Sabtu, 16 Mei 2015

Cari Jagung mutiara di Pasar Malam Brinchang...Cameron Highland

 Rehat dari rutin harian. Rehat dari fikir pasal kerja. Tenang-tenangkan fikiran. Jauh dari keserabutan. Paling penting berehat. Bangun tidur tak perlu fikir tentang kerja. Tengok orang ramai di pasar. Tengok pemandangan. Macam-macam ragam.

Bila malam berjalan-jalan di Pasar Malam Brinchang. Keadaan kali ini sangat berbeza dari sebelum-sebelum ni. Tapi lebih meriah lebih teratur. Tapak pasar yang lama dah dijadikan tempat letak kereta. Untuk sayur-sayur, ubi dan jagung di satu bahagian. Makanan pula di satu bahagian. 

Memandangkan  hotel diduduki kali ni tidak lah jauh sangat. Jalan kakilah bersenam untuk sihat sambil-sambil tu menikmati kesejukan. Apa salahnya untuk sihat. Bila ke pasar malam ni mesti nak cari sayur-sayur goreng ni. Kincam, cendawan, keledek, brokoli dan macam-macam sayur. Bagi yang tak suka sayur ada ketam, udang dan sotong. 

Kali ni makanan dah senang cari dah banyak pilihan. Paling bagus sudah ramai peniaga muslim. Bagi yang mencari yang halal perlu peka dan berhati-hati. Tengok betul-betul peniaganya. Harga untuk sayur rm 5 ada juga kedai yang jual rm 3 untuk polystyrene kecil.

Paling penting lagi bila sudah ke sini cari lah jagung mutiara. Sangat sedap dimakan panas-panas. Makan mentah pun manis. Bila di rebus pun sekejap sahaja. Jagung mutiara rebus biasanya dijual 3 tongkol rm 10. Masa beli jagung ni beli pada adik yang ramah ni. Katanya ambil gambar tak kena gst. Bagi yang dah rasa dan nak bawa balik pun boleh beli. Pilih yang elok-elok, salah pilih dapat yang berulat di dalamnya. Ada yang 3 tongkol rm 10. Biasanya besar-besar segar dan cantik. Ada juga yang selonggok rm 10 ada 7 ke 8 tongkol. Ada pilihan macam-macam jagung. Jagung susu dan jagung kristal pun ada. Boleh rasa dulu.  

Banyakkan pilihan makanan. Nasi ayam, goreng-goreng. Di sini udangnya besar-besar. Rm 10 satu polystyrene. Pelbagai mee pula di ke gerai belakang sana. Tak nampak dalam gambar.
Ibu-ibu atau kakak-kakak yang suka masak sayur mesti gila tengok sayur di sini. Macam-macam pilihan ada. 8 jenis rm 10. Pilih-pilih. Segar-segar semuanya. 
Ada banyak pilihan keledek di sini. Manis-manis rasanya. Ada juga yang dijual siap rebus. Ni bagi yang nak bawa balik ada di jual siap di pek. 3 rm 10. Kalau pandai tawar menawar. Sesetengah kedai boleh dapat murah. 
Ni hasil yang dibeli hari ni. Puas hati. Kincam goreng. Ni memang kegemaran. Sangat suka. Rangup dan sedap. Jagung tu kawan belanja. Makan panas-panas. Rasa manisnya. 

Bila balik penuh tangan kiri kanan dengan sayur dan jagung. Belum lagi strawberi, teh dan sourvenir.  Boleh beli di sini dengan harga murah-murah. Survenir pun ada juga tapi di seberang jalan. 

Kali terakhir ke sini cuti sekolah lepas sebelum banjir. Kali ni pergi di Brinchang pasar sudah berubah. Perubahan yang positif.
Hari ni nak jalan ke mana pula lah yer? Nak minum teh dan makan strawberi lah pulak.


3 ulasan:

  1. benih jagung yg gmbar dlm ni dmana bolih dapat beli..??

    BalasPadam
  2. benih jagung yg gmbar dlm ni dmana bolih dapat beli..??

    BalasPadam
  3. Maaf saya pun tak tahu nak dapatkan di mana

    BalasPadam