Rabu, 3 Jun 2015

Jomm ke Floria Putrajaya

Floria? Tak pernah sebenarnya berpeluang untuk lihat pesta bunga yang gilang gemilang ni. Selalu terikat dengan jadual waktu tugas. Sekarang dah tiada duty malam. Jadi dapat melangkah jauh. 

Ini kali pertama melihat apakah yang dikatakan.  dengan floria walaupun jalan-jalan ini tidak terancang. Dapat jugalah melihat indahnya taman-taman yang dicurah cahaya lampu-lampu. Kata kawan-kawan sebelum ni masuk tiada bayaran. Kali ni bayaran rm 5. 
Rasa kagum sebentar bila masuk ke Floria. Banyak bunga-bunga. Bunga-bunga segar dari pelbagai jenis digunakan sebagai pelengkap landskap. Selalunya hanya melihat bunga-bunga penghias landskap di Putrajaya. Bunga-bunga yang selalu lihat di kawasan tanaman di Syarikat Mulia Semenyih. Kali ni bunga-bunganya berbeza. Pelbagai jenis orked dan bunga digunakan dan dipersembahkan dengan pelbagai gaya. Ada yang digantung ada juga yang diletakkan di tanah serta menggunakan pelbagai material.


Taman Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah kelihatan sangat meriah dengan lampu-lampunya dan atur letak lampu sampai ke tanah. Ramai yang tertarik untuk bergambar dan melihat sendiri dari dekat landskapnya.




Di Floria periuk kera pun di temui ditanam dalam pasu bunga. Tumbuhan yang selalunya ditemui dihutan kini menjadi pilihan sebagai penghias landskap taman.
Bukan sahaja bunga dan cahaya digunakan, bahan-bahan dari alam semulajadi juga digunakan. Seperti sarang burung tempua, buluh, cengkerang siput, log kayu dan macam-macam lagi.

Gantungan buluh, bubu dan ada juga serkap ayam yang digunakan sebagai penghias taman. Basikal dan kereta pun ada. Kreativiti masing-masing terserlah. Ada juga yang guna mesin kubota. Seperti di bawah ini adalah hasil kreativiti majlis Perbandaran Sungai Petani. Menggunakan gantungan buluh yang berwarna warni serta mengeluarkan bunyi apabila ditiup angin.


Dibahagian belakang dibentuk seolah-olah kapal. Sangat cantik bila ambil gambar berlatar belakangkan tasik. Umpama naik kapal penuh denagn bunga.

Bukan sekadar bunga hiasan. Tanaman sayuran juga digunakan di Taman Mardi. Memberikan idea bagi yang gemar berkebun tetapi ruangan terhad. Salad, cili, tomato segar dan subur.


Bahan terpakai juga digunakan. Taman ini di bahagian hujung. Diluar kelihatan seperti gerabak keretapi lama dari besi. Dibahagian dalamnya menggunakan papan terpakai yang membawa kepada nostalgia dengan warnanya yang luntur dan kayu ada kesan-kesan di makan anai-anai. Cukup memberi kesan. Secara tidak langsung bercerita dengan sendirinya. Pencahayaan juga penting di sini. Membuatkan suasana di sini hidup dan memberi kesan. Di taman yang lain kayu palet yang terbuang turut di gunakan.
Aku suka sangat pokok yang di susun di dinding macam di bawah ni. Banyak taman yang gunakan teknik ni. Puaslah aku membelek untuk lihat macam mana pokok ni di susun pada dinding, Gabungan bunga yang digunakanmemberikan kesan warna yang berbeza. menambahkan lagi seri taman ini.
Taman yang dari jauh kemeriahan lampu-lampunya membuatkan rasa mahu singgah adalah DBKL. Siap dengan kesan khas asap. Bunga orkid digantung dan juntaian pokok membuatkan rasa seperti di taman bunian. Macam pernah pergi. Pengaruh tengok tv la ni. Taman DBKL ni kelihatan luas dari taman-taman lain.

Dalam satu taman pelbagai konsep. Pelbagai material digunakan sampai la ke pada bulp lampu dan juntaian manik.


Taman Cina di bawah ni kawasannya pun luas. Kagum juga. Dibuat dari batu. Macam di Cina. Taman sebagai tanda kerjasama Cina dan Malaysia. Rugi jika tak bergambar di sini.
sebelum tu aku ke taman tuan rumah, Perbadanan Putrajaya. Di sini ada dijual cenderamata. Boleh la beli untuk ole-ole. Dari kiosk ada pintu terus ke anjung. Nampak tasik dan jambatan. Pemandangan yang indah untuk bergambar.

Taman yang ini ada unsur patriotik, siap ada 5 Prinsip Rukun Negara. Menggunakan boto terbuang yang diisi dengan air. Ala-ala rak buku di pepustakaan. Di laluan pun ada tanaman, Dan seri dinaikkan dengan pencahayaan yang samar.


Ada juga taman seperti rumah dalam cerita The Hobbit, rumah ni dilokasi pengambaran di New Zealand. Ramai ambil peluang bergambar di rumah ni, susah tau nak tunggu kosong macam gambar di bawah, berebut-rebut orang nak bergambar, dari budak kecil sampai la ke besar.


Di bawah ni adalah pemandangan yang dapat di lihat. Mewah dengan limpahan cahaya. Taman-taman juga ada sambungan hingga ada yang terapung di tasik. Siap ada itik berlegar-legar di taman. Ada juga yang meletakkan cengkerik. Bagi mendapatkan bunyi cengkerik yang semula jadi.


Pemandangan yang sangat indah. Menikmati udara malam dan limpahan cahaya, kelihatan Jambatan dan juga masjid Tuanku Mizan. Lokasi ini sangat sesuai dan indah. Gabungan cahaya dari taman-taman di tepi tasik dan dari sekitarnya.


Taman-taman di sini juga ada yang meletakkan kolam air, ada yang kecil ada yang besar. Paling besar aku rasa MPJBT. Ada juga yang meletakkan air terjun atau air pancut. bagi menghasilkan bunyi air. Taman dengan bunyi air sangat mendamaikan. Bagi yang banyak budget mereka guna yang ada dijual dipasaran. Ada juga yang guna kretiviti menggunakan plastik dan batu-batu binaan. Walau apa pun paling penting adalah hasilnya.


Sedang asyik bergambar di taman Cina. Terdengar pengumuman untuk menaiki lepa-lepa atau perahu dondang sayang. Masih kekosangan 4 tempat duduk. Harganya rm 15. Katanya boleh lihat bunga api. Aku segera ke jeti dan beli tiket.


Nasib perahu di atas penuh dapat naik perah yang macam di bawah ni. Dapat duduk depan lagi. Sebelum ni tak pernah lagi naik perahu di Putrajaya. Bunga api punya pasal. Sanggup.


Kami di bawa dekat dengan Marina. Nampak dari jauh sedang berlangsung Majlis Penutupan Magic of the Night 2015, yang di rasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Dapat rasai kemeriahannya. Dari tasik boleh kelihatan lembaga manusia di setiap tingkat Marina. 50 000 orang yang hadiri rupanya. 


Menunggu beberapa minit sampailah mereka umumkan keputusan pertandingan diantara flotila. Flotila ni berkumpul di tasik depan Marina. Dari jauh kedengaran suara Mahathir Lokman. Bila disebut Selangor aku jadi peka. Aku orang Selangor walau no 3 aku kena bangga. Selangor tempat ke tiga bagi kategori flotila hiasan lampu terbaik. 


Pulau Pinang merupakan flotila paling popular dan Johan flotila paling kreatif. Aku suka tengok flotila Pulau Pinang ni, meriah dan macam-macam ada. Warna yang di pilih menyerlah.


Terengganu terkenal dengan mencadat sotongnya. Flotilanya ada sotong besar. Flotila terengganu mendapat tempat ke 2 selepas Pulau Pinang dalam acara Flotila paling kreatif.


Akhir sekali hajat untuk lihat bunga api tercapai. Sangat hampir. Di tengah-tengah tasik. Di tengah-tengah antara flotila dan bunga api. Sangat cantik. Dekat lagi kena serpihan nanti.

Tahun depan nak pergi lagi Floria. Seronok lihat sesuatu yang indah. Idea-idea hebat. Mana tau ada rezeki buat landskap di rumah nanti. Sempat beli benih cili jer dan baja. Sebab bila naik ke daratan kedai-kedai dah tutup. Dalam hidup ni adakalanya sesuatu yang tak dirancang membawa kepada rezeki yang tidak disangka.

Terima kasih Allah






Selasa, 2 Jun 2015

Nasi Arab di Madfoon Palace Putrajaya

Masa sibuk-sibuk ke floria sempat lagi pekana nasi mandy kambing di Madfoon Palace di B3, Menara PJH. Tempat ni tempat di mana menyediakan makanan Arab. Siapa yang yang suka makanan Arab tempat ni antara pilihan yang terbaik.

Menu yang ada di Madfoon Palace ni terdiri dari kambing dan ayam. Selain mandy boleh la cuba Madfoon atau zurbian. Pilihan lain selain nasi boleh pekena roti Arab. 

Roti boleh dimakan dengan pelbagai pilihan kuah. Ada juga kebab kambing bagi penggemar kambing. Kebab ni dihidangkan bersama roti Arab.

Sementara menunggu makanan sampai aku pun berlegar-legar. Besar kawasan ni. Jika perokok bolehla duduk di luar. Mereka yang sukakan udara yang segar dan pemandangan yang indah.  Di luar ni sangat indah. Kelihatan jambatan yang dilimpahi cahaya.

Kawasan yang luas ni boleh la pilih nak duduk 
mana suka. Asalkan tak duduk di atas lantai. Tapi di sini tiada wifi percuma.

Gabungan warna yang serasi tetapi warna putih memonopoli membuatkan tempat ni berpadanan dengan namanya "palace". Kerusinya pun selesa untuk duduk lama-lama borak-borak, selfi bergambar ambil gambar makanan. Sempat wasap kawan-kawan pasal tempat ni. Ramai yang suka nasi arab ni. Macam kami, sudahnya ke floria ditunda esok pagi. Balik semula cerita pasal "palace" ni. Gambar di bawah ni kelihatan ada kiub kecil di sudut hujung. 

Kiub kecil tu bahangian dalamnya kelihatan seperti gambar di bawah. Kiubnya siap ada ukiran lagi. Seni Arab. Hiasan lampu dan lampu yang selalu dilihat dalam cerita-cerita arab atau kartun aladdin menaikkan seri ruang. Kiub vip sesuai untuk yang sukakan privasi.


Tidak lama menunggu mandy lamb sudah sampai. Baunya terus buat rasa lapar. Rasa nasinya cukup rempah ratus dan rasa garamnya. Makan begitu sahaja pun sedap. Rasa kambingnya bergabung dengan rempah ratus tiada bau hamis. Bila dikunyah sangat lembut. Keluar jus-jus manis kambing. Aku dapat pulak bahagian lemak. Bahagia rasanya. Jika kari kambing pun aku pilih lemak-lemak. Rasa kambing lah. Terbaik.


Ayamnya pun begitu. Pasti tak menyesal. Cukup rasa. Empuk ayamnya sampai meresap rempah ratus. Pasangan yang sangat secocok nasi dengan ayam ni begitu juga nasi dengan kambing. Untuk nasi ni adalah untuk seorang makan. 


Air aku pastikan aku minum air panas. Jadi teh arab dan daun pudina jadi pilihan. Supaya tak rasa muak. Lagi pun sibuk dengan turunkan bmi sekarang ni. Makan-makan juga tetapi kena selalu beringat. Untuk kesihatan juga. Biasanya sekarang ni bila order air lebih suka minum grean tea, limau suam atau tea "o" halia panas. Boleh buang angin.


Lepas makan sempat lagi lihat-lihat kawasan. Ternyata tuan punya tempat ni bercitarasa tinggi. Simple tapi kemas. Kelihatan lampu-lampu aladdin dijadikan hiasan. Pencahayaan 
pun digunakan bagi menata hias pada "Palacenya". Boleh tak cuba ambik satu? mana tau ada jun, boleh rasa naik tikar terbang.


Rasa nak datang lagi. Walau dah berlalu seminggu lebih masih terasa kambing dan nasinya. Ada rezeki bolehlah ke sini lagi. Bawa kawan-kawan sekerja dan keluarga pula menjamu selera di sini. Berkongsi rezekikan bagus. Pasti nanti rezeki bertambah.


Sebenarnya masa aku datang ke sini  aku tak tahu mana nak dituju. Hanya mengikut akak yang pernah datang sini. Akak tu pun ingat-ingat lupa. Nasib baik pekerja keselamatan di bangunan ni sangat baik hati. Siap bagi tahu di mana nak parking kereta dan di mana Madfon Palace ni. Kami datang waktu malam. Jadinya main redah jer kawasan PJH ni.

Banyak lagi orang yang baik-baik di dunia ni. Berbuat baiklah pada semua orang.

Isnin, 1 Jun 2015

Berbuka Puasa di Ikan Bakar Sri Nikat

Ramadhan ni ada juga yang mengambil kesempatan mengeratkan silaturahim. Berkumpul ramai-ramai. Rakan-rakan atau saudara mara untuk berbuka puasa bersama-sama. Untuk ramadhan ni 2 kali aku ke ikan bakar sri nikat ni untuk berbuka puasa. Gambar-gambar dalam blog ni pula adalah kunjungan sebelum ramadhan yang lalu yang hanya sempat disimpan di draft. Akhirnya ada juga kesempatan menulis.

Bagaimana boleh 2 kali ke Sri Nikat ni? Asalnya melayankan seorang rakan. Asalkan jumpa di masjid untuk terawih mesti sebut ikan bakar jom. Aku sedia faham ikan bakar tu maknanya di batu 23 Sungai Lui, Hulu langat la. Cukup kali ke tiga aku pun dah tak sampai hati. Yer la bila yang ajak tu umur dekat 60. Kami pun rancang satu hari untuk ke Sri Nikat.

Dari Kg Pasir, Semenyih perjalanan ke Sri nikat tak mengambil masa yang lama. Dalam 30 minit boleh sampai kalau naik honda hybrid, tapi kalau naik saga BLM aku lebih 30 minit. Setiap kali sebelum pergi mesti  buat tempahan siap-siap. Supaya tidak lama menunggu. Almaklumlah nak bakar lagi ikan tu. Sanggup ke nak menunggu bila waktu berbuka da sampai tapi makanannya tak nampak lagi? Jadi bila dah tempah siap-siap, masa berbuka puasa tu sempatlah nanti.

Ikan di Sri Nikat ni segar-segar. Kita datang pilih ikan. Terus dibakar. Menu tak banyak pilihan. Ikan Talapia atau ikan patin. Bakar atau goreng berlada. Sayur pula ada kangkong, cendawan atau kailan. Dimasak belacan, ikan masin atau biasa. Nasi pula boleh pilih nasi kosong atau nasi goreng kampung.

Menu dah sampai. Nampak menyelerakan kan? Aku pun tak faham. Sebenarnya dah bertahun dah kedai ni dari aku umur belasan sampai la umur aku da 3 siri ni. Ikan bakarnya tetap menjadi pilihan. Bermula dari aku membawa rakan sekerja ke sini mereka pun suka datang ke sini. Bagaikan satu acara bagi kami untuk makan di sini. Pantang disebut mesti akan ke sini. Istimewanya di Sri Nikat ni ikannya dibakar di atas haba arang. Bukan pada pan bakar burger. Ikannya diibakar sedang elok. Tidak hangus atau rentung. Ikannya pula manis sedap dan berasa serta tidak hanyir atau bau lombong. Sebelum dibakar perut ikan ini dimasukkan dengan bumbu istimewa. Resipi zaman berzaman. Disinilah kelainan rasanya daripada ikan bakar di tempat lain. Bukan senang yer nak jumpa tempat yang isi ikannya lembut. Setengahnya isi ikan bila besar sangat akan jadi terlalu padat rasanya akan kurang sedap. Tapi di sini walau ikannya besar, teksturya tetap lembut.


Ikan bakar ni akan jadi lagi sedap bila dimakan beramai-ramai. Berebut-rebut cubit isi ikan. Bersilang-silang tangan pula masa mengambil. Lagi meriah bila bertembung. Eh...ada orang nak datang kata orang tua-tua. Lepas tu berebut pula kepala ikan atau ekor ikan. Kalau aku, aku suka lemak di bahagian perut tu. Lepas tu gigit-gigit isi pada tulang sirip ikan tu. Layan sangatlah. Sapa tengok pun aku dah tak peduli. Untuk makluman, seekor ikan ni 500 ke 800g biasanya untuk 2 orang makan. Pernah juga sekor 1 kg. Itu pun walau 2 orang makan tetap habis di makan. Harga ikan ikut saiz. Ada sekali tu 3 orang makan rm 75. Ada juga makan 4 orang rm 53. Tengok juga apa yang dipesan. 


Untuk dua orang makan seperti di bawah ni dalam rm 35. Termasuk air limau suam satu jug kecil. Kenyang dah tentu kenyang. Sedap memang sedap la. Jika ke sini aku suka kangkungnya. Tak kisahlah masak apa. Adik yang masak ni memang pandai masak sayur, ala-ala kampung. Kuah sayur tu pun nanti aku hirup. Nasi gorengnya memang terbaik. Selalu juga kecewa bila order nasi goeng kampung tapi habis. Bukan nasi yang habis tapi cili padi yang dah habis. Tapi sejak order dulu sebelum datang ni, tak pernah kecewa dah. Kawan aku pula suka sangat air asamnya. Semangkuk tu dia sorang boleh habis kan. Aku kalau dengan keluarga semangkuk cukup. Kuah asam ni antara sebab mereka ni berulang datang ke sini. Lepas tu tanya aku pula resepinya. Aku ni spesis tahu makan ajer.


Di bawah ni suasana dah nak maghrib, atau sudah hampir waktu nak berbuka. Walaupun waktu makan sudah terhidang, kesempatan untuk berdoa tetap diambil. Berdoa banyak-banyak waktu menunggu berbuka ni. Saat berbuka adalah antara waktu mustajab doa-donya. Doalah yang baik-baik. Bulan ramadhan ni juga sangat bagus bila belanja orang berbuka puasa. Jadi ambillak kesempatan banyak-banyak untuk mendapatkan keredhaanNya.


Aku kongsikan suasana di sini. Indah sangat. Sebelum ni ada karaoke di sini tapi sekarang ni dah tiada. Jika dilihat dalam gambar kelihatan kepala paip. Itulah teempat cuci tangan yang disediakan. Ada paip-paip dekat dengan setiap pondok jadi tak perlu jalan jauh-jauh cari paip.


Ini lah pemandangan Ikan Bakar Sri Nikat pada waktu malam. Indah kan? Makan atas air dalam kolam ikan. Kalau gayat pilih meja di atas tanah. Jika suka bersila ada juga tempat makan yang sesuai bagi yang suka bersila. Tapi jika bawa orang lama tak boleh bersila. Kesian mereka yang sakit lutut. Tapi orang-orang lama di tempat aku kerja suka sangat ke sini. Makan beramai-ramai di sini sambil bercerita dan bergurau senda. Walau dah dimeja makan cerita pasal kerja tak pernah tertinggal. Pernah satu hari aku cadangkan denda 20 sen jika cerita tentang kerja. Macam mana kontrol pun keluar juga.


Tempat dalam gambar di bawah ni, adalah sebelum hujung. Dihujung tu tak boleh ramai-ramai. Berdua atau berempat sesuai duduk dihujung sekali tu. Tapi bila dengan kawan-kawan meja ni jadi piliha. Seronok bila datang ramai-ramai ke sini. Ada tu yang datang siap bawa durian. Makan ramai-ramai dengan kawan-kawan atau bersama keluarga tercinta.


Dulu masa arwah mak hidup kami sekeluarga selalu ke sini. Seorang seekor ikan bila makan. Hebat tak? Kami memang suka makan ikan talapia atau ikan patin. Bakar atau goreng. Sambut hari lahir anak buah pun pernah di sini ramai-ramai satu keluarga. Tapi semuanya kini tinggal kenangan. Bila ke sini lihat tempat ni semua kenangan tu terimbau kembali. Walaubagaimanapun syukur kerana sempat menikmati detik-detik indah itu.


Tengok tu. Makan sampai tinggal tulang. Menceritakan betapa sedapnya ikan bakar di sini. Untuk kali kedua dalam ramdhan ni kami pesan ikan talapia goreng berlada. Ini pun menjadi pilihan setiap kali datang. Ikan digoreng garing tapi masih boleh dicubit. Ekornya boleh digigit. Rangup sekali. Sambalnya enak bila dimakan dengan nasi. Puasa hati. Pastikan ikan yang dibeli tu sekor 800g ke atas jika makan dua orang. Kalau tak nanti tak puas hati.


Apa yang berlaku adalah esoknya kakak tu kata nak datang makan ikan talapia goreng cili lagi. Layankan ajerlah. Semasa aku menulis blog ni. Sekali lagi, untuk kali ke tiga pulak akak tu ajak pergi lagi hari Rabu nanti. Bila lah nak ke terawih kalau gini.

Kedai ni terletak di Paya Lebar, Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat. Atas sikit dari lorong ke Puncak D'Lui. Menghala ke kampung orang asli. Laluannya sempit dan sedikit gelap. Tapi tempat ni memang best. Dari pekan batu 18 belok ke kanan. Jika terus nanti ke Pangsun Sungai Congkak.


Ni no telefon Ikan Bakar Sri Nikat

0132639056