Sabtu, 2 Julai 2016

Cuti Sekolah di Melaka

 
Sekembali dari Turki Disember 2015, adalah cuti sekolah. Pada kebiasaannya cuti sekolah, yer macam biasa dalam catatan aku. Aku akan bawa anak-anak buah  bercuti. Paling teruk kalau aku tiada budget yang banyak, aku bawa depa main bowling dan makan-makan. Kali ni nasib tak baik masa cuti sekolah aku baru balik dari Turki. Biasalah baru balik melancong kan. Tapi kalau dah rezeki. Kawan belanja cuti. Dapat dua bilik siap sarapan. Paling penting, diajaknya anak-anak buah dan kakak aku turut serta. Kalau aku sorang nanti bosan pulak. Jadi kali ni percutian sangat meriah. Bercuti dengan kawan-kawan baik dalam masa yang sama keluarga ikut serta. Kami berkonvoi 4 kereta. Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di Petronas. Semua sekali ada 3 keluarga dan 2 orang bujang tanpa keluarga. Selepas cukup semua anggota perjalanan ke Melaka pun diteruskan.
 
 
 
Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Sebelum tu makan tengah hari dahulu. Di Melaka ni asam pedas lah yang terkenal. Hampir dengan resort ni ada kedai makan tengah hari yang menghidangkan menu asam pedas. Asam pedas yang special adalah asam pedas telur sotong. Harganya juga berpatutan. Rasa asam pedas di sini pun boleh tahan juga sedapnya. Sampaikan ke esokan harinya sebelum balik repeat lagi. Selesai isi perut terus check in bilik dan rehat. Semua nya di uruskan. Syukur alhamdulillah, rezeki.
 
 
Petang bila cuaca redup barulah turun bawah untuk bermain. Inilah tempatnya, anak-anak buah  bolehlah bermain air sepuasnya. Tapi mereka ni kurang lasak dari mak usunya. Nama tempat ni Bayoou Lagoon Park Resort . Sesuai sangat untuk bawa anak-anak. Cuma apabila cuti sekolah tempat ni sangat ramai orang. Seperti biasa jika melibatkan air, depa ni mesti ajak mak usunya turun air dulu baru depa turun. Maka aku pun dah macam kanak-kanak ribena. Naik tangga turun gelongsor air bersama-sama mereka. Puas bermain, bersiap pula untuk makan malam. Destinasi pilihan adalah Pantai Kelebang. Lepas makan boleh jalan-jalan pula.
 
 
 
Selamat pagi. Nikmati dahulu kopi sebelum second round berendam dan menggelongsor dalam air. Ni tangan aku dan anak-anak buah yang bam-bam. Seorang sahaja yang tidak bam-bam. Anak buah aku yang lelaki takut betul kalau aku kahwin. Katanya kalau aku kawin nanti tak bawa dia jalan-jalan. Kanak-kanak kan. Macam-macam. Ketawa aku mendengarnya. Untuk second round ni mandi puas-puas sebelum chekcout. Masa ni, kami menghabiskan masa besama sepenuhnya. Walau masing-masing sudah ada keluarga itu bukan lah halangan untuk mengekalkan persahabatan. Alhamdulillah suami mereka juga sangat menyokong dan sporting.
 
 
 
 
Peluang yang ada, alang-alang sudah di Melaka. Peluang ini digunakan untuk jalan-jalan. Tapi jalan jem padat. Redha sahaja la yer, cuti sekolah dan hari Ahad pula kan. Sudahnya kami menghala ke Alor Gajah. Walau aku ni sudah berkali ke Melaka, dan berkali berkursus di Alor Gajah ni, inilah kali pertama aku makan cucur udang Alor Gajah ni. Rezeki anak-anak buah aku jugalah. Apalah agaknya rasa cucur udang yang sedap ni. Nampak sedap. Baunya pun sedap. Di nikmati pula dengan coconut shake. Tak dapat yang popular tu dapat yang ini pun jadilah.
 
 
  
Sebenarnya selalu ke sini. Tapi sama ada dah petang atau malam. Jadi peluang merasa cucur udang ni, memang tak dapat. Kali ni rezeki nak rasa cucur udang ni. Inilah suasananya. Orang ramai dan mujur ada tempat kosong. Kami terpaksa makan di meja berasingan dan berjauhan. Nama kedai cucur udang yang popular ni Cucur Udang Baha AG. Di sini seronok santai-santai, selepas penat memandu. Macamlah jauh sangat. Penat sebab jalan jem.
 
 
 
Cucur udang ni dijual secara set. Jadinya tidak perlu pening kepala. Jika pesan yang untuk 3 orang makan, memang cukup untuk 3 orang. Jika pesan untuk 5 orang memeng cukup untuk 5 orang makan. Sebelum ke sini kami dah pun makan tengah hari. Jadinya bila yang nak last-last tu lambat sikit habisnya. Masing-masing sudah kenyang. Apa yang specialnya cucur udang Alor Gajah ni, adalah sosnya. Rasanya sedap. Ada juga dijual sos cili ni di sini. jika nak bawa balik boleh lah beli. Cucur udangnya juga berasa dan sangat nikmat bila di makan.
 
 
 
Menjadikan lagi kenyang, makan cucur udang dengan coconut shake. Coconut shake letak aiskrim pula tu. Cuaca panas masa ni. Jadi coconut shake ni sangat menggoda. Bukan sahaja rupanya menggoda rasanya juga sangat sedap. Bukan anak-anak buah sahaja yang suka. Mak buahnya pun suka. Bila perut sudah di isi dan sudah berehat sekejap. Barulah semangat nak memandu. Kalau jalan tak jem 1 jam 1/2 boleh sampai. Bila jalan jem ni, sabar jer lah yer.
 
 
 
Paling penting anak-anak buah gembira dan pada masa yang sama dapat bersama kawan-kawan. Dalam persahabatan ni memberi tanpa pernah ada rasa aku beri lagi banyak. Jika rasa itu mula ada, itu bukan persahabatan namanya.
 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan