Selasa, 7 April 2015

Semeja Semula di Nasi Kerabu Ketam Cholleey

Bermula dari  ajakan sahabat yang 4 minggu sudah tak berjumpa. Sebelum ni hari-hari jumpa. Makan pun boleh dikatakan hari-hari bersama. Semenjak kawan ni di tumpangkan di HQ payah dah nak jumpa. Ajak pun di fb. Wasap pun dah jarang-jarang. Siang sibuk kerja. Malam mestilah nak bersama keluarga kan. Jadi apabila diajak...umpama lampu bertukar hijau. Pantang ajak makan jadi ajer. Masa yang sama dapatlah berbual-bual bertanya khabar. Silaturahim yang terbina harap berkekalan walau jauh dimata. Almaklumlah rakan-rakan kami ada yang dah diberhentikan dan ada yang berhenti. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya.

Balik dari kerja semua pun berkumpul pada masa dan tempat yang dijanjikan. Walau kurang seorang tapi boleh la, asalkan berkumpul. Kami pun bergerak ke tempat yang disasarkan. Rupanya sahabat ni dah rickie dulu semalam. Tapi sayang tutup rupanya pada hari Isnin. Nampaknya rezeki kami untuk makan sama-sama hari ni. Dalam perjalanan dia pun bercerita, katanya dia dapat maklumat dari fb. Hebat kuasa online ni. Kalau sedap mana ceruk pun dicari. Rupanya kedai ni adalah rumah di kawasan perumahan. Sebelum masjid. Kedainya sangat simple. Mendaki bukit jugalah. Mujur naik kereta.



Masuk dalam kedai masa tu ada sepasang suami isteri sedang makan. Ada juga yang bungkus bawa balik. Dari luar nampaknya begini, kedai ni jika tak biasa boleh terlajak. Jika dah sampai jumpa masjid maknanya dah terlepas lah tu. Maka patah lah balik.


Sebaik sahaja sampai, duduk sebentar dan terus lihat menu yang terpampang di banner. Nasi kerabu di  Nasi Kerabu Cholleey  ni ada beberapa pilihan selain daripada ketam. Bagi yang tak boleh makan ketam ada daging dan ayam sebagai pilihan. Nama masakan ketamnya tu unik betul. Ketam tumis mak mandir. Harga ketam mengikut saiz. Masa makan hari ni harganya rm 18. Nak juga rasa apalah yang dikatakan nasi kerabu ketam. Maka cubalah. 


Tapi order kena order sendiri yer. Tak ada yang ke meja ambil order. Air pun ambik sendiri. Ada 2 jenis air boleh di pilih. Air tea "o" ais atau air kosong. Airnya boleh refill tau.


Bukan sepinggan yer. Nasi kerabu ni dihidang seperti kita order bungkus. Senang, lepas makan bungkus dan buang ajer kertas pembungkus tu dalam tong sampah.


Saya sebenarnya bukan penggemar nasi kerabu, tapi bab makan saya suka mencuba. Nasi kerabu ni bila makan saya suka solok lada. Terutama yang guna cili hijau dari kelantan tu. Di kedai ni solok ladanya walau bukan menggunakan cili dari Kelantan, rasanya masih ok. Seperti biasa ada telur masin yang dipotong 4 saya rasa. Nasib  ada yang tak nak telur masin jadi saya dapat lebih sikit. Tu yang saya suka bila keluar makan dengan kawan-kawan ni. Apa yang depa tak boleh makan saya habiskan. Saya suka telur masin. Terutama bahagian yang warna merah tu.


Indahnya nasi kerabu ni adalah ulam-ulamnya. Ulam-ulam yang disertakan dalam nasi kerabu ni terdiri dari gabungan serai, kacang panjang, kacang botol dan timun. Sambal kelapanya pun sedap. Sambal nyer bagi saya pedasla juga. Bila digaul dengan budu, ulam-ulam dan sambal kelapa. Perut yang lapar dari tadi jadi rasa sedap ajer. Sekali sekala sulam pulak dengan gkeropok yang digigit rapuh. Krup krap krup krap. Nyaman. Bahagian paling best bila gigit ketamnya. Layankan rasa manis masakan ketam ni. Namanya tidak membayangkan rasa. Saya pun tertanya-tanya mana datang namanya. Nasinya bagi saya cukup-cukup. Rasa kenyang tapi tidaklah terlajak kenyang. Sesuailah dengan pesan Rasulullah saw berhenti sebelum kenyang.


Alhamdulillah saya dapat rasa nasi kerabu ketam colleey dalam masa yang sama eratkan silaturahim dengan kawan-kawan.Rupanya tinggal kami ajer. Asyik sangat berborak. Lama sangat tak jumpa, beginilah. 


Alhamdulillah Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Rakyat Malaysia juga suka mencuba sesuatu yang baru. Makanan juga menyatukan kita tanpa disedari. Hari ini 5 hati dapat bertemu hanya kerana nak makan nasi kerabu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan