Sabtu, 21 Mac 2015

Bermain dengan Raja Sungai Ikan Kelah

Ikan Kelah yang dikenali sebagai raja sungai  dan ikan yang sangat hebat melawan apabila dipancing. Cerita tentang ikan inilah yang telah membawa saya ke Merapoh, walaupun saya bukan kaki pancing. Ikan ni banyak terdapat di India dan Asia Selatan. Sebelum ke sini saya dan rakan saya ni pernah ke tempat pembiakan ikan kelah, di batu 23 Sungai Lui. Melihat usaha En Othman di Sungai Lui saya rasa terpegun. Ada beberapa kolam ikan kelah ternakan beliau. Cantik tempatnya. Mendengar cerita beliau tentang ikan ini lagilah membawa saya mahu melihat sendiri habitat sebenar raja sungai ini.




Kami dibawa ke dalam Taman Negara Sungai Relau. Selepas memasuki pagar. Kami singgah dahulu di Pusat Interpretif Taman Negara Sungai Ralau. Disini adalah tempat untuk mendapatkan permit. Ada juga ruangan pameran yang mana maklumat tentang Taman Negara di pamerkan.



Di mana sebenarnya Taman Negara Sungai Relau ni? Saya pun bila nak cari ikan kelah ni baru tahu kewujudan Taman Negara Sungai Relau di Merapoh ni. 




Sekali lagi perjalanan diteruskan, lebih kurang 14 km lagi ke dalam untuk sampai ke Satuari Kelah Kuala Juram, tempat untuk bermandi manda dengan ikan kelah…bagi makan sebenarnya dan boleh rasa pegang ikan kelah ni. Tidak sabar rasanya. Mujur naik 4x4 kalau jalan kaki….semput. 




Melepasi signboard ni kami melalui jalan yang lebih kecil. Apa yang menariknya sepanjang perjalan kami diiringi oleh beribu-ribu rama-rama berwarna warni. Rasa macam dalam cerita dongeng. Ini kali pertama saya lalui saat seperti ini. Bayangkan sepanjang perjalanan. Dalam gambar tak nampak sangat rama-ramanya.



Di satu tempat tiba-tiba kenderaan perlahan,  En Juki menunjukkan  binatang yang dipanggil Banting, binatang ini diperlihara di dalam Taman Negara ni secara bebas. Di tempat ini makanannya akan diletakkan. Apa bezanya Banting dengan lembu? Bezanya kaki banting ada warna putih, seolah-olah memakai stoking.


Sampai di Kuala Juram, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Apa yang penting adalah keselamatan. Pesannya agar kami berhati-hati dengan lebah di kawasan itu. Lebah nyer kecil jer, merasalah juga disengat. Sedap...


Apabila sampai si tepi sungai seekor ikan pun tidak kelihatan, tetapi sebaik sahaja dipanggil En Juki berekor-ekor datang....katanya mereka dari lubuk yang tidak jauh dari situ, memang nampak lubuk tu dari tepi sungai.  Lubuk tu dalam tau. Mula-mula kelihatan ikan kelah putih, barulah diikuti ikan kelah merah. Ikan kelah di Kuala Juram ni istimewa, sebab ia makan di tangan, hanya genggam makanan dan suakan bahagia yang terbuka antara ibu jari dan jari telunjuk.  Rasakanlah nikmat apabila ikan kelah sedut makanan yang disuakan, sampai jari-jari pun disedut, rasai sensasinya. Itulah pun yang saya nak rasa, sampai sanggup datang dari jauh. Mula-mula terjerit panik la jugak, takut putus jari. makanan ikan ni disedikan, jadi tak perlu bawa dari rumah yer.









Bukan sahaja dapat bagi makan dapat juga pegang ikan kelah, pegang jer la..yang tangkapkan En Juki. Ikan ni pantas. Susah nak tangkap. Walau bukan tangkap sendiri puas hati la jugak dapat melihat dan merasai sendiri sisiknya yang cantik, tapi dapat pegang yang putih jer la, yang merah ganas.




Macam mana ikan di sini jinak? Ini adalah hasil usaha seorang lelaki yang sanggup berada di dalam air selama dua jam setiap hari selama dua tahun. Ada En Juki ni sebut namanya tapi saya sudah lupa. Pada mulanya ikan ni diberi makanan gunakan botol susu. 

Memandangkan En Juki ini sering bagi makan dan bermain dengan ikan kelah ini, bagaikan ada satu perasaan, menurut beliau ikan kelah ni pun pandai merajuk.

Ikan kelah ni mahal, harganya 1Kg beratus boleh capai RM 250++. Rasanya sedap, texturenya isinya yang halus, serta sisik yang lembut dan boleh dimakan, menjadi hidangan mewah. Ada juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menjadikan ikan ini ikan hiasan. Letak dalam akuarium dengan pencahayaan yang kena, akan terlihatlah kilauan sisik ikan kelah ini. Jadi ikan ini sedang pupus, jadi ikan ini dipelihara di sanctuary ini untuk membiakkannya….agar anak-anak  nanti dapat lihat ikan kelah bukan lihat gambar ikan kelah.

Lepas ni naik ATV pulak....apalah rupa kami naik ATV tu nanti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan