Isnin, 19 Disember 2016

Green Tea Latte dan Nasi Pak Ker Paw Black Canyon

Masa tengah sibuk-sibuk tentang green tea ais, aku pun antara yang nak rasa. Tapi aku elak untuk minum ais. Terutama bila yang kata dari Thailand sedap. Aku pun cuba rasa yang dijual dibungkus dengan plastik kemudian diletakkan di dalam bag kertas. Walau ada ais, rasa sikit.  Boleh tahan rasanya. Cuma aku tak suka rasa jasmine yang ada pada green tea tersebut. Aku sangka rasa green teanya macam green tea di Sushi King. 

Jadi aku pun mencari. Kebetulan jumpa di Black Canyon. Aku pergi Black Canyon di IOI City Mall. Black Canyon ni makanannya selera Thailand lah yer. Asalnya nak makan nasi pak kra paw. Masa menunggu tu tak sabar rasanya nak rasa. Nak tengok rupanya. Di ig pulak dok lalu lalang jer Matcha tea powder. 

Apa bezanya green tea dengan matcha tea powder ni? Green tea dalam bentuk daun. Dan bila rendam lama rasa sedikit pahit. Matcha pulak green tea yang muda-muda diambil dan dijadikan serbuk. Tak perlu ditambah gula atau produk tenusu. Matcha ni pun warna hijau nya cantik. Tinggi klorofil dan hebat kandungan pholypinolnya. 15 cawan green tea sama dengan khasiat 1 cawan matcha tea powder. Green tea ni memang terkenal sebagai antioksidan. Memerangi radikal bebas dan toxin yang menyebabkan kanser, sakit sana sakit sini, cepat tua dan senang menjadi berisi.

Green tea latte ni, biasanya pakai matcha green tea. Dicampur susu segar. Yang mahal bila susu tu dia jadikan buih-buih bahagian atas tu. Masa depa buat green tea latte di black canyon ni aku tak lihat yer. Aku cerita yang kebiasaannya sahaja.  

Aku memang suka lah green tea latte di sini. Matcha green tea nya rasa lebih ringan dan halus. Pekat sangat jadi tak berapa. Gabungan susu dan matcha green teanya seimbang. Nasib IOI City Mall tu parkingnya mahal. Nasib juga aku duduk semenyih. Kalau tak hari-hari pekena. 

Aku nak cerita pula pasal nasi pak kra paw. Ejaannya aku tengok banyak versi. Selain di Black Canyon ni aku suka juga yang di Johnny dan di kedai makan Alissara di Puchong. Pertama kali aku makan ni di Thailand masa umur aku 21. Lambat juga aku dapat rasa semula nasi ni di Malaysia. Nama inggeris nasi ni chicken with basil leave. 

Sesetengah tempat boleh pilih nak daging atau ayam. Setiap hidangan pasti ada telur sekali. Di Alissara ia sedikit pedas. Siapa suka pedas pasti suka sangat. Macam aku kena sedia airlah. Siapa yang tak suka daun basil tak akan suka nasi ni. Kalau tak suka sayur pun mesti tak suka. Jenuh nak asingkan nanti. Alamak baru cerita dah kecur air liur aku. 

Makanlah sementara masih boleh makan. Dalam masa yang sama jalani gaya hidup sihat, serta kawal pengambilan gula dan lemak. Supaya dapat terus makan sampai bila-bila. Nanti bila kena penyakit kena pula berpantang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan