Ahad, 3 Mei 2015

Char Kuey Teow Sedap di Semenyih

Char kuey tiaw. Satu masa dulu aku tak pernah kenal makanan ni. Kali pertama makan waktu belajar di Kulim 1998. Gerainya depan kolej. Makan petang sampai ke malam rasa lagi asapnya. Kuey tiaw yang digoreng dengan api yang besar sampai api masuk dalam kuali. Setiap minggu ada hari outing dan juga hari keluar kawasan kolej. Tak jauh disekitar kedai atau gerai di depan kolej. Dah tak ingat dah apa istilahnya. Tiap kali dapat keluar mesti singgah.

Bila dah tamat matrikulasi, puas lah cari orang jual char kuey tiaw. Kawan-kawan yanh satu citarasa ni mencari. Dari Serdang sanggup sampai sanggup ke Puchong untuk makan char kuey tiaw. Sesekali bila ke utara singgahlah di Sungai Dua. Asal dapat mengubat rindu.

Sekarang di pasar-pasar malam senang dah jumpa char kuey tiaw ni. Sudah banyak juga kedai-kedai. Pokoknya memang senang nak cari dah la.

Di Semenyih ni nak makan char kuey tiaw sedap dah ditemui lokasinya. Berulang lah pergi walau jauh sikit dari rumah. Sanggup pergi. Banyak-banyak yang ni menepati citarasa. Walau tak sama macam yang kali pertama sampai  sendawa malam karang pun rasa asapnya.

Bila makan dekat sini selalu mesti nak tengok adik perempuan yang selalu ambil order. Bila tengok adik ni teringat masa tolong arwah ayah jual sayur. Macam tu lah, pakai jeans, t shirt dan cap. Comel adik ni. Aku dulu pun mesti orang tengok comel kan?

Char kuey tiawnyer ada dua pilihan sederhana atau besar. Biasa atau special. Saya comel jadi makan yang sederhana special. Ada telur mata. Tu yang special nyer. Char kuey tiaw yang buat sedap, bagi saya adalah kerangnya.   Dasar hantu kerang. Paling penting segar. seperti kerang udangnya segar-segar dan saiznya saya puas hati. Sosnya atau kuahnya juga memainkan peranan penting. Kuahnya sedap, berasa. Bahan-bahannya cukup. Membuatkan rasa manis masin seimbang. Ditambah pulak dengan cili jeruk.

Lokasi gerai ni adalah di sebelah kedai perabut Senheng. Di kawasan Tesco Semenyih. Pada waktu malam tau. Kawasan ni ada banyak pilihan gerai dengan pelbagai pilihan makanan. Nak borak-borak dengan kawan-kawan pun ok. Boleh pilih nak ruang terbuka tanpa bumbung atau bawah khemah.

Sekarang kawasan ni makin meriah. Ada kereta kuda yang boleh dinaiki. Tapi kena bayarlah. Mengelilingi sekitar kawasan tesco ni. Anak-anak mesti suka.

Santaikan kawasan gerainya. Gerainya bersih. Kalau dilihat mereka yang menjayakan gerai ni bagaikan satu keluarga. Mereka ni mesra dan ramah.

Gambar char kuey tiaw ni da kali ke berapa ambil. Tapi pencahayaannya tak okey. Tak ok untuk gambar tapi ok untuk bersantai sambil makan. Atau mungkin hp ni yang tak ok. Memandangkan dah bau semerbak char kuey tiaw menyerbu hidung. Pantas-pantas tutup hp. Biarlah gambar tak cantik pun tak sabar nak makan. Nak nikmati rasa kerang, rasa udang yang segar. Ditambah pulak dengan telur mata. Bila disertakan dengan kuahnya yang sedap tu. Tak kuasa nak layan benda lain.

Seronok lihat warga gerai ni. Setiap kali jugak mesti teringat waktu berniaga sayur di pasar malam. Masa kami berniaga dulu, anak beranak jer. Dalam masa yang sama hubungan kekeluargaan menjadi erat.

13 ulasan:

  1. Sblh kdai elektrik senheng semenyih tuan ☺

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih tuan, saya dah betulkan

      Padam
    2. Tukang masaknye abg sy..heheh

      Padam
    3. owh yer ker....memang terbaiklah.....nasib jauh...kalau dekat selalu kut ke sana

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Sblh kdai elektrik senheng semenyih tuan ☺

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Betul tu puan....Hari ni tu ke sana rasanya maintain lagi

      Padam
    2. Betul tu puan....Hari ni tu ke sana rasanya maintain lagi

      Padam
  4. Nk no telefon boleh? Sbb nk panggil masak untuk open house.

    BalasPadam
  5. Alamak minta maaf saya tak ambil pula no nya..selalu datang makan jer.

    BalasPadam
  6. Alamak minta maaf saya tak ambil pula no nya..selalu datang makan jer.

    BalasPadam
  7. Selalu makan kat sini. Memang SEDAP!
    Anak2 pun suka. Asik ajak makan char kuew teow jer. Nyumssss

    BalasPadam