Floria? Tak pernah sebenarnya berpeluang untuk lihat pesta bunga yang gilang gemilang ni. Selalu terikat dengan jadual waktu tugas. Sekarang dah tiada duty malam. Jadi dapat melangkah jauh.
Ini kali pertama melihat apakah yang dikatakan. dengan floria walaupun jalan-jalan ini tidak terancang. Dapat jugalah melihat indahnya taman-taman yang dicurah cahaya lampu-lampu. Kata kawan-kawan sebelum ni masuk tiada bayaran. Kali ni bayaran rm 5.
Rasa kagum sebentar bila masuk ke Floria. Banyak bunga-bunga. Bunga-bunga segar dari pelbagai jenis digunakan sebagai pelengkap landskap. Selalunya hanya melihat bunga-bunga penghias landskap di Putrajaya. Bunga-bunga yang selalu lihat di kawasan tanaman di Syarikat Mulia Semenyih. Kali ni bunga-bunganya berbeza. Pelbagai jenis orked dan bunga digunakan dan dipersembahkan dengan pelbagai gaya. Ada yang digantung ada juga yang diletakkan di tanah serta menggunakan pelbagai material.
Taman Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah kelihatan sangat meriah dengan lampu-lampunya dan atur letak lampu sampai ke tanah. Ramai yang tertarik untuk bergambar dan melihat sendiri dari dekat landskapnya.
Di Floria periuk kera pun di temui ditanam dalam pasu bunga. Tumbuhan yang selalunya ditemui dihutan kini menjadi pilihan sebagai penghias landskap taman.
Bukan sahaja bunga dan cahaya digunakan, bahan-bahan dari alam semulajadi juga digunakan. Seperti sarang burung tempua, buluh, cengkerang siput, log kayu dan macam-macam lagi.
Gantungan buluh, bubu dan ada juga serkap ayam yang digunakan sebagai penghias taman. Basikal dan kereta pun ada. Kreativiti masing-masing terserlah. Ada juga yang guna mesin kubota. Seperti di bawah ini adalah hasil kreativiti majlis Perbandaran Sungai Petani. Menggunakan gantungan buluh yang berwarna warni serta mengeluarkan bunyi apabila ditiup angin.
Dibahagian belakang dibentuk seolah-olah kapal. Sangat cantik bila ambil gambar berlatar belakangkan tasik. Umpama naik kapal penuh denagn bunga.
Bukan sekadar bunga hiasan. Tanaman sayuran juga digunakan di Taman Mardi. Memberikan idea bagi yang gemar berkebun tetapi ruangan terhad. Salad, cili, tomato segar dan subur.
Bahan terpakai juga digunakan. Taman ini di bahagian hujung. Diluar kelihatan seperti gerabak keretapi lama dari besi. Dibahagian dalamnya menggunakan papan terpakai yang membawa kepada nostalgia dengan warnanya yang luntur dan kayu ada kesan-kesan di makan anai-anai. Cukup memberi kesan. Secara tidak langsung bercerita dengan sendirinya. Pencahayaan juga penting di sini. Membuatkan suasana di sini hidup dan memberi kesan. Di taman yang lain kayu palet yang terbuang turut di gunakan.
Aku suka sangat pokok yang di susun di dinding macam di bawah ni. Banyak taman yang gunakan teknik ni. Puaslah aku membelek untuk lihat macam mana pokok ni di susun pada dinding, Gabungan bunga yang digunakanmemberikan kesan warna yang berbeza. menambahkan lagi seri taman ini.
Taman yang dari jauh kemeriahan lampu-lampunya membuatkan rasa mahu singgah adalah DBKL. Siap dengan kesan khas asap. Bunga orkid digantung dan juntaian pokok membuatkan rasa seperti di taman bunian. Macam pernah pergi. Pengaruh tengok tv la ni. Taman DBKL ni kelihatan luas dari taman-taman lain.
Dalam satu taman pelbagai konsep. Pelbagai material digunakan sampai la ke pada bulp lampu dan juntaian manik.
Taman Cina di bawah ni kawasannya pun luas. Kagum juga. Dibuat dari batu. Macam di Cina. Taman sebagai tanda kerjasama Cina dan Malaysia. Rugi jika tak bergambar di sini.
sebelum tu aku ke taman tuan rumah, Perbadanan Putrajaya. Di sini ada dijual cenderamata. Boleh la beli untuk ole-ole. Dari kiosk ada pintu terus ke anjung. Nampak tasik dan jambatan. Pemandangan yang indah untuk bergambar.
Taman yang ini ada unsur patriotik, siap ada 5 Prinsip Rukun Negara. Menggunakan boto terbuang yang diisi dengan air. Ala-ala rak buku di pepustakaan. Di laluan pun ada tanaman, Dan seri dinaikkan dengan pencahayaan yang samar.
Ada juga taman seperti rumah dalam cerita The Hobbit, rumah ni dilokasi pengambaran di New Zealand. Ramai ambil peluang bergambar di rumah ni, susah tau nak tunggu kosong macam gambar di bawah, berebut-rebut orang nak bergambar, dari budak kecil sampai la ke besar.
Di bawah ni adalah pemandangan yang dapat di lihat. Mewah dengan limpahan cahaya. Taman-taman juga ada sambungan hingga ada yang terapung di tasik. Siap ada itik berlegar-legar di taman. Ada juga yang meletakkan cengkerik. Bagi mendapatkan bunyi cengkerik yang semula jadi.
Pemandangan yang sangat indah. Menikmati udara malam dan limpahan cahaya, kelihatan Jambatan dan juga masjid Tuanku Mizan. Lokasi ini sangat sesuai dan indah. Gabungan cahaya dari taman-taman di tepi tasik dan dari sekitarnya.
Taman-taman di sini juga ada yang meletakkan kolam air, ada yang kecil ada yang besar. Paling besar aku rasa MPJBT. Ada juga yang meletakkan air terjun atau air pancut. bagi menghasilkan bunyi air. Taman dengan bunyi air sangat mendamaikan. Bagi yang banyak budget mereka guna yang ada dijual dipasaran. Ada juga yang guna kretiviti menggunakan plastik dan batu-batu binaan. Walau apa pun paling penting adalah hasilnya.
Sedang asyik bergambar di taman Cina. Terdengar pengumuman untuk menaiki lepa-lepa atau perahu dondang sayang. Masih kekosangan 4 tempat duduk. Harganya rm 15. Katanya boleh lihat bunga api. Aku segera ke jeti dan beli tiket.
Nasib perahu di atas penuh dapat naik perah yang macam di bawah ni. Dapat duduk depan lagi. Sebelum ni tak pernah lagi naik perahu di Putrajaya. Bunga api punya pasal. Sanggup.
Kami di bawa dekat dengan Marina. Nampak dari jauh sedang berlangsung Majlis Penutupan Magic of the Night 2015, yang di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Dapat rasai kemeriahannya. Dari tasik boleh kelihatan lembaga manusia di setiap tingkat Marina. 50 000 orang yang hadiri rupanya.
Menunggu beberapa minit sampailah mereka umumkan keputusan pertandingan diantara flotila. Flotila ni berkumpul di tasik depan Marina. Dari jauh kedengaran suara Mahathir Lokman. Bila disebut Selangor aku jadi peka. Aku orang Selangor walau no 3 aku kena bangga. Selangor tempat ke tiga bagi kategori flotila hiasan lampu terbaik.
Pulau Pinang merupakan flotila paling popular dan Johan flotila paling kreatif. Aku suka tengok flotila Pulau Pinang ni, meriah dan macam-macam ada. Warna yang di pilih menyerlah.
Terengganu terkenal dengan mencadat sotongnya. Flotilanya ada sotong besar. Flotila terengganu mendapat tempat ke 2 selepas Pulau Pinang dalam acara Flotila paling kreatif.
Akhir sekali hajat untuk lihat bunga api tercapai. Sangat hampir. Di tengah-tengah tasik. Di tengah-tengah antara flotila dan bunga api. Sangat cantik. Dekat lagi kena serpihan nanti.
Tahun depan nak pergi lagi Floria. Seronok lihat sesuatu yang indah. Idea-idea hebat. Mana tau ada rezeki buat landskap di rumah nanti. Sempat beli benih cili jer dan baja. Sebab bila naik ke daratan kedai-kedai dah tutup. Dalam hidup ni adakalanya sesuatu yang tak dirancang membawa kepada rezeki yang tidak disangka.
Terima kasih Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan