat sayur kangkung. Dicelur air panas dan makan dengan kuahnya. Makan masa masih panas-panas. Memang kegemaran aku la. 


Mula-mula kena pilih dulu. Tauke gerai akan bagi pinggan polystyrene. Harga mengikut warna pada batang penyocok tu. Selepas pilih celurkan ke dalam air panas yang telah disediakan. Dah siap, depa akan leraikan. Tapi aku tak bagi leraikan. Nanti aku lerai sendiri. Kemudian pilih kuah. Ada 3 jenis kuah. Kuah kacang, black paper dan kuah yong taufu biasa. Dah siap duduk dan nikmatinya.


Nampaknya sangat menyelerakan. Tak pilih banyak-banyak. Nanti kenyang sangat, malas nak memandu. Lagi pun masih beringat program menurunkan BMI. Tak lupa yer. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan.


Nama kedai steamboat yang kami singgah ni namaya Steamboat Ilham. Sebenarnya ada lebih 3 gerai yang menjual steamboat ni. Jadi boleh la pilih-pilih nak makan digerai mana satu. Hidup ni sebenarnya banyak pilihankan?


Dekat-dekat gerai tu ada juga dijual sengkuang calit. Kawan-kawan aku suka sangat lagu sengkuang calit ni. "sengkuang calit, sengkuang calit, sedap meleleh." Asyik jer depa ni nyanyi. Berulang-ulang nyanyinya. Siap tanya pulak kenapa orang tu tak pasang lagu sengkuang calit tu. Rupanya bateri dah habis. Mujur aku tak tinggalkan depa ganti speaker tu. Penangan sengkuang calit ni. Punya la sedap siap tapau bawa balik lagi. Memang sedap pun. Rangup dan sosnya manis-manis. Kiranya ni memang kena dengan selera depa orang.


Berbalik pada Cowboy's Town Coffee & Tea ni, ada macam-macam pilihan air. Memandangkan cawannya besar jadi kena syare berdua. Kalau tak kembung perut la nanti. Aku cuba ice caremel roast coffee. Seperti namanya. Memang rasa kopilah. Berbaloi dengan harganya RM 7 dan rasanya yang sedap. Nak bagi segar mata nak memandu balik Semenyih.


Besarkan? Untuk minum dua orang. Bagi yang kuat minum seorang mungkin boleh habiskan. Ingatkan tak habis. Tapi sebaik sahaja makanan habis, air ni pun habis juga. Tempting jer bila sedut airnya. Rugi pulak syer. Sorang pun boleh ni.


Istimewanya gerai ni adalah cara pembawakan taukenya. Siap pakai topi koboi. Rupa gerainya pun meriah dengan bahan-bahan yang digunakan untuk siapkan air yang dijual. Memang tak menyesal beli air di sini. Dapat lah jugak mencuba sesuatu malam ni. Sahur sekali lah ni kiranya. Gerai ni tidak putus orang datang, payah nak ambil gambar gerai kosong. Kena sabar dan cepat-cepat.


Lepas dah rehat minum-minum. Sempat lah juga beli kasut di sini. Fesyen anak-anak muda zaman sekarang ni. Ala-ala macam plastik jer nampaknya. Sabar jer la adik ni layankan kerenah aku ni. Kawan-kawan pula suka sangat mengusik adik yang yang menjual ni. Lepas satu satu aku cuba. Muat tapi tak ada saiz lah. Muat tapi tak ada yang baru. Tu jer yang ada lah. Cuba tapi tak sesuai lah. Akhirnya dapat juga sepasang. Asyik pakai selipar jamban jer. Kaki pun dah naik keras. Tak berjaga. Eloknya pakai kasut dan stokin selalu. Nanti kakinya cantik.


Bila di kedai jual brooch, aku tertarik seinggah. Aku sebenarnya cerewat bila nak beli brooch ni. Aku suka yang tak ada batu. Ada batu ni asyik batunya tercabut. Cantik memang cantik. Jadi hari ni punyala banyak pilihan. Suka hati aku. Selalunya ada dua atau tiga pilihan sahaja. Itu pun mujur ada. Setengah tempat tak ada. Jadi bila jumpa kena la beli banyak-banyak. Lagi pun banyak dah hilang atau tercicir. Nak raya, ni penting tau.


Apa pun hidup ni tak kan nak serius saja. Sekali sekala, perlulah bersantai-santai. Tak perlu dirancang-rancang sangat.Tak apa balik lambat sekali sekala. Jauhnya nak drive balik semenyih. Paling penting gembira dan syukur dengan apa yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan