Bila ke Jengka ni bercuti sambil berjumpa anak buah dan kakak. Seronok rasanya bila boleh makan ikut suka hati. Lagi seronok bila makan-makan tapi tak geeeemmmoooook. Makan adalah satu bentuk cara untuk legakan tekanan. Bila tertekan mula la rasa nak makan. Bila depan mata ada makanan mula lah makan tanpa henti. Walau rasa kenyang. Tanpa sedar berat dah naik berpuluh kg. Dari 58kg sekarang dah cecah 76.4. Tanpa sedar.
Bila nak turunkan susah sangat. Kena kawal pemakanan lah, bersenamlah, ada yang buat macam-macam nama diet. Diet karbo la diet protein la. Sampai satu tahap siap pergi sliming course. Masa pergi sliming course tu berat baru 68. Punyalah susah hati. Satu masa selepas itu naik juga.
Setelah lama tak peduli tentang berat badan, tiba-tiba keluar arahan. Untuk sambung kontrak perlu bmi kurang dari 26. Pitam mak. dari 76.4 kg kena turunkan ke 64. Fuhhhh...
Jaga pemakanan? kontrol makan? Jangan makan nasi. Boleh ke?
Mana boleh. Suka lagi dengan makan secara sihat. Tahu jumlah kalori yang diambil dan bersenam. Jadinya bermula dengan walking hari2 selama 30 minit. Meningkat jadi 1 jam. Sekarang ni selang seli dengan aerobik dan zumba. Kalau boleh hari-hari nak berzumba atau aerobik.
1 mei merupakan cuti hari buruh. Tapi bersenam ni tak boleh la cuti. Berdasarkan apa yang berlaku minggu sebelumnya. Berat badan tak turun. Banyak bekerja di luar dan tidak bersenam dalam masa yang sama makan berlebih. Kecewa jugak la sebab minggu sebelumnya beria workout. Selalu juga cheat diet. Satu hari curi makan banyak-banyak. Sebenarnya tak boleh yer. Jadi saya nak berzumba, tapi di mana yer di Jengka ni?
Rasa macam ada mood nak bersenam cuti-cuti ni. Alhamdulillah kakak selalu berzumba selepas habis bertugas di spanya. Jadinya ikutlah dia berzumba di tempat dia selalu berzumba di Jengka ni. Katanya dia selalu berzumba di IP Dance Studio. Lokasi Ip Dance Studio tak jauh dari spanya. Kami jalan kaki jer. Exercize jugak tu. Ip Dance Studio ni 2 in 1. Kedai dan juga dance studio.
Susun atur kedai ni kemas dan kreatif. Menepati citarasa anak muda, memandangkan IP Dance Studio (IPDS) di Bandar Jengka Pusat ni diusahakan oleh anak-anak muda yang sentiasa mempunyai idea kreatif. Macam dalam gambar di bawah ni, basikal pun boleh digunakan sebagai hiasan. Material
yang digunakan sederhana. Tetapi memberikan hasil yang mempersonakan. Gabungan warna yang digunakan juga sangat menarik. Kena dengan konsep yang dipilih.
Kedai ni juga menjual alat muzik dan t shirt. Nak dapatkan t shirt macam dalam gambar di bawah ni bolehlah beli di kedai mereka ni. Begitu juga alat muzik. Dalam gambar ni yang banyak kelihatan adalah gitar.
Anak-anak muda yang sukakan cap juga boleh dapatkan di kedai ni. Aku pun kurang mahir dengan fesyen anak-anak muda ni. Fesyen-fesyen ala2 street dancer selalu pakai.
Comelkan bantal selamat datangnya, Macam mana orang-orangnya yang mesra alam begitu jugalah dengan suasana studionya. Rasa selesa di sini. Rasa macam di rumah dan selalu rasa dialu-alukan. Walaupun ini kali pertama menjejakkan kaki di sini. IPDS ni meriah. Geng-geng zumbanya akrab.
Kali ni aku pilih untuk berzumba. Bayaran sejam untuk satu sesi. Boleh pilih nak aerodance, zumba, street dance atau aerobik. Bayaran juga berbeza mengikut jenis. Manakala jurulatihnya sangat sabar dan step yang diajar mengikut kemampuan. Diajar langkah demi langkah. Paling penting rasa selesa dan enjoy di sini. Terutama aku yang memang suka menari ni.
Mereka ni memang pandai menari. Seronok pulak bila tengok lenggok tarian mereka. Rasa geram pulak nak ikut. Tapi susah juga nak diikut. Masa pergi hari ni dapat step untuk dua lagu. Berpeluh-peluh. Jadi objektif untuk bersenam hari ni ter capai. Lain kali kalau cuti di Jengka lagi boleh ke sini.
Penduduk Jengka bolehlah ke Bandar Pusat Jengka, Studio ni di atas kedai kain Takzim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan