Isnin, 25 Mei 2015

Rehat Kejap di Ladang Teh Cameron Highland

Destinasi pertama kali ini adalah Sungai Palas Boh Plantation. Sebenarnya 2 kali ke sini tetapi hanya di parking. Sebab dah tak larat nak jalan dan orang ramai sangat. Tapi kali ke3 ni akhirnya berjaya gagahkan kaki naik bukit untuk menikmati keindahan ladang teh.
Hajat di hati nak sarapan sambil minum teh akhirnya tercapai jugak. Di atas ni boleh sarapan nasi lemak, aneka kek dan pastry dan juga mushroom soup. Harganya rm 5 ke atas.
Disebabkan nak feel pagi-pagi ni. Maka order air teh boh tarik. Di Boh Plantation kan. 
Menikmati sarapan hari ni tanpa tergesa-gesa. Tanpa fikir kerja. Inilah nikmat kehidupan. Sejuk-sejuk ni lagi terasa nikmat bila dapat hirup teh tarik panas-panas. Nyaman rasanya. Kena pula dengan mushroom soup. Cukup terasa kenyang. Tak boleh makan kenyang-kenyang, nanti nak makan buah strawbery lagi.
Bukan sahaja dapat makan. Pemandangan juga sangat indah. Bayar mahal-mahal tak kan nak duduk sekejap dan tergesa-gesa. Jadinya hiruplah udara sejuk dan segar Cameron Highland dan nikmatilah kehijauan ladang teh. Seluas mata memandang.
Pemandangan ni dapat dinikmati dari anjung kedai. Teringat cerita Ombak Rindu. Ni adalah antara lokasi pengambarannya.
Lepas perut dah diisi. Mata dah menikmati pemandangan indah. Boleh la beli ole-ole. Banyak jenis pilihan teh di sini. Boleh pilih-pilih. Dari yang mahal sampailah yang murah.
Di sini juga ada pameran sejarah teh boh ini sendiri. Jadi boleh tambah lagi maklumat tentang Teh Boh di Malaysia.
Bukan sekadar baca sejarah. Cara penghasilan teh ini sendiri boleh dilihat. Dari satu proses ke satu proses.
Sebaik sahaja memasuki kilang teh ni. Kelihatan daun-daun teh diuji.
Masuk dalam lagi kelihatan mesin-mesin yang besar. Untuk mengisar dauh teh sampai halus.
Kemudian dapat dilihat daun teh yang telah diproses oleh mesin tersebut.

Teh kemudian dikeringkan. Juga menggunakan mesin. Jadi tak kisah keadaan cuaca.
Inilah rupa kilangnya. Sudah bertahun-tahun kilang ini.
Kawasan ladang ini sangat cantik. Diserikan dengan bangunan papan berwarna hijau. Bas dan taxi pun yang lama.
Akhirnya tiba masa untuk meninggalkan Tea Boh Centre ni. Puas hati kali ini. Badan punndah fit nak jalan jauh dan naik bukit.
Pemandangan ni dari bahagian luar. Indahkan? Sebelum turun dengan menurun tangga. Turun berani pakai tangga. Bila naik ikut jalan raya yang mendaki.
Dapat lihat rumah ladang. Dari jauh nampak aman dan damai. 
Harap-harap dapat sampai lagi ladang ni. Nanti nak minum teh earl grey sambil makan kek pula. Macam yang biasa dilakukan diladang teh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan