Jumaat, 30 Mei 2014

"SAFARI NIGHT"

Aktiviti bermula pukul 2100...awal lagi mereka telah tiba bersedia untuk bawa kami bertiga...dengan menaiki 4x4 dengan ada tempat duduk yang terbuka....dapatlah menikmati udara yang segar...waktu malam pulak tu .....gelap.

Untuk hari ni gambar ni jer yang dapat dikongsi....sayang betul tiada kamera yang boleh ambik gambar malam yang boleh capture gambar kucing batu tu...

Kami dibekalkan lampu yang besar...perjalanan bermula menyusuri jalan ...bermula dari penginapan kami menuju pintu masuk ke Taman Negara....
Setelah diterangkan barulah saya faham kenapa kami dibawa ikut jalan ni...bukan di dalam Taman Negara...lagi mudah untuk dapat lihat haiwan di kawasan ni...banyak makanan di kawasan kelapa sawit...

Malam ni kami dapat lihat kucing batu...ada yang sedekat jarak kurang 10m...sangat cantik...matanya bersinar...disuluh cahaya.....kami juga dapat lihat musang tengah panjat pokok....dan dapat lihat babi baru lepas berkubang....hilang warna asalnya..

Mereka kata malam ni tak banyak dapat lihat...tapi bagi saya ..okey la.....
Berbekalkan 2 lampu....tutup lampu ni...sangat gelap dan rasa dekat sangat dengan alam
Ini En Juki....matanya sangat peka...semua haiwan yang kami dapat lihat dia yang nampak dulu..penuh dengan skill dia mencari..
Pak Teh memandu dengan paling perlahan.....kami pulak kat belakang asyik memerhati....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan