Lama tidak menulis di blog ni.....sibuk sangat kononnya. Malam ni nak sambung cerita percutiaan di Merapoh...selalu lalu sahaja ketika menghala ke kelantan rupanya ia menyimpan khazanah yang sangat indah...saya akan cerita tentang khazanah yang indah ni nanti...
Balik sahaja dari melihat-lihat binatang pada waktu malam kami mula rasa lapar, alhamdulillah tidak jauh dari penginapan ada kedai makan, mujur ada. Jadinya lepas makan tanpa membuang masa...kami pun balik ke club house....Untuk esok aktiviti boleh tahan jadinya perlu rehat yang cukup...almaklumlah memandu dah sekian jam...
Memandangkan saya membawa warga yang sudah 5 series dan 6 series jadi aktiviti pun perlu dirancang mengikut kesesuaian umur ..
kami kembali ke club house. Di sini di ruang tamu ada tv...ada dapur dan ada disediakan air panas. Tapi kami tidak gunakan dapur yang disediakan
Hari ni kami diajar bagaimana mengenali madu asli...nanti bila free saya kongsi macam mana mengenali madu asli.
Di sini ada dijual madu asli...sempat jugalah dia in berkongsi bagaimana cara mengutip madu ni dari pokok tualang. Alamak diberi rasa pulak....madu ori.
Setakat ni rasa berbaloi yer la nak datang sini punyalah susah payah tanya en Google...dapat no telefon Taman Negara Sungai Relau ni...call dan di beri no hp En Roslan ni.
Dalam masa yang sama cari juga di fb
Nak mudahkan kawan-kawan ini fbnya
https://m.facebook.com/reelauagency?refsrc=http%3A%2F%2Fwww.google.com.my%2F&_rdr
Tiada ulasan:
Catat Ulasan