Khamis, 4 Jun 2015

Floria Putrajaya Lagi....

Hari Isnin yang baru sahaja lepas. Sahabat dari Ipoh tiba di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja ambil mereka di Puduraya Sentral di dalam kereta aku bercerita tentang lawatan aku floria di Putrajaya. Waktu tu kami dalam perjalanan bergerak ke hotel Hibiscuss, jika ikut perancangan malam ni kami tidur di di sini. Sebab nak jalan-jalan di Jalan TAR. Tapi hasil dari aku bercerita, plan pun berubah selepas makan dan booking hotel untuk esok kami terus ke Putrajaya. Tiba di Putrajaya hanya sempat makan malam di Madfoon. Habis makan dalam 945 malam, jadinya tak sempat kalau nak jalan-jalan, tutup pun pukul 11. Selasa pagilah kami ke Floria.

Kali ni aku dapat melihat floria pada hari siang. Kawasan ni luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian. Lebih dua jam di sini pun rasa tak cukup. Masa ke sini 31 Mei tu pun tak sempat ke tapak jualan pokok-pokok. Bila sampai kawasan jualan pikok dua tiga kedai jer masih buka. Kawasan tertutup berhawa dingin langsung tak berpeluan nak masuk sebab orang ramai. Sampai perlu berbaris panjang. Terutama di taman musim panas dan musim sejuk.


Suasana pada waktu siang dan malam mestilah berbeza. Pada waktu siang taman-taman ni sudah tiada sokongan daripada sudut pencahayaan. Susun atur, kesesuaian material, bunga-bunga dan kreativiti menjadi tulang belakang menentukan sama ada lanskap mereka ini menarik atau tidak. Tetapi kebanyakan taman di sini mempunyai daya penarik tersendiri.

Seperti Spa Garden ini mempunyai susun atur yang menarik dan mempunyai kolam dibahagian depan, ia kelihatan sangat menenangkan. Belum lagi lihat jakuzinya. Di tambah dengan bunyian air. Kerusi dan kipas yang ada sudah cukup buat hadirin tidak mahu bangun, dengan pemandangan taman yang pelbagai dihadapannya. Mulalah berangan kalaulah ada spa sendiri macam ni. Mudah-mudahan suatu hari nanti, berangan tak salah percuma sahaja tidak perlu bayar.

Papantanda spa ni pun gah. Penuh dengan bunga-bunga. Nampak mahal dan eksklusif. Ramai juga pengunjung yang berebut bergambar, susah nak dapat kawasan ni kosong, memandangkan kami sampai awal jadi berkesempatan juga ambil gambar. Di sini material memainkan peranan penting bagi menampakkan papantanda ini menyerlah. Nampak kemewahannya di sini, mewah juga dengan bunga-bunga. Banyak bunga digunakan, sewaktu aku lalu di kawan tanaman bunga tanah besar di semenyih 90% bunga-bunganya dah habis. penangan dari Floria. 


Dti Floria ini taman-taman ini juga turut melibatkan penyertaan peserta dari luar negara. Mereka ini mempunyai idea tersendiri yang dipengaruhi dari mana mereka berasal dan budaya mereka. Idea meraka tidak kurang juga hebatnya. Penggunaan pokok-pokok tempatan digabung dengan kreativiti mereka menghasilkan taman yan menakjubkan.


Penggunaan warna sangat penting. Bagi menarik perhatian dan menaikkan seni taman di Floria ini. Taman ini menggunakan warna terang, dari jauh sudah kelihatan dan kontra dari taman-taman lain. Secara tidak langsung menjemput ramai pengunjung melihat taman ini dari dekat. Di taman mereka juga menggunakan kenderaan sebagai props, sama seperti di taman-taman tempatan. Di taman ini basikal diletakkan di satu sudut bahagian taman. Taman ini banyak menggunakan tumbuhan berdaun hijau. Bunga-bunga di taman ini juga di susun atur secara rapi. Kebanyakan taman menggunakan rumput hijau tetapi taman ini tidak menggunakan rumput, sentuhannya berbeza. warna coklat membuatkan taman ini kelihatan sarat dengan memori.

Peserta-peserta ini dari pelbagai negara, pelbagai citarasa. Ada antara mereka yang mempunyai citarasa kepada sesuatu yang teratur. Ada juga yang sarat dan penuh dengan idea. Seperti taman di bawah ia kelihatan ringkas tetapi ada keistimewaannya tersendiri. Taman ini menggunakan rumput dan meletakkan meja dan juga kerusi di tamannya.

Taman di Raja Negeri Sembilan, membawa citarasa melayu, senibina rumah tradisi digabung dengan tumbuhan dan tidak ketinggalan warna kuning yang melambangkan kedaulatan.

Selepas itu kami melihat orkid. Malam sebelum ni tidak berkesempatan melihat. Orang terlalu ramai. Berbagai spesis orkid ada di sini. Ada kalanya terbau bau harum dari spesis orkid yang mengeluarkan bau.
Orkid dipertandingkan mengikut kategori. Aku ambil gambar yang no 1 jer. Bunganya indah dengan warna yang unik. 
Orkid di bawah ni unik kelihatan seperti kupu-kupu.
Di sini ada juga maklumat-maklumat tentang orkid. Termasuklah jenis-jenis haiwan yang merosakkan orkid.
Orkid di bawah ni juga adalah juara. Warnanya dan rupa orkid ni cantik. Memang sesuai mendapat tempat no 1.
Kami teruskan perjalan dalam tempat aircond lagi. Waktu ni orang dah ramai. Anak-anak tadika pun dah mula ramai, dari sekolah berbeza merupakan antara pengunjung floria Putrajaya.
Hasil seni yang ada di sini mewakili negara-negara. Kelihatan dalam gambar dari Kenya dan Indonesia, hasilnya mempunyai identiti mereka tersendiri unik dan kreatif.
Gubahan-gubahan bunga di sini sangat mengagumkan. Pelbagai elemen dan material digunakan. Daripada plastik jernih yang diisi air kemudian diletakkan bunga ros sampai la bunga-bunga diletakkan di dalam tabung uji.

Penggunaan warna sekali lagi memainkan peranan penting. Ditambah pula dengan cahaya. Penggunaan ruang dan pemilihan bunga dan material sangat penting. Gabungan yang serasi menghasilkan gubahan yang sangat indah.
Kali ini buat pertama kalinya ada taman musim sejuk dan musim bunga. Untuk masuk ke taman ini tiket bayarannya rm 3. Ramai beratur untuk lihat taman ni. Dari luar tertanya-tanya macam manalah rupa dalam ni. Nampak titisan air dari luar berpeluh-peluh. Macam sejuk sangat jer.
Sebaik sahaja masuk kelihatan warna putih. Cantik macam salji. Sejuk terasa di dalam ini. Bermula dengan tayangan video berkenaan
musim sejuk. Dari mula musim sejuk sampailah masuk ke musim bunga. 
Dihujung tayangan video ini anak-anak kecil terhibur dengan "salji" yang turun.
Habis sahaja dibahagian ini kami bergerak ke kawasan musim bunga. Sekali lagi kami menyaksikan tayangan video. Kali ini berkenaan musim bunga.
Inilah suasana musim bunga. Rasalah macam musim bunga. 
Sekejap sahaja, diberi masa bergambar sekejap berbaloilah rm 3. Untuk bagi anak-anak gembira.
Seterusnya kami ke bahagian Program Universiti dan Sekolah. Idea dari anak-anak muda. Idea-idea dari facebook, dari hiasan di sungai palas. Kelihatan di sini. Ada juga yang hadir dengan idea yang unik dan tersendiri.
Inilah anak-anak muda kita boleh diharap. Dari sekolah rendah, sekolah menegah sampailah ke peringkat universiti.
Di ruang ini anak-anak boleh bermain belon buih sabun besar. Bagi anak-anak gembira.

.
Floria ni dapat mencungkil bakat-bakat muda. Dalam masa yang sama mendedahkan mereka kepada kekayaan flora di Malaysia. Mereka juga memperolehi pendedahan awal pada dunia landskap.
Floria ini melibatkan Majlis-majlis pembandaran. Hari ini dapat lihat suasana pada waktu siang.
Bukan bunga sahaja yang ada. Kucing pun ada. Ada kucing mahal seperti maincoon sampailah ke kucing jalanan. 
Tak dilepaskan peluang beli just spray untuk miau. Dah cuba memang bagus. Suka pulak miau tu bila disembur. Serah perut lagi pada kita ni.

Jadi apa lagi bawalah keluarga ke floria. Melihat kekayaan flora negara kita Malaysia.

3 ulasan:

  1. Cantiknya gambar2 u tangkap.. :)

    BalasPadam
  2. tq yan....ni yang semangat lagi aku nak ambik gambo ni....

    BalasPadam
  3. Aku sokong.. next trip.. laju2 update eh.. nnti aku baca

    BalasPadam