Jumaat, 20 Mac 2015

Eksplorasi Gua Tahi Bintang, Taman Negara Merapoh


Sebelum apa-apa aktiviti pagi ni, kami cari tempat untuk bersarapan terlebih dahulu. Rupanya dekat jer dari kawasan club house ni ada banyak pilihan tempat untuk bersarapan. Boleh la kami isi perut dulu. Pergi sarapan ni pergi sendiri. mudah jer cari kedai sarapan ni, keluar sahaja dari club house sebaik sahaja jumpa jalan besar, belok ke kiri . Hala ke Kuala Lumpur.

Tiba masa yang dijanjikan, En Juki ni menepati masa. Kami balik dari bersarapan dia dan Pak Teh telah bersiap sedia menunggu kami. Kami di bawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda...kiranya kereta parking di club.....maka bermula lah aktiviti hari ke 2 di merapoh ni...bermula dengan meredah suasana pagi yang nyaman...sambil lihat keindahan alam pagi lah sangat pukul 9 ni. 



Tiba di lokasi perlu melalui kawasan kebun getah, kebun orang dan belukar, kiranya jika tidak di bawa ke sini, kami pun tidak tahu macam mana nak sampai gua ni...dan mujur naik 4x4. Kalaulah naik kereta....hmmmm pikir banyak kali jugak nak lalu jalan ni.


Dari jauh nampaklah gua di balik pokok. Perjalanan untuk ke gua dari tempat depa parking 4x4 tidaklah jauh sangat. Jadi warga emas yang saya bawa bersama ni tidak jadi masalah bagi kakak ni untuk berjalan kaki. Saya lagi lah tidak ada masalah, orang mudakan....

 

Dalam perjalanan sempatlah tengok pokok hutan..En Juki yang bawa kami ni peramah, ada diceritakan nama pokoknya tapi sudah lama sangat..tak ingat sudah. Itulah ambil masa yang lama sangat untuk kongsi kat blog ni.



Memandangkan hari ni ada 3 aktiviti outdoor jadi kami memilih untuk memakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai agar selamat masa masuk gua nanti. Keselamatan adalah pekara utama, pastikan kasut tidak licin tapaknya...peralatan seperti lampu suluh, dan safety helmet ni di sediakan oleh RA adventure jadi tidak perlu pening-pening dah....


Dari jauh nampak gua batu kapor...menurut saudara yang bawa kami ni...Batu kapor di sini lebih muda dari yang di Ipoh yang mana ia sebahagian tulang belakang Malaysia, sebahagian dari banjaran Titiwangsa. Perlu dijaga untuk keseimbangan ekosistem. Banyak gua yang telah dijumpai di kawasan ini 120 seingat saya. Itu yang sudah dijumpai....ada lagi....

Sepanjang perjalanan ni banyak En Juki  berkongsi cerita tentang nasib gua batu kapur di sini, sayangkan kalau diletupkan untuk jadi kilang simen? Bayangkan tulang belakang diletup sana diletup sini. Di sebut juga nama yang bertungkus lumus menyelamatkan gua-gua di sini iaitu Laili Basir. Laili Basir merupakan seorang peneroka gua...nak tahu lagi lanjut ha tengok you tube ni.  Saya dengar jer la cerita, tidak pernah jumpa orangnya, tapi usaha ini sangat hebat.  Malam sebelum aktiviti ini pun ada ditunjukkan gambar-gambar gua yang telah dijumpai, cantik-cantik gambarnya, mereka bekerjasama dengan sepasukan dari Croatia.

Balik kembali ke cerita explorasi gua kami ni. Jika saya tidak sibuk cari ikan kelah saya tidak ke Merapoh ni dan tidak lah saya tahu cerita tentang gua di sini. Dalam pakej ni kami di bawa ke Gua Tahi Bintang sahaja, tapi En Juki ni baik dan masa ada lebih kami juga di bawa ke Gua 1000 Cerita dan Gua Air Mata Dayang. Ini Gua pertama kami jelajahi Gua tahi bintang, gambar luar jer saya simpan, masa ni h/p saya galaxy y tu tidak dapat ambil gambar dalam gelap, sayang sungguh. 

 

Ini antara makhluk yang ada di dalam Gua..nampak tak sepit macam kala jengking tu...inilah uniknya labah-labah ni. Bila kata gua jer pastinya  ada kelawar. Kami diberi penerangan jenis-jenis kelawar dan makanan yang kelawar ni makan.

Masuk dalam gua ni cukup menakjubkan..ada satu bahagian tidak boleh dipijak..bahagian tu bila di suluh kelihatan bersinar..bagai emas. Apabila panjat lagi ke atas sekali gua ditemui cengkerang siput....bagaimana cengkerang siput boleh berada di situ? Pakar-pakar gua boleh lah lihat stalactite dan stalagmite yang mengambil masa yang lama untuk terbentuk..Gua ni besar..kami ni ditunjuk kesan-kesan gajah. Gajah pernah tumpang teduh masa hujan. Ada juga pokok yang tumbuh ditengah-tengah gua yang gelap ni. Agak2 knp?




Gua Air Mata Dayang..dengan nama inilah gua di dalam ganbar di bawah dikenali, dalam gua ni ada air..menakjubkan..macam di yogja. Tapi kami tidak masuk gua ni....hanya dibawa atas jasa baik tu jer...alhamdulillah dapat juga kami lihat keindahannya....air dalam gua ni dalam tau...berpuluh kaki...hebatkan? Katanya ada aktiviti tiubing di sini....ada berani nak masuk? Jika dibuat macam di Gua Pindul pasti benar-benar mendapat sambutan. Bagaimanalah yer dalam gua ni...

Gambar di bawah ni jelas dapat dilihat pembentukan batuan di Gua ni yang masih baru. Baru-baru pun ia mengambil masa bertahun-tahun...jadi perlulah kita jaga dan hargai agar khazanah ini tidak luput di makan pembangunan.








Gambar di bawah ini adalah gua cerita..terdapat lukisan di dalamnya..lukisan zaman dulu-dulu, seolah satu cerita...menarikkan? Di Gua ni kami hanya singgah. Nak cerita banyak tidak berani takut tersalah fakta, almaklumlah pergi mei 2014 rasanya ni baru nak berkongsikan.....Nama-nama gua ni unikkan? bukan diberi sebarang jer tau contoh gua seribu cerita mendapat nama dari lukisan-lukisan yang ada di dalamnya..lukisan   yang mengandungi seribu cerita. 











Marilah kita sama-sama menyokong  Save Merapoh Cave. Dunia ni untuk anak-anak....nanti...saya pinjam jer....dunia yang bagaimana saya mahu anak-anak saya diami?Sama-samalah cintai alam sekitar. Bermula dengan buang sampah dalam tong sampah. Bayangkan bila semua ada kesedaran..Malaysia mesti jauh lebih bersih. Lepas ni saya nak cerita pasal mandi dengan ikan kelah pulak...













Tiada ulasan:

Catat Ulasan