Semenjak kali pertama aku buat sendiri jamu, setiap bulan aku buat jamu sekarang ni, Alhamdulillah walaupun setiap kali buat aku hanya minum untuk seminggu tapi sangat berkesan. Senggugut sewaktu datang bulan pun hilang. Aku juga berkongsi dengan kakak aku jamu yang aku buat ni. Dia yang selalunya terlepek sewaktu datang bulan, untuk selepas makan jamu ini dia segar. Cabarannya adalah kesukaran mendapatkan temu kunci dan cekur yang segar. Bahan-bahan seperti halia dan kunyit mudah sahaja diperolehi, selalunya ada di dapur rumah.
Bahan-bahan sama seperti jamu tanpa masak sebelum ini. Bahan-bahan yang telah dibuang kulit dicuci bersih dan ditumbuk sampai halus. Perlu kesabaran. Perlu rajin bila nak sihat ni. Selepas semua bahan ditumbuk, bahan-bahan tadi direbus bersama 1 liter air.
Sebaik sahaja bahan-bahan tadi mendidih, air asam jawa yang telah diasingkan bijinya dicampurkan. Kemudian direnihkan sehingga airnya tinggal 3/4. Sekarang jamu ini sudah ada rasa masam dari asam jawa, Biasanya air asam jawa ni ni digunakan untuk turunkan berat badan atau kempiskan perut, bila diambil dengan konsistan, Untuk menyedapkan rasa jamu, gula melaka ditambah ke dalam jamu. Aku guna gula yang dari Terengganu. Aku letakkan 2 keping. Bila sudah siap ditapis, ambil airnya sahaja. Rupanya adalah seperti di dalam gambar di bawah. Jamu ni sedap diminum sejuk. Aku minum 2 ke 3 teguk. Ikutkan hati nak minum sampai habis, sedap rasanya. Tapi nanti overdose pulak.
Blh bg sukatan x bahan2 yg awk guna tu? Mcm nk try tp xtau byk mana nak guna
BalasPadamSaya main campak2 jer campurannya....semuanya dalam segenggam....
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamminat nk bljr buat jamu. bila dgr org ada nenek yg tlg buat kn jamu lps bsalin rsa jeles pulak sbb diorg dpt minum jamu fresh,sy pulak minum jamu yg xtau da d campo apa.. hrp dpt mmbantu huhu
BalasPadamIn sha Allah boleh saya bantu.
PadamIn sha Allah boleh saya bantu.
Padamthank you share..
BalasPadamSama2...tq sudi baca
BalasPadamBoleh tau jamu ni minum berapa kali sehari dan sukatan untuk sekali minum?
BalasPadamBoleh tau jamu ni minum berapa kali sehari dan sukatan untuk sekali minum?
BalasPadamBagi yang baru bersalin gantikan temu kunci dengan kunyit temu dan manjakani
PadamMinum 2 sudu sehari. Tapi jangan lebih seminggu.
Bagi yang baru bersalin gantikan temu kunci dengan kunyit temu dan manjakani
PadamMinum 2 sudu sehari. Tapi jangan lebih seminggu.