Rabu, 6 Mei 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Makan Kenduri

Ini adalah peluang untuk menghadiri kenduri di kawasan perkampungan tepi sawah. Tau tak? Apa yang seronok kenduri di kampung-kampung adalah hari rewang. Bagi aku lah. Seronok potong-potong bawang bagai, sambil berborak atau dengar orang berborak. Paling best masa rewang pun disediakan makan. Kalau potong lembu.Asa rewang ni lah ada dihidang sup lembu ni. Tapi kali ni, aku ikut orang jer. Tak da.lah rewang.

Apa yang seronok bila kawan dengan kawan dari merata tempat, merasa lah rewang di merata negeri. Ada setengah tempat. Lelaki yang bertugas masa rewang ni. Ada setengah tempat, campur. Tak semua tempat panggil rewang. Jarang dah jumpa rewang ni. Kali akhir aku tolong rewang 2 tahun lepas. Kenduri di Sg Lui, Hulu Langat. Kenduri buat sambal petai. Jenuh kikis petai. Tapi seronok, ramai-ramai. Tahu-tahu siap. Siap guna gosok periuk untuk kikis kulit petai tu. Belajar sesuatu jugak lah disitu.

Makan kenduri di kampung ni sedap. Masih menggunakan pinggan dan dihidang begitu. Zaman sekarang kan kebanyakan kenduri secara buffet. Pinggan, cawan dan mangkuk pun ada yang guna jenis pakai buang. Asalkan memudahkan. Terpulang apa cara pun. Paling penting niat nya menjamu orang makan. 


Apa paling aku ingat kenduri di sini. Dapat maggie dan air soyan. Ni kali pertama aku dapat macam ni. Satu lagi yang paling aku ingat, dihidangkan bontot ayam goreng tepung panas-panas. Tak pernah lagi mana-mana kenduri aku pergi dihidang bontot ayam. Memang seronok lah kami layan kan. Menu paling best, sup lembu lah. Bertambah makan. Last sekali makan tapai. Tapi bungkus dengan daun getah. Jarang-jarang jumpa juga ni.


Balik dari kenduri. Masa untuk foto-foto. Waktu ni pagi menguning. Aku pernah bermalam di rumah kawan tepi sawah di Teluk Intan dan menangkap ikan di sawah dan beraktiviti rumah tepi sawah di Tanjung karang. Kaya kan. Bangun pagi sawah terbentang luas. Arwah mak aku cerita. Kampung aku dulu pun ada sawah. Tapi dah tak dikerjakan. Padi tak menjadi. Kadang tu bila nak ke kebun, masih lagi guna perkataan sawah tu. Sekarang dah jadi dusun durian.

Tak ada apa yang kekal abadi. Kita terus dihambat kemajuan dan perubahan. Selalunya harganya bukan lah percuma. Ada yang terkorban dan dikorbankan.

Sabtu, 2 Mei 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Menikmati Indahnya Jeti Nelayan

Sampai di Muara Marine Park. Kami tak terus ke penginapan. Ambil peluang menikmati keindahan landskap sekitar kawasan. Di hadapan mata terbentang muara sungai, laut, kaki langit. Subhanallah. Indah. Bagai dilukis.  Biasan Air di muara menjadi imej cerminan langit. Pakai kamera hp. Ini jer lah hasil terbaik, merakamkan pertembungan diantara air tawar dengan air masin dan kawasan jeti nelayan. 

                     

Ini adalah satu pekara yang dah lama aku idam-idamkan. Tengok dari dekat jeti nelayan. Selalu tengok dari jauh, sambil lalu jer disepanjang ke sini selepas Kapar ada beberapa perkampungan nelayan yang selalu menggamit pandangan. Dah usia ni baru dapat tengok dekat-dekat  bot nelayan yang bamyak-banyak.
  
                      

Paya bakau kawasan ni, agak-agak kalau cari siput sedut yang selalu makan tu ada tak? Masa ni air tengah surut. Tak berani nak jalan-jalan jauh lagi dan masa tak mengizin kan. Kalau tak dah main lumpur kot.

                   

Waktu kami di kawasan jeti ni, ada beberapa orang sahaja. Tak ramai. Aku rasa orang yang ada ni bukan nelayan. Tengah bersiap-siap nak ke laut nampaknya. Bawa box coleman dan macam keperluan menangkap ikan. Waktu ni bukan masa  nelayan ke laut dan bukan masa ikan sampai dari laut. Kalau tak mesti geram jer tengok ikan segar-segar. Baru tangkap pulak tu.

                   

Aku seronok sangat mengambil gambar. Benda yang aku jarang dapat tengok secara hidup nyata. Teritip menjadikan tiang perumah. Masa usia belasan aku pernah tidur di kampung nelayan di Pulau Pangkor. Tak sama. Ni di muara sumgai. Pulau Pangkor tu Pulau. Bot nelayan nya di di gigi pantai. Bersusun
                   
                   

Ikan belacak, memang tempat dia lah. Kawasan berlumpur. Ikan ada kaki. Haiwan amfibia atau dua alam. Tapi lebih aktif bila di luar air. Ikan ni aku selalu nampak di Pantai Remis. Tu yang kenal tu. Gambar tak jelas. Tak apa. Paling penting gambar kenangan ada.

                   

Rupa boat nelayan. Tengok puas-puas. Teringin jugak nak rasa pengalaman tangkap ikan di laut lepas. Simpan dalam wish list lama dah. In sha Allah satu hari nanti. Kalau zaman sekolah suka lukis gambar boat nelayan. Tapi tak pernah nya siap.
                    

Tempat duduk. Ada pangkin. Boleh duduk-duduk borak-borak. Melepaskan lelah. Sambil tengok pertemuan antara laut dengan sungai. Pertemuan dua pengaruh yang zahir nya sama iaitu air tapi hakikatnya sangat jauh berbeza. Keberadaan mereka dan cabaran yang berbeza mereka menjadi mereka jauh berbeza. Sungai dan laut. Sama-sama ada hebat nya.

                    

Ada tiang kelihatan, tapi bukan rumah api. Lampu bila saat gelap sebagai tanda panduan. Kelihatan juga bot yang usang terbiar. Banyak kelihatan yang bot terbiar dan usang. Bukan tu satu jer. Entah lah siapa pemiliknya.

                    

Ada bot yang baru ke laut. Mereka yang bersiap-siap tadi. Sudah lepas ke laut. Nampak sayup dalam gambar ni. Dalam nyata. Luas kawasan ni. Banyak bot dan sampan nelayan.

                    

Aku beranikan diri untuk turun hampir dengan sampan. Tu lah paling hampir. Hebat nelayan. Berpanas. Kadang hujan ribut. Ombak besar. Aku dapat makan ikan. Besar jasa mereka kepada masyarakat. Sekali berpanas sikit macam ni pun aku dah tak tahan terik sinar matahari. Moga Allah luas kan rezeki mereka.

                       

Kawasan ni mencuri perhatian aku. Asyik aku tengok kocakan air nya yang hasikan alunan air yang besar dan deras. Takut pun ada juga aku rasa.

                        

Lepaskan pandangan buat kali terakhir. Nak balik bilik dah, nak bersiap ke kenduri pula. Cantik pemandangan di sini. Warna bot dan sampan menambah warna pada wajah jeti ni. Menambah seri.

                       

Tapi disatu sudut. Sampah merata. Insan-insan buang. Aduhai. Sayang betul. Banyak tempa menarik jadi macam ni. Kawasan air terjun, tepi pantai. Berkunjung untuk menikmati kecantikan. Tapi meninggalkan kejelikan. Kita sama-sama jaga apa yang indah. Agar nikmat indah terus dapat dikongsi. Agar nanti yang indahnjuga diwariskan apa anak cucu kita warga dunia.

                       

Tapi aku suka tengok ni. Kunci air. Selalu nampak di kawasan ada sawah. Untuk mengawal aras air.

                                 

Khamis, 30 April 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Menikmati Suasana Pagi dan Sarapan

Bangun pagi setelah tidur yang lena. Terjaga sekejap kerana hujan lebat dan angin kuat dan teringat sedang hampir dengan muara. Selebihnya dah tak ingat dunia. Bangun pagi rasa badan segar. Cukup rehat. Kami bersiap sedia untuk berjalan kaki menikmati susana pagi kawasan sekitar. Jalan kaki baik untuk kesihatan. Kami pun waktu ni sedang dalam program Gaya Hidup Sihat untuk turun kan BMI. Syarat untuk kekal bekerja.

                      

Tujuan utama sebenarnya, nak menikmati sarapan dalam suana kampung dan  makan sarapan masakan masyarakat kampung ni. Macam tak selaras jer kan dengan nak turunkan BMI aktiviti ni. Kami ke sini 13 Jun 2015. Lagi beberapa hari sahaja lagi untuk menyambut Ramadhan. Jadi tak apa makan banyak sikit untuk beberapa hari ni. Alasan untuk menyedapkan hati senang.
      
                      

Lagi pun dah berjalan kaki. Tak apa makan banyak. Alasan yang kuat lagi untuk makan. Dalam dilema betul. Jalan kaki ke kedai makan tak rasa jauh pun. Dalam perjalanan, nampak tali air. Kampung aku tak macam ni. Yer kan, ni kawasan dekat dengan Muara. Kampung aku hulu sungai  mana sama landskap dan cuacanyam Peluang ni maka menikmati suasan aman kampung. Pagi yang nyaman. Udara yang pastinya segar. 

                     

Ni lah aktiviti aku paling suka. Sarapan pagi, selepas jogging atau jalan kaki. Paling penting bawah 830 pagi. Dia punya nikmat lain macam. Sarapan makan roti canai tapi ambik macam-macam untuk dikawankan dengan roti canai. Semua pun sedap. Mujur perut satu dan tengah hari kami nak menghadiri jemputan kenduri. Paling penting murah. Rasa makan di gerai ni istimewa, unik. Bagi aku tak sama dengan tempat lain. Sebagai bonus. Harganya berpatutan. Bukan sekeping roti canai aku makan. 
    
                      

Dari luar, ni rupa kedainya. Meriah dengan penduduk tempatan. Tandanya memang sedaplah kan. Maka kami tak salah pilih kedai. Bila ke tempat orang. Ambil peluang untuk rasa masakan, makanan. Kalau dapat borak-borak dengan orang-orang tempatan lagi bagus.
                      

Perut dah kenyang. Berat kaki nak melangkah pulang ke penginapan. Maka jalan kaki ni pilihan yang tepat. Dah la kalori roti canai tu boleh tahan. Aku belasah 2 keping pulak tu. Apa pun roti canai sudah pun di dalam perut. Sesal kemudian tiada gunanya.


Selasa, 28 April 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Bermalam di D' Muara Marine Park

Ini lah kawasan tempat penginapan kami malam ni. Masa kami ke sini namanya D'Muara Marine Park. Sekarang namanya Dorani Bayu Resort, Marine Park. Semua pun Mami dengan Ain yang uruskan. Aku tinggal ikut jer. Dalam gambar ni yang kelihatan adalah chalet terapung dari jauh. 

                     

Ada dua pilihan penginapan di sini. Sama ada menetap di Chalet terapung atau di apartment. Chalet terapung ni ada yang menghadap laut ada yang menghadap hutan paya bakau. Kami menetap di apatment. Apartment ni bukan lah bertingkat-tingkat tu. Di sini apartment tu berkonsepkan rumah teres. Macam di rumah. Ada 2 bilik. Ruang tamu, tandas dan juga dapur.

                            

Tempat ni sesuai juga untuk aktiviti hari keluarga atau pun lokasi berkursus. Aman tenang. Pemandangan yang indah. Anak-anak boleh lihat laut. Perkampungan nelayan. Mengenali hutan paya bakau. Boleh juga jalan-jalan mengenali sawah padi di kampung berdekatan. Harga nya berpatutan. 

                           

Lokasi tempat ni dan tidak jauh sangat dari Shah Alam. Masih di dalam negeri Selangor. Menarik nya perjalan ke sini ada banyak lokasi yang boleh singgah. Untuk makan, beraktiviti atau sekadar foto-foto.

                     

Bila dah malam, ada juga tu ambil peluang jalan-jalan di kawasan penginapan. Ke lobi. Ambil iron sebenarnya. Sambil-sambil tu menjengok ke kawasan chalet terapung. Malam gelap. Nampak tu jer la.Bila ke ruang makan nya cuma menikmati angin laut.  Kalau siang nampak laut dari ruang makannya.

                      

Malam-malam buatlah aktiviti sendiri. Masa ni benyak disesalkan. Tak bawak peralatan membakar dan dapur portable Tak beli makanan laut. Kalau tak boleh mengunyah. Ada dapur di sini. Ada kettle. Ada peti sejuk. Tapi aku dah tak ingat ada apa di dapurnya.  Teh tarik jer lah yang mampu dihasilkan. Air tangan si Ain. Memang sedap masak. 


                      

Semua ni pun dah jadi kenangan. Sekurang-kurangnya. Pernah melalui cerita ni sama-sama. Antara orang-orang baik yang dikirim Tuhan. Ni cerita 12 Jun 2015. Sikit lagi dah nak cukup 5 tahun berlalu. Masa begitu pantas. Keadaan menjauhkan atau merapatkan jarak. Tapi ia tetap lekat dihati.
   

Isnin, 27 April 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Pasar Makanan Laut dan Hasil Pertanian Tempatan

Perut dah kenyang dah makan, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan untuk malam ni. Semakin hampir aku sangat teuja Semakin masuk ke kawasan perkampungan. Di tepi jalan ada jualan. Makanan laut segar-segar. Kalau bawak periuk dengan dapur kecil boleh bawak merata tu kan bagus. Macam-macam boleh masak. 


Puas geram dan menahan selera tengok makanan laut segar-segar. Nampak pula ikan masin bergantungan. Aku tak tahu apa nama pasar ni. Aku memang suka pasar-pasar macam ni. Arwah mak pun suka. Ikan masin yang pelbagai. Ikan masin ni sedap. Pembuka selera. Ada dibuat gulai.  Dibuat masak lemak cili padi tambah nenes. Ada digoreng kosong. Ada juga digoreng dikawan kan dengan gorengan hirisan bawang dan cili padi. Menambah makan.


Deretan kedai yang menjual hasil laut atau pun hasil pertanian. Kata mudahnya, sayur-sayur kampung. Segar-segar. Keladi pun ada. Keladi ni kalau tak lena cara. Boleh gatal. Aku tak pernah lagi masak keladi. Selalu tengok arwah mak proses. Renyah juga kerjanya. Pisau dan tangan dilumur minyak. Baru potong keladi tu. Tapi bab makan sedap. Pandai. Keladi ni masak lemak cili padi dengan siput sedut. Memang asyik menyedut. Ditambah dengan kuah lemak yamg pedas-pedas dan manis batang keladi. Bagi yang suka asam pedas, ada juga yang letak keladi. Atau keladi sahaja masak asam rebus. Semua pun sedap. Ramadhan. Tapi ingat makan. 


Daun kantan di sini murah. Boleh lah beli. Campur dalam masakan asam pedas atau masak lemak cili padi letak pucuk paku daun kantan udang dan telur pipit. Terangkat. Biasanya yang suka masak laksa ada jer stok bunga kantan ni. Sekarang ni kan dah ada cara simpan bunga kantan bagi tahan lama. Mami pulak selalu buat kerabu ikan bilis. Bunga kantan adalah antara bahan-bahannya. Kalau mami buat. Baunya dah cukup untuk buat perut lapar.



Aku rasa, sayur yang sebelah kangkung tu adalah keladi kelemayar. Hidup ditepi-tepi tali air. Sedap dimasak tumis dengan cili padi bawang merah bawang putih dan ikan bilis. Arwah mak pernah masak. Cepat mata aku menangkap kewujudan sayur ni. Susah juga nak dapat. Tak macam kangkung. Selalu ada. Tapi kangkung kampung macam ni susah dapat. Jenis ni batang dia kena belah. Untuk keselamatan. Supaya tidak termakan apa yang tak perlu.


Masa kami sampai dah petang-petang. Jadi pasar ni dah kurang meriah. Aku pun tak pasti pukul berapa pasar ni bermula. Tulah kenapa tak tanya. Pasar ni pun ada jual makanan yang dah siap. Bukan lah jual sayur dengan barang basah sahaja.


Sebut-sebut pucuk paku, memang ada jual pucuk paku di sini. Sayur-sayur kegemaran. Lama betul aku tak jumpa pucuk manis. dari mula PKP sampai lah sekarang. Dah Fasa ke 4 PKP baru ada ingat nak menulis di Blog. Alhamdulillah yang ni dah entry ke 4.


Buah pun ada. Ni kalau nak buat goreng pisang ke cekodok pisang ke kek pusang ke boleh lah borong. Atau nak buat kudap kudap. RM 5 juga yang pisang sekilo sekarang ni. Aku tak pernah beli pisang. Baru jer Rabu lepas aku tanya harga pisang pada taukey pisang. 











Ahad, 26 April 2020

Kampung Sungai Haji Dorani: Singgah Pekan Sungai besar Jumpa Jukebox atau pun peti lagu

Selamat sampai ke lokasi penginapan, selepas check in. Kami ke luar semula untuk makan malam. Mencari kedai di Pekan Sungai Besar. Apa yang menarik perhatian aku peti lagu ni. Jukebox. Masuk duit untuk dengar lagu. Last aku jumpa di Persanjung kedai mamak di Ipoh nun. Kalau aku tak silap lah. 17 tahun yang lalu. Lama sangat dah. Dalam cerita-cerita Mat Saleh kan ada  adegan masuk duit dengar lagu.

Tak payah cerita Mat Saleh la. Dulu-dulu di kedai fast food pun ada mesin ni. Bayar 50 sen dan pilih lagu apa nak dengar. Sambil tu berangan sambil menikmati makanan minuman. Atau pun borak sambil layan lagu. 

Jukebox atau peti lagu ni terkenal pada tahun 1930. Seronok jugak tahu sejarah Jukebox ni. Satu masa dulu sebelum kita ada Mp3 dan segala macam gadjet. Asalnya dari Selatan Amerika Syarikat. Masa ni arwah mak ayah aku pun tak lahir lagi. Arwah nenek dah ada lah di dunia waktu ni. Muda sikit dari Mantan PM kita Tun Dr Mahathir.


Masa ni ada satu pak cik tengah layan ada satu lagu ni. Beberapa kali dia masuk duit untuk dengar lagu yang sama. Lepas tu dia tanya aku siapa penyanyi lagu tu. Penyanyi baru juga pada waktu tu. Aku pun kadang kadang layan juga. Di bawah ni lah rupa peti lagu ni dari dekat.


Sekarang harganya boleh tahan. RM 8K ada yang RM 12K. Nak jumpa pun susah. Biasanya ada dikedai kedai makan macam ni lah. Menjadi koleksi peribadi yang berharga. Tapi sayang aku tak ingat apa nama kedai ni.

12 Jun 2015



Ke Kampung Sungai Haji Dorani: Singgah di D'Coral Seafood

Perjalanan dari Semenyih ke Sungai Besar boleh tahan jauhnya. Kalau dulu-dulu rasa sangat jauhnya. Tak da highway. Bila masa perayaan jalan mula jem. Berjam jam jadinya. Tapi apa yang seronok nya banyak tempat singgah.  Aku suka ikut jalan dalam. Selalunya aku dari Puchong aku lalu Meru, Kapar, singgah di Pantai Remis. Lokasi wajib singgah kalau lalu sini, arwah ayah dulu-dulu bawak ke sini. Lepas tu melayan kan aku mencari kulit siput. Lain banyak dah landsakap di Pantai Remis. Singgah makan kerang. Tengok laut. Di Kuala Selangor singgah lagi makan mee goreng mamak. Ada satu kedai mamak lama di Pekan Kuala Selangor tu. Tak pun makan roti canai. Zaman zaman tu selalu kami bertandang ke Tanjung Karang. Kakak ipar orang sana. Tapi sampai Tanjung Karang sahaja. Tak pernah lagi lepas ke Sungai Besar.

Untuk kali ni, singgah makan di D'Coral Seafood . Nampak dari tepi jalan. Tapi kena masuk sikit. Aku selalu lalu jer tak pernah singgah. Tapi pernah lah nampak kawan-kawan yang muat naik makan di sini di Muka Buku. Perut pun dah lapar. Yerkan dah berjalan jalan di Bukit Melawati. Mestilah bertambah lagi laparnya. Bukit Melawati ni banyak tinggalan sejarah. Lawa juga kalau nak berfoto-foto. Boleh layankan beruk makan. Masa sampai ingat kan tutup, cuak jugak. Alhamdulillah buka.


Masa kami sampai, pengunjung belum ramai lagi. Kami sahaja lah yang dilayankan. Ni lah menu yang di pesan. Untuk makan bertiga. Makan sambil mengadap muara. Menikmati pemandangan yang dihidangkan. Tempat ni sebelahnya kompleks perikanan. Juga ada jeti. Aku tak ingat jeti untuk ke mana. Nampak pemandangan perkampungan nelayan. Aku kalau lalu sini. Perkampungan nelayan ni adalah pemandangan yang aku memang tunggu. 



Menu makan tengah hari. Ada sayur ada nasi ada ikan. Ada lagi satu hidangan. Tu kelakar. Ada ceritanya. Untuk makan tengah hari macam ni pun dah sedap. Ni mami belanja. Lagi lah sedap. Kami semua panggil kakak ni mami. Kawan sama tempat kerja. Banyak jugak lah beraktiviti bersama. Sekarang jauh dah masing-masing. Tinggal kenangan.


Ni lah menunya. Ikan baung masak kicap a chinese style. Di poster promosi RM 25. Sekali pada bill. Eh lain. Aku pun tak pasti Mami silap faham tentang harga promosi tu mungkin. Tapi rasanya macam kami dah tanya. Aku pun faham RM 25. Tapi bukan seekor ikan juga ni. Jadilah untuk makan tengah hari. Sedap lah juga.  Aku tak pasti tempat ni masih buka ke tak. Fb nya pun last update oktober 2019, masa aku tengok masa aku tulis entry ni. Ni pun cerita 12 Jun 2015. Cukup 2 bulan lagi dah nak 5 tahun gambar ni aku save dalam draft.



Jumaat, 24 April 2020

Makanan Korea di Dubu Dubu

Kali pertama makan di Dubu dubu. Sebelum namanya bertukar ke Dubu Yo. Ni pun di IOI City Mall. Sampai ke entry ni di tulis banyak lagi kedai makan dalam IOI City Mall tu yang aku belum cuba.  

Ada entry aku tentang Dubu Yo ni. Entry yang ni lebih banyak maklumat berbanding yang aku baru published ni. Macam mana tu boleh published dulu? Entah lah. Apa pun aku nak jugak tentang Dubu Dubu ni tertulis di sini. Sebab ada buku menunya yang tertulis Dubu Dubu. Aku pun tak tau apa bezanya. Cuma yang pasti masa aku ke sini dan setiap kali juga. Sampai yang last aku pergi 2017. Pekerja nya majoriti warga asing.



Masa ke Korea 2013 tak puas makan makanan Korea. Waktu tu 1 kali makan tanpa air RM 30, Selalunya pagi-pagi dan malam kami makan di guest house. Makanan bawa dari Malaysia lah. Di luar bila penat kami lepak kedai kopi depa. Lepas tu makan roti gardeni. Tak semua hari makan di luar. Waktu tu ada 3 kali makan di luar. Di Itaewon tu pasti sebab senang cari yang halal. Itu pun makanan Pakistan. 

Macam tu lah rupa cara makanan korea dihidang. Di sana mereka pakai sudu yang panjang dan chop stick. Mereka makan banyak dan laju. Kimchi mesti ada. Ni untuk dua orang makan. 


Air beras. Rasa lah. Cita rasa orang Korea. Ada lagi banyak pilihan air. Ada set tu memang dah ada sekali air. Ada yang sejuk ada yang panas. 


Sekarang dah banyak dah pilihan makanan Korea. Macam-macam menu. Macam-Macam kedai. Di IoI City Mall ni jer ada beberapa premis makanan Korea. Cuma nya sama ada menepati cita rasa atau tidak.


2015

Khamis, 23 April 2020

Dari Puchong ke Lemang To' Ki dan Fraser Hill

Sejak bertukar kerja ni, aku kerap melepak di rumah Along aku berbanding kerja yang dulu. Komitmen sangat tinggi. 3 hari sekali duty. Masa duty 24 jam di kem. Sabtu Ahad belum tentu dapat cuti. Masa kerja lama ni, Nak keluar jauh jauh sangat kedekut. Pikir minyak pikir tol. Aku sangat berjimat. 

Nampak jer muka aku. Pagi-pagi  Along aku dah tanya. "Ada urut ke hari ni?" Aku pun kata "petang-petang nanti baru ada". Terus dia ajak pergi sarapan. Aku pun dengan senang hati mengekor Along dan keluarganya sarapan di luar. Aku memang suka waktu pagi yang aktiviti nya diisi dengan sarapan di luar. Sampai ke Cyberjaya sarapan. Mencari mamak jugak.

Lepas sarapan. Perut dah kenyang, hati pun dah senang. Tiba-tiba aktivit bertambah. Along aku ajak pulak ke Raub sana tu. Untuk makan tengah hari. Aku tengok jam. Macam sempat jer untuk patah balik ke sini untuk sesi urut petang nanti. Maka terus lah kami ke Raub sana.

 

Mesti pernah dengarkan Lemang To'Ki?Along aku kalau ride dengan geng motornya, selalu singgah sini. Memang lokasi pilihan kebanyakan kelab kelab motor dan siapa siapa yang  lalu lalang di kawasan Raub ni. Ada juga tu saja saja singgah. Macam kami lah. Saja saja datang sini untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Lauk pauk di sini sangat meriah. Masakan kampung yang berbagai pilihan. 

Paling terkenal adalah lemang nya. Digandingkan dengan rendangnya. Rendang memang dah terkenal keserat dunia. Pernah jadi makanan no 1 tersedap di dunia. Pernah juga menjadi kontroversi, 
"rendang crispy". Maka tentera bawang pun menjalankan tugasan mereka. Lemang dimakan panas-panas. Aroma lemak santannya tu, sangat membuat rasa tidak sabar. Tapi kena sabar. Ada masanya perlu beratur. Begitu juga dengan ayam bakarnya. Kena beratur juga. Mungkin sebab rasanya yang makan sekali nak lagi. 


Sambil-sambil makan, mata tu boleh lah melilau melihat-lihat kawasan kedai. Banyak barang barang lama yang dijadikan hiasan. Mana yang ada anak anak, boleh buat sesi pembelajaran. Ada barang barang lama yang dah sukar ditemui. Ini lah masanya untuk kenalkan pada anak-anak. Ada juga yang aku sendiri pun tak pernah lihat, ada ya Tapi aku masa sampai dan masa makan. Tak fokus sangat nak melihat-lihat ni. Lebih sejam dalam kereta. Perut pun dah lapar.


Di satu sudut, aromanya macam suasana persediaan raya di kampung. Bau api bara lemang diselang seli bau asap. Bersusun deretan lemang sedang dibakar. Banyak permintaan untuk lemang To'Ki ni. Tiba-tiba nak makan lemang. Puasa pun belum lagi ni. 

Cara pembuatan lemang nya masih lagi menggunakan cara tradisi. Teringat aku masa arwah nenek aku ajar buat lemang. Lepas tu belajar pulak lagi dengan Pak Teh Mak Teh aku. Arwah nenek dah tak ada. Pak Teh Mak Teh pun dah berusia. Nak baca entry aku pasal buat lemang boleh klik link biru tulis lemang ni.

Maka kita yang muda-muda ni belajar-belajarlah buat lemang. Walau teori nya banyak belajar. Praktikalnya sekali dua. Itu pun dengan bimbingan. Satu hari nanti mana tau kita pulak yang ajarkan pada anak-anak muda. Memang renyah buat lemang ni. Buluh, kayu api. Perlukan kawasan membakar. Sekarang ni pun dah ada yang jual buluh lemang.


Kalau kita tak belajar dan menurun kan ilmu takut-takut nanti lemang jadi macam tin di bawah. Aku pun tak tahu apa fungsinya. Mungkin tempat susu getah. Di atas basikal lama yang entah berapa puluh tahun usia tu adalah tong racun. Pernah lah tengok Pak cik aku guna untuk meracun semak samun. 

Aku tak ambil banyak gambar. Sebab aku laparm Bila dah kenyang, berat dah malas pulak. Ada banyak lagi barang-barang lama yang tidak ada dalam gambar. Benda pun berlaku tahun 2016. Tak banyak pekara aku boleh imbas kembali.


Lepas makan tengah hari. Ada lagi tambahan aktiviti. Kali ni aku surrender. Terus aku hubungi customer. Beri tahu. Alhamdulillah. Customer faham. Yer kan dah alang-alang. Fraser Hill dah hampir dari sini. Cuma nya aku risau. Takut minyak tak cukup. Dalam takut tu aku layankan juga. Kira ni kali ke 2 aku drive ke Fraser Hill. Jalan nya berselekoh selekoh. Ada yang tajam. Paling kena berhati-hati sebab kadang-kadang licin. Terutama bagi yang menunggang motosikal.


Ni tempat wajib bergambar. Atas ni dah mula rasa sejuk. Fraser Hill ni pun dibina untuk layankan Mat Saleh yang duduk Tanah Melayu dulu dulu. Banyak lah tinggalan bangunan seni bina mereka. Bagi penggemar kisah seram atau mencari entiti. Suka sangat mereka tempat tempat seperti ini. 


Aku ingat nak singgah makan di area kedai-kedai atas ni. Ada satu kedai aku pernah makan. Waktu cari kedai. Sekali terturun. Nasib dah bergambar. Maka turun terus. Nak pusing lagi aku takut minyak tak cukup.

Hidup ni perlukan perancangan. Kadang-kadang dalam hidup pekara-pekara yang tak dirancang selalunya menjadi. Maka rancang sebaiknya dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Ni cerita 17 April 2016. Lebih kurang 3 bulan sebagai tukang urut.