Ini lah kawasan tempat penginapan kami malam ni. Masa kami ke sini namanya D'Muara Marine Park. Sekarang namanya Dorani Bayu Resort, Marine Park. Semua pun Mami dengan Ain yang uruskan. Aku tinggal ikut jer. Dalam gambar ni yang kelihatan adalah chalet terapung dari jauh.
Ada dua pilihan penginapan di sini. Sama ada menetap di Chalet terapung atau di apartment. Chalet terapung ni ada yang menghadap laut ada yang menghadap hutan paya bakau. Kami menetap di apatment. Apartment ni bukan lah bertingkat-tingkat tu. Di sini apartment tu berkonsepkan rumah teres. Macam di rumah. Ada 2 bilik. Ruang tamu, tandas dan juga dapur.
Tempat ni sesuai juga untuk aktiviti hari keluarga atau pun lokasi berkursus. Aman tenang. Pemandangan yang indah. Anak-anak boleh lihat laut. Perkampungan nelayan. Mengenali hutan paya bakau. Boleh juga jalan-jalan mengenali sawah padi di kampung berdekatan. Harga nya berpatutan.
Lokasi tempat ni dan tidak jauh sangat dari Shah Alam. Masih di dalam negeri Selangor. Menarik nya perjalan ke sini ada banyak lokasi yang boleh singgah. Untuk makan, beraktiviti atau sekadar foto-foto.
Bila dah malam, ada juga tu ambil peluang jalan-jalan di kawasan penginapan. Ke lobi. Ambil iron sebenarnya. Sambil-sambil tu menjengok ke kawasan chalet terapung. Malam gelap. Nampak tu jer la.Bila ke ruang makan nya cuma menikmati angin laut. Kalau siang nampak laut dari ruang makannya.
Malam-malam buatlah aktiviti sendiri. Masa ni benyak disesalkan. Tak bawak peralatan membakar dan dapur portable Tak beli makanan laut. Kalau tak boleh mengunyah. Ada dapur di sini. Ada kettle. Ada peti sejuk. Tapi aku dah tak ingat ada apa di dapurnya. Teh tarik jer lah yang mampu dihasilkan. Air tangan si Ain. Memang sedap masak.
Semua ni pun dah jadi kenangan. Sekurang-kurangnya. Pernah melalui cerita ni sama-sama. Antara orang-orang baik yang dikirim Tuhan. Ni cerita 12 Jun 2015. Sikit lagi dah nak cukup 5 tahun berlalu. Masa begitu pantas. Keadaan menjauhkan atau merapatkan jarak. Tapi ia tetap lekat dihati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan