Asal lalu sungai besi jer kalau ada masa mesti nak singgah kedai Mee Tarik Warisan Asli. Teringat-ingat rasa mee tariknya. Pantang kawan bercerita mesti nak cari tempatnya. Sekarang dah jatuh suka. Mee Tarik Warisan asli ni pernah masuk jalan-jalan cari makan, sudah sedia dikenali ramai. Cawangannyer pun dah banyak. Di Sungai Besi ni cawangan yang pertama. Di sini lah juga kali pertama jatuh cinta dengan mee tarik ni. Pernah cuba di Bangi, rasanya tidak lari, tapi prefer yang di Sungai Besi. Bersih, teratur, kemas dan selesa. Walaupun sukar nak cari tempat letak kereta. Tapi tak apalah. Jalan kaki untuk sihat.
Menu-menunya pelbagai. Sedap-sedap belaka. Harganya berpatutan. Ada mee yang digoreng basah ada juga yang berkuah. Banyak lagi menu di sini yang belum dicuba lagi. Mana taknya asal datang jer makan menu yang sama. Bila terfikir mee tarik jer mesti teringat mee yang sedap ni.
Pada buku menu ni ada gambar mee tarik. Mee tarik ni mee yang dibuat secara tradisi. Menggunakan tenaga tangan. Waktu makan boleh lah sambil-sambil tu lihat bagaimana mee tarik ni terhasil. Mee tarik ni asalnya dari Cina. Empunya kedai ni adalah cina muslim. Kebetulan bawa rakan cina di sini. Katanya rasanya sama cuma mee yang dia pesan tu sedikit berminyak.
Pilihan airnya pun pelbagai. Ada ba bao tea..yang macam-macam dalamnya. Ada longan kering, daun tea hijau cina dan beberapa bahan lagi. Air ni diminum panas. Eloknya tiba jer ke meja. Keluarkan daun teh tu agar tak pahit. Kali ni tak order air ni sebab dah pernah rasa. Selalunya kalau tidak order air teh, jika di tempat makan cina saya mesti order air longan.
sambil tunggu pesanan sampai, sempat ambil gambar. Nampak kan sijil halal. Jadinya tidak perlu rasa was-was. Tag jalan-jalan cari makan pun ada. Gambar Abang Hasan pun ada. Jelas-jelas tertera cawangan no 1. Susun atur dalam kedai ni kelihatan sederhana dan simple. Ramai jugak datang makan di sini. Walau waktu ni dah lepas waktu makan tengah hari. Tak seronoknya ada yang datang jual barang. Kalau tak nak beli beri ikut seikhlas hati. Setiap kali ke sini mesti ada. Tapi ni ok lagi. Sewaktu makan di Mas Mono seksyen 7, sepanjang disitu 7 orang yang berlainan. Macam-macam cara. Anak yatim, nyanyi lagu, jual buku, jual barang dan macam-macam. Terpulang lah yer nanti nak derma ke tidak.
Air sampai dulu. Air teh hijau cina. Lupa keluarkan daunnya cepat. Rasa lah pahit sikit. Sedap diminum panas-panas. Saya tanya rakan saya tentang teh hijau cina ni. Dia kata teh hijau dari jepun. Dari cina ni dia tak pasti. Selalu minum teh hijau dalam uncang. Kali ni tengok daun-daunnya.
Wet mee with fungus and meet (no 414) |
Ni la dia menu kegemaran. Bila teringat kecur air liur. Teringat rasa kuahnya yang basah-basah, terasa jus dagingnya yang manis. Ditambah dengan rasa cendawan hitam yang kenyal-kenyal. Serta peranan lada benggala dengan rasa lada sendiri memberi rasa pada mee dan rasa pedasnya. Bahan-bahannya kelihatan senang. Tapi rasanya sangat sedap. Mee tarik tu sendiri dah sedap. Mee nya senang dikunyah. Halus sedikit dari mee biasa dan panjang. Makan pakai chop stick, nikmat betul rasanya bila penuh dalam mulut. Di sulam pulak dengan daging dan cendawan hitam.
Menu no 102 |
Ni mee yang rakan saya pesan. Katanya sedap tetapi sedikit berminyak. Sempat lagi dia membebel. Makanan cina. Bila dijual cina muslim mesti mahal. Pengalaman sama-sama masa makan di Homst pun begitu. Kenapa yer? Mereka yang berniaga ni lebih tahu.
Bersyukur berada dalam negara yang berbilang bangsa. Rakyatnya mudah menerima. Pelbagi bangsa ni cukup indah. Negara jadi kaya. Kaya dengan kepelbagaian juadah istimewa. Paling penting halal.
Ni alamat dan no telefon:-
Memag terbaik menu kat sini.. Tq bawok i mkn kat sini..
BalasPadamnanti try yang lain pulak
Padam