Ahad, 21 Jun 2015

Bazar Ramadhan di Tesco Semenyih

Syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan. Hari ni dah masuk hari ke 4. Semalam buat kali pertama untuk ramadhan ni aku ke bazar ramadhan. Hari sebelum-sebelum ni masak sendiri. Memandangkan semalam hari Sabtu jalan dari semenyih menghala ke Rinching lancar. Tidak seperti hari biasa, sangatlah jem. Dari Sungai Lalang ke Tesco Rinching, macamlah tiada bazar yang dekat-dekat. Di Semenyih sentral pun ada bazar. Tapi tiap-tahun ke sana tahun ni nak merasa ke sini pula

Sebaik sahaja sampai dari jauh nampak kemeriahannya. Di sini senang nak parking kereta. Boleh pilih, banyak parking. Aku minta kawan parking jauh-jauh sikit. Boleh jalan kaki untuk bakar kalori. Sambil menyelam sambil minum air. Walau ramadhan misi mendapatkan BMI di bawah 26 masih diteruskan. 

Bazar di sini teratur sama seperti di Semenyih central, ada 4 baris. Jadinya bagi mencuci mata, mula-mula jlan dulu satu pusingan, orang ramai jadi jalannya perlahan-lahan. Sambil tu melihat-lihat apakah makanan yang kena dengan selera. Habis tengok semua barulah patah balik cari apa yang dihajati.


Sepatutnya dah fikir siap-siap nak makan apa. Jadi tidaklah membazir masa. Tapi disebabkan nak cuci mata sangat di bazar ni. Mujur tak poket sekali dicuci. Untuk selamat had limit hari ni untuk berbelanja RM 10 sahaja. Biasanya RM 5 jer. Kedekutnya aku ni. Ramadhan tak baik ikut nafsu dan membazir. Dalam masa yang sama kita support peniaga yang mencari rezeki lebih. Maklumlah gaji bulanan tiap-tiap bulan pun selalunya cukup-cukup. Inikan pula nak raya. Bagi yang sudah berkeluarga, baju baru untuk anak-anak, kuih raya, minyak kereta balik raya, duit raya, servis kereta dan macam-macam lagi. Semuanya nak ditampung dengan rm 500. Bagi yang menyimpan alhamdulillah, mungkin sudah bersedia. Jadi apa salahnya berbagi rezeki. Tapi bahaya bazar ni. Jika sehari RM 10, jika sebulan sudah RM 300. Kalau bawa anak-anak. Lebih lagi belanjanya, seorang nak itu seorang nak ini. Kurang pula budget raya nanti. 

Mana-mana bazar pun ada macam-macam pilihan makanan. Murtabak tu macam menu wajib. Tahun lepas aku tengok ada murtabak Singapura tahun ni tambah pula murtabak maggie. Memang pun biasanya kalau ramadhan ni murtabak umpama satu menu utama yang wajib beli. Terutama sekali bila berbuka puasa beramai-ramai satu keluarga. Satu lagi ikan bakar, atau ayam golek. Antara juadah yang popular juga di bulan ramadhan. Mungkin seharian berpuasa, ikan atau ayam bakar ni menjadi pembuka selera.



Laksa memang mana-mana pun ada di mana-mana bazar ramadhan, bukan bulan pusa pun banyak dijual di pasar malam.. Tapi kali ini aku nampak ada dijual lontong kering. Selalunya ada di Johor. Jarang aku tengok ada di Semenyih ni. Tapi aku tengok ajerla. Memandangkan sudah ada juadah lain menambat hati ni.


Di gerai di bawah ni menjual pelbagai karipap, macam-macam jenis karipap. Karipap daging ada karipap sardin pun ada. Karipap di sini digoreng panas-panas lagi. Memang menggamit untuk singgah. Bagi yang tak suka kuih yang lembik-lembik tu karipap ni boleh la dijadikan pilihan. Kuih muih berbagai pilihan. Begitu juga air, jadi pandai-pandailah pilih gerai yang bersih dan sedap. Bersih tu mesti dicari sedap tu bonus, nanti cirit-birit kan susah. Tetapi sepanjang membeli di bazar ramadhan sebelum-sebelum ni tak pernah lagi mengalami masalh sakit perut, alhamdulillah.



Bagi yang suka makanan bergoreng dan panas-panas, sotong ada, ayam pun ada pilih sahaja dan sediakan sahaja duit. Anak-anak pasti suka, mak anak pun suka kalau macam ni. Ada pilihan sama ada nak yang pedas atau tidak. Kelihatan sungguh menyelerakan. Kawan saya beli satu sotong raja ni buat berbuka. Hari tu masa belum bulan puasa, masa singgah dicendol Burhan tu kami tengok saja sotong raja ni, berlagak lagi kat semenyih pun ada. 


Sup, inilah yang memikat selera pada hari ini, boleh dimakan dengan mee hoon atau pun kuey tiaw atau dibeli sup sahaja. Sup perut, sup daging, sup tulang atau pun sup campur. Beli panas-panas, nanti nak berbuka panaskan lagi. Makan dengan nasi kosong. Aku beli sup campur RM 7, makan berdua berlebih lagi. Boleh bawa ke sahur.


Gerai ni jual patin tempoyak, masak lemak cili api daging salai dan beberapa menu lagi. Kawan aku beli sayur tempoyaknya, sedap sangat. RM 5 sebungkus, cukup berbaloi dan rasanya macam masakan ibu di rumah. Berlebih juga bila dimakan berdua.

Air jagong yang aku beli dari satu gerai ni sangat pekat dan sedap Rm 2 satu bungkus, jika beli 3 RM 5. Penjual ni berkopiah orangnya. Puas hati bila berbuka rasa air yang sangat sedap, syujur atas nikmatNya. Aku juga beli kuih 4 biji RM 2 dan sup campur RM 7 yang aku ceritakan di atas tadi. Sudahnya berlebihan budget juga aku, tak lebih banyak pun lebih RM 1 jer. Jadi aku kena pastikan semua yang aku beli habis dimakan. Membazir tu kan amalan syaitan. Bulan-bulan Ramadhan yang mulia ni kan nak mentarbiah diri di madrasah ramadhan. Moga-moga kita semua beroleh keampunan di penghujung Ramadhan.

2 ulasan:

  1. salam. nk tanya ni. ok tak murtabak singapore tu? satu kedai je ke yg jual murtabak singapore tu?

    BalasPadam
  2. masa pergi tu satu kedai jer yang jual murtabak singapore...sory..saya tak try lagi murtabak singapore tu..

    BalasPadam