Selasa, 20 Disember 2016

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Ini adalah kali ke 2 aku ke sini. Tak berapa jauh dari pusat bandar, lebih kurang sejam. Kali pertama bersama kawan-kawan. Kali ke dua pula pun bersama kawan. Memandangkan dalam perjalanan pulang dari Jengka ke Kuala Lumpur. Boleh lah singgah. Kawan tak pernah lagi ke sini, maka realisasikan lah yer. Memandangkan ini adalah antara destinasi menarik di Pahang

Mahu ke sini rupanya ada pengangkutan awam selain dari taxi, ada shuttle bas dari berjaya time square yang tiketnya boleh dibeli di tingkat 8. RM 60 untuk dewasa dan RM 55 untuk kanak-kanak, pergi dan balik. Jika naik shuttle bus tak perlu bayar tiket masuk. Jika naik taxi dalam RM 300.

Aku pergi bawa kereta sendiri. Jalan boleh tahan. Alhamdulillah masa aku bawa orang atau masa orang bawa aku, tiada berlaku tragedi terkeluar isi perut kerana pening. Jalannya mendaki dan banyak selekoh. Macam jalan ke Genting Highland. Tempat ni pun dekat jer dari Genting.

Selepas melalui fasa-fasa mendaki. Tiba di pintu masuk. Untuk RM 13  dan RM 8 untuk kanak-kanak. Perjalanan diteruskan dengan menaiki kereta. Memandangkan dah petang, aku tak singgah taman Jepun. Kalau nak ambil gambar pakai baju jepun boleh lah singgah. Jika tak bawa kereta ada juga shuttle bas untuk dari satu tempat ke satu tempat. Botanical Garden yang ada di sini aku tak pernah pergi.

Bangunan pertama ni terletak tempat letak kereta. Nampak bangunan ni macam tidak digunakan dah. Sayang sangat. Bangunan ni sangat cantik. Masa nak keluar tu, bawa siap-siap peralatan penting-penting. Terutama untuk bergambar. Bawalah monopod bagai tu. Nanti jenuh nak patah balik. Kalau kuat minum bawa air siap-siap.


Keluar jer dari bangunan coklat tadi, tu dia, terpampang seni bina Perancis. Aku pun tak pernah sampai lagi ke sana. Tapi tempat ni kan " A French Theme Resort". Tambahan pula di ketinggian ni suhu sejuk dari di bawah sana. 


Masuk sahaja dalam. Lagi banyak tempat nak ambil gambar. Tempat ni resort & spa kan. Banyak bilik-bilik. Bila lah dapat rezeki nak bermalam di sini yer? Dekorasi bangunannya berbeza dan bewarna-warni. Tapi masih nampak harmoni.


Di sini ada juga aktiviti flying fox, dan berkuda. Pastinya ada bayaran dikenakan. Masa aku datang ni ada persembahan dari akrobatik Cina. Hebat persembahannya. Di sini ada tempat-tempat makan yang kalau dilihat harganya. Boleh tahan. Biasanya aku tak makan di atas ni. Betul-betul naik untuk ambil gambar. Ada juga kelihatan photographer ambil gambar pengantin di sini.


Nampak tak ada kucing bawah meja? Tingginya awak naik yer en miau. Macam manalah awak boleh ada di tempat tinggi dan sejuk ni yer. Mungkin tempat ni cantik, sebab tu en miau suka duduk di sini. Siapa suka bergambar pakai cantik-cantik bila datang sini. Ala-ala model nanti gambarnya.

Setiap kali naik sini, aku mesti fikir. Macam mana lah boleh ada idea buat di atas bukit jauh-jauh ni. Teroka hutan banat. Ramai pulak tu yang sanggup datang. Pelancong luar pun datang. Manusia suka yang cantik-cantikkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan