Jumaat, 1 Mei 2015

Orang dok citer...kiter try la pulak Toowoomba Deli & Meats

Tadi bertugas di TBS.  Buka booth untuk promosi. Alhamdulillah dari pukul 1100 pagi sampai pukul 1430 berjaya dapat 11 orang bekas pelatih. Esok sehari lagi di TBS. Penat di jalanan terbalas. Rasa macam nak makan sushi. Reward untuk diri pada hari ini. Padahal baru jer lagi makan. Dah kena penyaki apa tak tau. Asyik nak makan sushi. Baru jer lagi makan. Kali ni nak rasa western food di Toowoomba Deli and Meats lah pulak.

Selesai hantar peralatan di kem mula lah rasa penat sangat. Mengantuk. Teringat pulak pagi tadi jiran ajak pergi dengar talk MLM. Kalau kata tak nak. Tak manis pulak. Itu lah kan orang Melayu. Kena berlapik. Cakap tak nak, silap-silap kena ceramah pulak. Jadinya malam tak boleh la ada di rumah. Sebab bagi tau nak hantar barang. Siap tunjuk tupperware yang sememangnya ada di dalam kereta. Sebenarnya nak ke Toowoomba Deli & 
Meats, sebab nak makan western food.

Jadinya masa untuk reward diri sendiri sudah tiba? Padahal nak kena turunkan bmi ni nak kena capai 26.9...wuuuaaaaaa jauh lagi tu nak capai takpa lepas makan nanti exercize la pulak. Walau pun dari hasil bacaan tak boleh cheat diet. Sekali sekala tak apa. Selalu tak boleh la.

Bila da di perjalanan tengok jam masih awal. Teringat pulak dari mana tau Toowoomba ni. Tempat makan makanan western. Dah banyak kali sebut-sebut. Sepupu cakap sedap sangat. Bila dia cerita keenakan mash potatonya yang katanya homemade. Banyak kali dia sebut sedap-sedap. Akhirnya hari ni ke Toowoomba Deli and Meats. Dari Semenyih ok jalan lancar. Tapi di pertengahan mula lah jalan jem lebih 53 minit perjalanan. Mudah jer cari pakai google map. Akhirnya sampai jugak.Nampak dari jauh dah rasa tak sabar nak masuk.


Bila dah masuk jer rasa tak sabar pulak nak order. Kedai ni pun cantik. Di bahagian luar kedai ni pun sedap mata memandang dan di bahagian dinding ada replika lembu yang kecik-kecik dan sangat comel. Uniknya disini. Di dinding kedai pula ada rajah bahagian-bahagian daging lembu. Pakar-pakar daging pastinya tahu bahagian mana yang paling best. Siapa yang suka sejuk aircond boleh duduk di dalam. Bagi yang suka hisap rokok atau lebih suka udara luar, ruang luar ada untuk anda. Silakan.



Bahagian dalamnya simple tapi menarik, bentuk kerusi dan mejanya buat dengan sendirinya jadi rasa santai gitu. Keadaannya juga teratur, bersih dan kemas. Seronok la untuk borak-borak dengan kawan-kawan. Sambil-sambil menikmati makanan.



Bahagian dapurnya boleh di lihat. Hanya dipisahkan dengan cermin sahaja. Sempat jugak snap, Almaklumlah teknologi dihujung jari.


Menu-menu di sini sangat mesra pelanggan. Boleh pilih nak yang mahal, sederhana atau yang biasa-biasa. Atau bahasa kata lainnya, GrassFed / GrainFed & Wagyu. Wangyu tu lain kali lah try yer. Berbeza rupanya yang GrassFed dengan Grain Fed ni. Di sini ada seafood platers. Macam kat Manhantan Fish Market pulak, tapi tak order la yang ni..rupanya pun tak tau macam mana. 






Seronokkan bila kawan satu kepala. Atau melayankan ajer kerenah kawannyer. Macam biasa aku dan rakan ada hobi yang sama. Ambil gambar. Minuman dan makanan sampai jer ambil gambar, tak kisah lah orang nak kata apa. Zaman sekarang senang, kalau nak cerita balik mungkin ada yang tertinggal bila dah lama, sekarang tulis ajer dalam blog, bila rakan-rakan tanya kongsi ajer, suruh dia bukak blog ni, senangkan? teknologi.Gambar yang disimpan begitu ajer pun hilang, itu dulu lah. Bila sd kad rosak. Bila laptop problem semua hilang. Sekarang boleh kongsi di blog. Memori pun sudah tidak sehebat dulu. Bila cuba ingat peristiwa beberapa tahun lepas, payah nak panggil balik memori tu.



Berbalik pada cerita nak try pulak makanan western kat Too Woo Mba ni. Macam biasa orang tengah diet..diet la sangat sampai air pun order green tea. Tapi bila dapat apasal bau lain ni, rasa macam air teh yang di minum di Yogjakarta, jasmine green tea rupanya. Boleh la. Tapi takda teko kecik air panas. Cawan jer. Bila rasa nak tambah minta ajer la air panas. Pekerja di sini sangat baik dan membantu. 



Kawan order coppucino ais memang sedap, minum air ni rasa "tempting". Tak keras dan tak pulak lembut sangat. Rasalah coppucino tu. Nasib aku tak habiskan.


Bila mushroom soup sampai..tertanya-tanya pulak cendawan liar (wild mushroom) macam mana la cendawannyer. Tapi rasanya terangkat. Rasa cendawan liar digabung dengan cream soup tu, rasa penuh mulut makan. Beza rasanya dengan mushroom soup yang biasa tu. Lepas suapan pertama nak yang ke dua. Berkrim, terasa butiran kekenyalan cendawannya. Rasa masin dan bahan perasa ditambah rasa manis cendawan. Kalau boleh nak habiskan sorang. Tapi apakan daya sharekan. Tak boleh la nak habiskan. Sedap sangat. Tambah pulak dengan garlic bread yang aku memang suka tu. Terasa la bawang putih garlic breadnya rangup di luar. Gabungan yang secocok. Nyum...nyumm..


Untuk saya hari ni striploin steak dari lembu yang makan rumput, yang well done, masak penuh 100% dan sos blackpaper. Saya try yang harga sederhana. Sampai jer menu. Ambil gambar dulu. Lepas tu terus rasa mash potatonya. Memang sedap. Rasa kentang dan sosnya cukup. Bagi yang suka rasa butter, mesti suka. Masinnya, manisnya dan rasa lemak ubi kentangnya bila digabung dengan sosnya. Brown sosnya pun sedap, curi rasa kawan punya, bumbunya cukup.... Saladnya yang daun-daun tu pun dicurah sos yang sedap mesra la bila dimakan dengan daun-daun tu. Kombinasi yang sangat padan. Dagingnya masih nampak sedikit pink . Bila rasa dagingnya...hmmm rasa daging, lembut dan anjal tapi tak liat. Mestilahkan takkan rasa ikan? Manis rasa daging lembu tu tu masih ada. Bila dikunyah jus-jus daging tu terasa. Gabungan bumbunya terasa mesra dengan daging. Bahagian ni ada lemak, memang suka sangat lemak-lemak ni, lepas tu kecoh gemok. Tapi lemaknya tidaklah banyak sangat, bersesuaian. Sos boleh pilih sama ada nak sos black paper atau brown sos atau mushroom. Boleh pilih dua-dua pun boleh, Dua-dua pun boleh pilih

Mix grillnya pun boleh tahan, gabungan daging lembu, daging kambing dan ayam. Dagingnya mudah dikunyah. Kambingnya saya pau sebahagian, hantu kambingkan. Gabungan bumbu yang dikenakan sangat mesra. Menyebabkan rasanya sedap bila dimakan. Habislah walaupun banyak. Tak sangka brown sosnya sedap. Rasanya berbeza. Selalunya pergi mana-mana mesti pilih blackpaper sos. Di sini rasa rugi pulak tak pilih dua-dua sos. Rasa masin yang sesuai dan rasa lemak.






Sudu, garfu dan tisu, sempoikan? santai betul. Tapi kemas dan praktikal. Sendirinya mood santai dan selesa datang.  Suka pulak tengok bekas sudu ni, jadinya snap satu gambar. 



Bila free-free rasa nak datang lagi. Kalau makan free hari-hari nak datang. Paling penting dagingnya halal. Pasti tidak akan rasa menyesal datang makan di Too Woo MBA ni.



ALAMATNYA:-

Setapak G3A, 
PV 128 Platinum Mondrian, 
Jalan Genting Klang, 
Kuala Lumpur, Malaysia

BOLEH CALL:-
+60 3-4131 9006









Tiada ulasan:

Catat Ulasan