Selepas lama merancang akhirnya tercapai juga hajat seorang sahabat yang baru sahaja kembali ke Malaysia, untuk bertemu kembali kami sahabat-sahabatnya. Semenjak Aida ke Jepun sambungn PHD jarang kami berjumpa, raya dua tahun yang lalu kali terakhir kami semua berjumpa, tapi dengan aku bulan 3 tahun lepas kali terakhirnya berjumpa. Kira dah lama la tu.
2018 nanti genap 20 tahun kami semua bersahabat. Bermula dari Kolej nun jauh di Kulim. Persahabatan berkekalan selamanya, dengan izin Allah. Untuk pertemuan ni kebetulan salah seorang dari kami cheff di fine dining. Jadi untuk kali ini kami semua berjanji untuk bertemu di Grill 582, Ramada Plaza Dua Sentral.
Sebaik sahaja tiba, kami semua teruja. Lama sangat tak berjumpa. Kami di sambut oleh cheff Arini dengan gembiranya. Punyalah la lama tak jumpa sampaikan ada yang janggut dah beruban. Ini juga kali pertama berjumpa dengan anak Edan. Padahal bulan 6 tahun lepas lahirnya. Ternyata usia bertungkus lumus mengejar. Tapi sahabat-sahabat walau masing-masing sudah bergelar, tapi masih lagi seperti dulu. Terasa nilai persahabatan yang sangat kukuh. Alhamdulillah. Ini adalah antara nikmat dan rezeki dari Allah.
Leka dalam keterujaan. Akhirnya kami sudah berada di dalam grill 582. Bayangkan kawan sendiri layankan, pasangkan napkin. Rasa sangat terharu. Kawan aku cheff. Bertuahnya ada kawan pandai masak.
Asyik berbual dan lihat isteri Edan melayankan keletah anak anaknya, buku menu sampai. Punya lah besar, macam album gambar. Buku menunya tiada gambar. Ada menu jer walau dari luar macam album album gambar. Begini la bila di tempat macam ni.
Bila baca menunya. Jadi rambang mata. Semua pun nak. Mula rasa lapar. Padahal di kem baru jer makan ayam pansoh. Masak untuk demo pada pelajar sekolah. Untuk selamat. Kami serahkan pilihan menu pada Riny. Serahkan kepada yang pakar.
Lihatlah pilihan pencuci mulut nyer. Semua pun sedap. Teringat pulak bmi dah di perketatkan lagi tahun depan yang berat 25.9 sahaja diteruskan kontrak. Tak apa. Makan dulu. Ini rezeki tak boleh ditolak, esok bersenam.
Memandangkan dah serah pada yang pakar. Jadinya kami pun tunggu jer la apa yang tiba di meja. Rasa sangat tidak sabar melihat hasil
air tangan Rini. Nak tunggu di meja? Sangatlah rugi, nilah masanya lihat sendiri. Selalu terfikir macam mana la rupa kitchennya. Sebab selalu dia mesti pakai kasut ala-ala boot. Lagi pun selalu tengok dia masak kat rumah jer.
Lihat kelengapan untuk memasak di sini. Bersih dan lengkap. Membuatkan rasa semangat nak makan.
Aku kagum dengan cheff ni. Orang lukis atas kertas dengan warna. Melorek dengan pensil. Tapi mereka atas pingan dengan sos, makanan, buah-bauhan dan macam-macam yang boleh dimakan. Penuh dengan seni.
Masa yang sama menjaga rasa hasil air tangan mereka dengan memastikan rasanya enak di makan dan sedap dipandang.
Siap sudah pembuka selera. Kekapis dengan puri pea hijau. Darat dan laut disatukan dalam pinggan. Menghasilkan rasa kekapis yang enak apabila cukup masaknya langsung menghasilkan rasa kekapis yang manis dan sedap bila dimakan. Pertama kali makan ni. Puri pea hijau. Tak sangka boleh pula dibuat puri. Ditambah pulak dengan bumbu-bumbunya.
Roti pula. Selalunya makan roti dengan butter. Kali ni makan dengan escalivada. Bahan-bahannya semua vegetarian. Namanya pun dah tahu asal dari mana. Tak sangka sangat sedap. Rasa nak tambah lagi. Takut nanti tak dapat masuk yang lain lah pulak.
Bagi penggemar sup cendawan atau nama hidangan ni creamer of mushroom soup, sup cendawan ni sangat kaya dengan rasa cendawan liar. Puaslah bila dimakan. Ditambah pulak dengan rasa bumbunya. Butiran cendawannya tidak begitu kasar tapi cukup untuk merasai kenyal-kenyal cendawan. Mujur tak habiskan roti tadi. Dapatlah makan dengan sup ni.
Bukan sekadar menikmati makanan yang dihidangkan. Dapat juga berborak dengan kawan-kawan baik di tempat yang eksklusif ni. Rezeki hari ini. Susun atur di sini sangat kemas dan tersusun. Hiasan yang sederhanana tidak sarat. Di satu bahagian boleh lihat dapurnya yang kelihatan diuruskan dengan baik dan teratur. Mula lah berangan. Dapat dapur macam ni di rumah. Masak jer la kerja nya. Ia ke?
Kerusinya selesa. Duduk lama pun tak apa. Pencahayaannya juga bersesuaian. Jadi kami makan dengan selesa dan aman.
Menu seterusnya adalah mix grill platter. Gambar di bawah ni adalah Lamb Rack. Dengan bawang putih dan mayonis. Ni memang sedap. Edan dan Aida yang kambing bukanlah makanan yang mereka suka pun kata yang ini sedap. Terasa
kambingnya. Gigitan pada daging kambing yang di grill ini. Membawa ke gigitan seterusnya. Bila dikunyah. Jus dari daging tu terasa. Memang terbaik lah. Sesuai la sangat dengan mayonis dan bawang putih tu. Sangat sepadan bila dimakan dengan kambing ni. Sedap hingga menggigit tulang.
Aku ambik kesempatan ni dengan melihat sendiri hidangan ni di hias diatur dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Di bawah ni udang dan rib eye. Bahagian yang berlemak dan berdaging dan rasa lembunya. Semua pun sedap. Daging ni dimasak medium rare (passed the point of the perfect steak) lembutnya. Jus-jus rasa dagingnya terasa bila dikunyah. Selepas satu suapan tak sabar untuk yang berikutnya. Tapi makan perlahan-lahan. Baru menikmati. Bestfriend rib eye ni brown sos. Brown sos yg dibuat dengan campuran stock daging. Barulah lengkap rib eye ni.
Udangnya ni digrill tetapi rasa kesegaran pada udang masih ada. Sedang elok masaknya. Lembut isi udang terasa bila di masukkan kemulut. Rasa manis udang terasa bila dikunyah perlahan-lahan. Udang ni rasa mesra dengan perapannya. Menikmati betul.
Ini rupa keseluruhan hidangan ni. Nampak sangat menyelerakan. Memang menyelerakan pun. Ada ubi kentang dan salad. Ubi kentang tu lain dari fries biasa. Kentangnya empuk didalam garing di luar. Sedap juga bila di makan dengan brown sos. Melengkapi hidangan ni adalah salad yang ni istimewa. Campuran bawang, daun salad dan buah delima. Ditambah dengan bumbunya. Daun-daun herba barat yer. Terangkat. Rasa manis bawang di tambah rasa manis delima. Mana lah dia ni dapat idea? Eh ada lagi yang terlupa sebut. Asparagus yang digrill. Makan macam tu pun sedap. Memang tak menyesallah. Sangat berbaloi.
Hidangan seterusnya. Pencuci mulut. Tak sangka dapat makan cream brulee. Baru jer teringin nak makan. Bahan utama cream brulee ni adalah telur. Macam mana boleh jadi sedap macam ni. Digabung dengan garam untuk imbangi rasa manisnya. Jadi rasa manis dan lemak. Bukan garam biasa yer.
Cuba juga rasa coklat mousse dibawah ni. Ada biskut butter yang dihancurkan dan dihias dengan buah-buahan dan daun emas. Daun tu boleh di makan. Aku bukan hantu coklat. Selalu makan coklat sikit jer. Coklat pun pilih-pilih. Kalau manis memang lagi tak makan. Tapi coklat yang ni rasa coklatnya sedap. Cair di dalam mulut dan mulus. Padahal dah macam-macam makan tapi boleh habis. Tempting, lepas suapan pertama nak lagi. Sampai licin. Masa Rini buat pencuci mulut ni bahagian paling jakun aku tengok bila Rini bakar permukaan coklat tu supaya nampak kilat-kilat coklatnya.
Bagi aku makan ni sesuatu yang sangat istimewa. Makanan pula satu nikmat. Ada kawan adalah
sesuatu yang istimewa. Ada kawan baik dan sahabat adalah satu nikmat. Aku bersyukur apa yang aku ada dan lalui ini.
Moga persahabatan ni berkekalan. Terima kasih Rini kerana masakkan yang sedap-sedap. Ada rezeki boleh datang lagi.
Di bawah ni gambar-gambar makanan yang lebih jelas lagi. Nak lagi jelas. Sila lah ke Grill 582 dan rasai sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan