Perjalanan dari Semenyih ke Sungai Besar boleh tahan jauhnya. Kalau dulu-dulu rasa sangat jauhnya. Tak da highway. Bila masa perayaan jalan mula jem. Berjam jam jadinya. Tapi apa yang seronok nya banyak tempat singgah. Aku suka ikut jalan dalam. Selalunya aku dari Puchong aku lalu Meru, Kapar, singgah di Pantai Remis. Lokasi wajib singgah kalau lalu sini, arwah ayah dulu-dulu bawak ke sini. Lepas tu melayan kan aku mencari kulit siput. Lain banyak dah landsakap di Pantai Remis. Singgah makan kerang. Tengok laut. Di Kuala Selangor singgah lagi makan mee goreng mamak. Ada satu kedai mamak lama di Pekan Kuala Selangor tu. Tak pun makan roti canai. Zaman zaman tu selalu kami bertandang ke Tanjung Karang. Kakak ipar orang sana. Tapi sampai Tanjung Karang sahaja. Tak pernah lagi lepas ke Sungai Besar.
Untuk kali ni, singgah makan di D'Coral Seafood . Nampak dari tepi jalan. Tapi kena masuk sikit. Aku selalu lalu jer tak pernah singgah. Tapi pernah lah nampak kawan-kawan yang muat naik makan di sini di Muka Buku. Perut pun dah lapar. Yerkan dah berjalan jalan di Bukit Melawati. Mestilah bertambah lagi laparnya. Bukit Melawati ni banyak tinggalan sejarah. Lawa juga kalau nak berfoto-foto. Boleh layankan beruk makan. Masa sampai ingat kan tutup, cuak jugak. Alhamdulillah buka.
Masa kami sampai, pengunjung belum ramai lagi. Kami sahaja lah yang dilayankan. Ni lah menu yang di pesan. Untuk makan bertiga. Makan sambil mengadap muara. Menikmati pemandangan yang dihidangkan. Tempat ni sebelahnya kompleks perikanan. Juga ada jeti. Aku tak ingat jeti untuk ke mana. Nampak pemandangan perkampungan nelayan. Aku kalau lalu sini. Perkampungan nelayan ni adalah pemandangan yang aku memang tunggu.
Menu makan tengah hari. Ada sayur ada nasi ada ikan. Ada lagi satu hidangan. Tu kelakar. Ada ceritanya. Untuk makan tengah hari macam ni pun dah sedap. Ni mami belanja. Lagi lah sedap. Kami semua panggil kakak ni mami. Kawan sama tempat kerja. Banyak jugak lah beraktiviti bersama. Sekarang jauh dah masing-masing. Tinggal kenangan.
Ni lah menunya. Ikan baung masak kicap a chinese style. Di poster promosi RM 25. Sekali pada bill. Eh lain. Aku pun tak pasti Mami silap faham tentang harga promosi tu mungkin. Tapi rasanya macam kami dah tanya. Aku pun faham RM 25. Tapi bukan seekor ikan juga ni. Jadilah untuk makan tengah hari. Sedap lah juga. Aku tak pasti tempat ni masih buka ke tak. Fb nya pun last update oktober 2019, masa aku tengok masa aku tulis entry ni. Ni pun cerita 12 Jun 2015. Cukup 2 bulan lagi dah nak 5 tahun gambar ni aku save dalam draft.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan