Sabtu, 28 Mac 2015

Buat Jamu Jommmmm

Selalunya beli ajer jamu. Dari zaman anak dara macam tu. Macam-macam brand ada di pasaran. Boleh pilih-pilih Tapi tidaklah consistant...Bila dengar macam-macam cerita pasal jamu ni rasa risau pulak terutama takut terambil sintetik astrogen. Lagi banyak masalah pada kesihatan nanti. Tapi badan dah mula rasa masuk angin mula rasa sakit-sakit dan sengal-sengal. Almaklumlah dah mula exercise pagi dengan harapan nak turunkan bmi. Jadi mulalah mencari resepi yang sesuai untuk buat jamu.

Sebenarnya kebelakangan ni selalu teringat pada arwah mak. Selalunya balik dari training sebulan mesti buatkan air pati kunyit. Simple jer cara arwah mak buat, tak la macam nak buat jamu beria. Kunyit tu hanya. dikisar kemudian tapis airnya campur garam dan di minum. Rasanya "sedap sangat" sampai sekali teguk jer minum sambil tahan nafas. Kata arwah untuk luka-luka dalam perut. Macam dia tengok jer macam mana anak dia ni training. Tahu aja dia. Yer la asal balik training jer anak dia ni tidur tak ingat dunia..bangun untuk pentadbiran diri dan tidur balik. Siap buatkan air mandian daun serai wangi, daun inai, macam-macam daun lagi da tak ingat namanya. Macam orang lepas bersalin pulak. Rasa nak buat sendiri air kunyit tu tapi berapa banyak pulak lah kunyit arwah letak? Alang-alang buat jamu terus.

Kunyit

Nak dijadikan cerita hari ni kakak ipar ajak pergi pasar borong Selangor. Tengah pilih-pilih nampak sesuatu ni. Kakak yang berniaga tu pun kata yang tu untuk buat jamu, ulam pun boleh atau buat urab. Belek punya belek terbeli. Rupanya namanya cekur. Selalu nampak jual di kedai-kedai Aceh di Semenyih. Tapi tak tahu apa gunanya. Rasanya masa kelas Urutan Traditional Melayu ada cerita pasal cekur ni.  Itulah ilmu tanpa amal bagaikan kereta tanpa stereng. Jadi boleh inilah masanya ulangkaji semula sambil buat jamu.

Cekur
Kakak tu promote juga temu kunci. Apalah pulak ni? Beli lah jugak. Temu kunci ni pun selalu tengok ada dijual di kedai Aceh. Selalu tengok ajer. Tak tau untuk apa. Rupanya ini juga anyara bahan yang digunakan untuk buat jamu.

Temu Kunci
Apalah agaknya khasiat cekur dan temu kunci ni? Khasiatnya cekur ni untuk orang yang kembung perut, sakit urat saraf, bengkak dan muntah. Khasiat temu kunci ni rupanya untuk masalah keputihan, anti oksidan, meneutralkan racun dalam tubuh dan antaranya mengurangkan kolestrol dalam darah serta menambahkan selera makan. Alamak dah la memang selera jer ni.

Sekarang dah ada kunyit ada temu kunci ada cekur dan ada halia yang di beli. Sebaik sahaja sampai rumah mula tanya mr google macam mana nak buat jamu? Dapatlah beberapa cara. Ada yang perlu dididihkan ada yang tak perlu. Cuma bila nak minum campurkan air panas.

Bahan-bahan pun boleh customize ikut keperluan diri. Ramuan banyak dari indonesia dengan nama jamu kunyit asam, jamu beras kencor dan banyak lagi. Banyak dikongsi di google ramuan yang lengkap. Memandangkan tujuan buat jamu ni adalah untuk buang angin. Jadi cekur dan temu kunci tu dah sesuai sangat lah bagi saya. Ada juga la faedahnya beli tadi. Apa ceritanya dengan khasiat kunyit? Kunyit ni untuk kulit yang cantik, cepat sembuhkan luka-luka dan merupakan agen antiseptik semula jadi. Sebab tu la arwah bagi minum pati kunyit.

Halia pulak. Khasiat halia ni memang dikenali untuk buang angin. Selalu lah sangat minum tea "o" halia dengan harapan buang angin. Banyak sangat angin sampai boleh jadi kepala angin. Halia juga boleh singkirkan toxin. Hebat khasiat mereka-mereka ni.

Halia

Kenapa jamu asam orang Indonesia direbus kemudian di blend kemudian direnihkan? Kemudian baru ditapis. Ada juga yang di blend terus dan ditapis kemudian bila nak minum baru ditambah air panas. Mana lebih berkesan? Penasaran jadinya di minum segar seperti air buah-buahan atau di renihkan lagi mujarab? Kalau ubatan akar kayu tradisonal semuanya kena rebus lama-lama.

Untuk kali ni hanya guna cara blend dan tapis tidak direnihkan dan dicampur gula melaka dan asam jawa. Hanya halia, kunyit, cekur dan temu kunci. Bila nak minum nanti baru campur air panas dan gula merah jika perlu. Maka jadilah jamu. Ada orang letak manjakani dan sireh. Mesti pahit kerana manjakani pahit.

Tapi inilah cubaan kali pertama saya buat jamu. Tadi adalah cuba dua sudu...berkesan jugalah..keluar jugak anginnya. Masa sediakan bahan-bahan tadi kakak ipar kata, kalau macam ni tak keluar juga angin tak tahu la.

Aturannya, pati kunyit yang arwah mak bagi minum tu tak boleh ambil hari-hari nanti cepat menopos. Sebulan sekali minumnya. Tapi jamu ni ada yang ambil hari-hari 2 sudu sebelum tidur, ini untuk jamu yang direbus dikisar kemudian direnihkan baru ditapis. Untuk jamu yang dikisar dan ditapis sahaja diambil 3/4 cawan dan selebihnya campur air panas juga diambil pada waktu malam.. Mengikut keperluan tubuh, yang baik jika diambil berlebihan pun jadinya tidak baik.

Ini lah rupa jamunya yang dah siap. Rasanya....fuhhhh. Harap-harap sihat. Paling penting minum air masak secukupnya. Lepas ni aku kongsi cara buat jamu yang direnih. Boleh klik di bawah.

Jomm Buat Jamu Lagi....


Isnin, 23 Mac 2015

Kali Pertama Naiki ATV, di Merapoh

Bila Pak Teh kata pakej ni termasuk naik ATV, wow bagaimanalah rupanya nanti bila naik ATV? Selalu tengok jer, dengar-dengar cerita. Hari ni dapat cuba terus. Tapi kami tidak terus dengan aktiviti, kami berehat dahulu di kawasan chalet Pak Teh yang baru dalam proses pembinaan. Di sini kami makan tengah hari masakan special. Rasa macam jumpa keluarga sendiri la pulak. Isteri Pak Teh masakan untuk kami. Orangnya kami tak pernah jumpa, rasa masakannya jer la.  Makan pulak tu santai-santai, berselera sangat la.


Sambal Jering

Ikan masak tempoyak

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.........Nak naik ATV pulak. Masa kami sibuk, sibuk makan, mereka sedang siap sediakan ATV untuk kami. ATV sudah menanti kami. Saya bawa kakak-kakak yang umur 50 tahun ke 62 tau.

ATV disiap sediakan

Bermain-main juga dalam fikiran ni, boleh ke ni, tapi tidak perlu risau ada yang bersama-sama anda. Saya pandang hadapan dan diajar cara menggunakan ATV, mak aiiii kerasnya handle nyer...nak ke kiri ke kanan. Bila ATV mula bergerak saya tengok tangan yang tolong preskan tu gerak sama....dalam takut nak toleh ke belakang saya toleh la jugak, owh dia naik sama rupanya...tidaklah cuak sangat, bila naik bukit, rasa senang hati lagi, tetapi bila kena turun bukit rasa nak tercabut jantung, dalam fikir dua ke tiga kali tu...jalan jugak turun bukit sampailah masuk dalam air. habis kotor baju..ni la masanya kan? gelak sakan...






Akhirnya semua aktiviti berjaya ditamatkan dengan selamat. Ada peluang harap dapat ke sini lagi. RA Adventure memang best. Dua hari satu malam di sini ada pengalaman dan cerita baru yang di bawa pulang, Hampir setahun baru sempat kongsi. Perjalanan kami tidak berakhir di sini, berehat sekejap kami terus ke Cameron Highland ikut Lojing. Sebagai rakyat Malaysia perlu rasa bangga dengan khazanah alam yang ada di Malaysia. 



















Sabtu, 21 Mac 2015

Bermain dengan Raja Sungai Ikan Kelah

Ikan Kelah yang dikenali sebagai raja sungai  dan ikan yang sangat hebat melawan apabila dipancing. Cerita tentang ikan inilah yang telah membawa saya ke Merapoh, walaupun saya bukan kaki pancing. Ikan ni banyak terdapat di India dan Asia Selatan. Sebelum ke sini saya dan rakan saya ni pernah ke tempat pembiakan ikan kelah, di batu 23 Sungai Lui. Melihat usaha En Othman di Sungai Lui saya rasa terpegun. Ada beberapa kolam ikan kelah ternakan beliau. Cantik tempatnya. Mendengar cerita beliau tentang ikan ini lagilah membawa saya mahu melihat sendiri habitat sebenar raja sungai ini.




Kami dibawa ke dalam Taman Negara Sungai Relau. Selepas memasuki pagar. Kami singgah dahulu di Pusat Interpretif Taman Negara Sungai Ralau. Disini adalah tempat untuk mendapatkan permit. Ada juga ruangan pameran yang mana maklumat tentang Taman Negara di pamerkan.



Di mana sebenarnya Taman Negara Sungai Relau ni? Saya pun bila nak cari ikan kelah ni baru tahu kewujudan Taman Negara Sungai Relau di Merapoh ni. 




Sekali lagi perjalanan diteruskan, lebih kurang 14 km lagi ke dalam untuk sampai ke Satuari Kelah Kuala Juram, tempat untuk bermandi manda dengan ikan kelah…bagi makan sebenarnya dan boleh rasa pegang ikan kelah ni. Tidak sabar rasanya. Mujur naik 4x4 kalau jalan kaki….semput. 




Melepasi signboard ni kami melalui jalan yang lebih kecil. Apa yang menariknya sepanjang perjalan kami diiringi oleh beribu-ribu rama-rama berwarna warni. Rasa macam dalam cerita dongeng. Ini kali pertama saya lalui saat seperti ini. Bayangkan sepanjang perjalanan. Dalam gambar tak nampak sangat rama-ramanya.



Di satu tempat tiba-tiba kenderaan perlahan,  En Juki menunjukkan  binatang yang dipanggil Banting, binatang ini diperlihara di dalam Taman Negara ni secara bebas. Di tempat ini makanannya akan diletakkan. Apa bezanya Banting dengan lembu? Bezanya kaki banting ada warna putih, seolah-olah memakai stoking.


Sampai di Kuala Juram, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Apa yang penting adalah keselamatan. Pesannya agar kami berhati-hati dengan lebah di kawasan itu. Lebah nyer kecil jer, merasalah juga disengat. Sedap...


Apabila sampai si tepi sungai seekor ikan pun tidak kelihatan, tetapi sebaik sahaja dipanggil En Juki berekor-ekor datang....katanya mereka dari lubuk yang tidak jauh dari situ, memang nampak lubuk tu dari tepi sungai.  Lubuk tu dalam tau. Mula-mula kelihatan ikan kelah putih, barulah diikuti ikan kelah merah. Ikan kelah di Kuala Juram ni istimewa, sebab ia makan di tangan, hanya genggam makanan dan suakan bahagia yang terbuka antara ibu jari dan jari telunjuk.  Rasakanlah nikmat apabila ikan kelah sedut makanan yang disuakan, sampai jari-jari pun disedut, rasai sensasinya. Itulah pun yang saya nak rasa, sampai sanggup datang dari jauh. Mula-mula terjerit panik la jugak, takut putus jari. makanan ikan ni disedikan, jadi tak perlu bawa dari rumah yer.









Bukan sahaja dapat bagi makan dapat juga pegang ikan kelah, pegang jer la..yang tangkapkan En Juki. Ikan ni pantas. Susah nak tangkap. Walau bukan tangkap sendiri puas hati la jugak dapat melihat dan merasai sendiri sisiknya yang cantik, tapi dapat pegang yang putih jer la, yang merah ganas.




Macam mana ikan di sini jinak? Ini adalah hasil usaha seorang lelaki yang sanggup berada di dalam air selama dua jam setiap hari selama dua tahun. Ada En Juki ni sebut namanya tapi saya sudah lupa. Pada mulanya ikan ni diberi makanan gunakan botol susu. 

Memandangkan En Juki ini sering bagi makan dan bermain dengan ikan kelah ini, bagaikan ada satu perasaan, menurut beliau ikan kelah ni pun pandai merajuk.

Ikan kelah ni mahal, harganya 1Kg beratus boleh capai RM 250++. Rasanya sedap, texturenya isinya yang halus, serta sisik yang lembut dan boleh dimakan, menjadi hidangan mewah. Ada juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menjadikan ikan ini ikan hiasan. Letak dalam akuarium dengan pencahayaan yang kena, akan terlihatlah kilauan sisik ikan kelah ini. Jadi ikan ini sedang pupus, jadi ikan ini dipelihara di sanctuary ini untuk membiakkannya….agar anak-anak  nanti dapat lihat ikan kelah bukan lihat gambar ikan kelah.

Lepas ni naik ATV pulak....apalah rupa kami naik ATV tu nanti...

Jumaat, 20 Mac 2015

Eksplorasi Gua Tahi Bintang, Taman Negara Merapoh


Sebelum apa-apa aktiviti pagi ni, kami cari tempat untuk bersarapan terlebih dahulu. Rupanya dekat jer dari kawasan club house ni ada banyak pilihan tempat untuk bersarapan. Boleh la kami isi perut dulu. Pergi sarapan ni pergi sendiri. mudah jer cari kedai sarapan ni, keluar sahaja dari club house sebaik sahaja jumpa jalan besar, belok ke kiri . Hala ke Kuala Lumpur.

Tiba masa yang dijanjikan, En Juki ni menepati masa. Kami balik dari bersarapan dia dan Pak Teh telah bersiap sedia menunggu kami. Kami di bawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda...kiranya kereta parking di club.....maka bermula lah aktiviti hari ke 2 di merapoh ni...bermula dengan meredah suasana pagi yang nyaman...sambil lihat keindahan alam pagi lah sangat pukul 9 ni. 



Tiba di lokasi perlu melalui kawasan kebun getah, kebun orang dan belukar, kiranya jika tidak di bawa ke sini, kami pun tidak tahu macam mana nak sampai gua ni...dan mujur naik 4x4. Kalaulah naik kereta....hmmmm pikir banyak kali jugak nak lalu jalan ni.


Dari jauh nampaklah gua di balik pokok. Perjalanan untuk ke gua dari tempat depa parking 4x4 tidaklah jauh sangat. Jadi warga emas yang saya bawa bersama ni tidak jadi masalah bagi kakak ni untuk berjalan kaki. Saya lagi lah tidak ada masalah, orang mudakan....

 

Dalam perjalanan sempatlah tengok pokok hutan..En Juki yang bawa kami ni peramah, ada diceritakan nama pokoknya tapi sudah lama sangat..tak ingat sudah. Itulah ambil masa yang lama sangat untuk kongsi kat blog ni.



Memandangkan hari ni ada 3 aktiviti outdoor jadi kami memilih untuk memakai pakaian sukan dan kasut yang sesuai agar selamat masa masuk gua nanti. Keselamatan adalah pekara utama, pastikan kasut tidak licin tapaknya...peralatan seperti lampu suluh, dan safety helmet ni di sediakan oleh RA adventure jadi tidak perlu pening-pening dah....


Dari jauh nampak gua batu kapor...menurut saudara yang bawa kami ni...Batu kapor di sini lebih muda dari yang di Ipoh yang mana ia sebahagian tulang belakang Malaysia, sebahagian dari banjaran Titiwangsa. Perlu dijaga untuk keseimbangan ekosistem. Banyak gua yang telah dijumpai di kawasan ini 120 seingat saya. Itu yang sudah dijumpai....ada lagi....

Sepanjang perjalanan ni banyak En Juki  berkongsi cerita tentang nasib gua batu kapur di sini, sayangkan kalau diletupkan untuk jadi kilang simen? Bayangkan tulang belakang diletup sana diletup sini. Di sebut juga nama yang bertungkus lumus menyelamatkan gua-gua di sini iaitu Laili Basir. Laili Basir merupakan seorang peneroka gua...nak tahu lagi lanjut ha tengok you tube ni.  Saya dengar jer la cerita, tidak pernah jumpa orangnya, tapi usaha ini sangat hebat.  Malam sebelum aktiviti ini pun ada ditunjukkan gambar-gambar gua yang telah dijumpai, cantik-cantik gambarnya, mereka bekerjasama dengan sepasukan dari Croatia.

Balik kembali ke cerita explorasi gua kami ni. Jika saya tidak sibuk cari ikan kelah saya tidak ke Merapoh ni dan tidak lah saya tahu cerita tentang gua di sini. Dalam pakej ni kami di bawa ke Gua Tahi Bintang sahaja, tapi En Juki ni baik dan masa ada lebih kami juga di bawa ke Gua 1000 Cerita dan Gua Air Mata Dayang. Ini Gua pertama kami jelajahi Gua tahi bintang, gambar luar jer saya simpan, masa ni h/p saya galaxy y tu tidak dapat ambil gambar dalam gelap, sayang sungguh. 

 

Ini antara makhluk yang ada di dalam Gua..nampak tak sepit macam kala jengking tu...inilah uniknya labah-labah ni. Bila kata gua jer pastinya  ada kelawar. Kami diberi penerangan jenis-jenis kelawar dan makanan yang kelawar ni makan.

Masuk dalam gua ni cukup menakjubkan..ada satu bahagian tidak boleh dipijak..bahagian tu bila di suluh kelihatan bersinar..bagai emas. Apabila panjat lagi ke atas sekali gua ditemui cengkerang siput....bagaimana cengkerang siput boleh berada di situ? Pakar-pakar gua boleh lah lihat stalactite dan stalagmite yang mengambil masa yang lama untuk terbentuk..Gua ni besar..kami ni ditunjuk kesan-kesan gajah. Gajah pernah tumpang teduh masa hujan. Ada juga pokok yang tumbuh ditengah-tengah gua yang gelap ni. Agak2 knp?




Gua Air Mata Dayang..dengan nama inilah gua di dalam ganbar di bawah dikenali, dalam gua ni ada air..menakjubkan..macam di yogja. Tapi kami tidak masuk gua ni....hanya dibawa atas jasa baik tu jer...alhamdulillah dapat juga kami lihat keindahannya....air dalam gua ni dalam tau...berpuluh kaki...hebatkan? Katanya ada aktiviti tiubing di sini....ada berani nak masuk? Jika dibuat macam di Gua Pindul pasti benar-benar mendapat sambutan. Bagaimanalah yer dalam gua ni...

Gambar di bawah ni jelas dapat dilihat pembentukan batuan di Gua ni yang masih baru. Baru-baru pun ia mengambil masa bertahun-tahun...jadi perlulah kita jaga dan hargai agar khazanah ini tidak luput di makan pembangunan.








Gambar di bawah ini adalah gua cerita..terdapat lukisan di dalamnya..lukisan zaman dulu-dulu, seolah satu cerita...menarikkan? Di Gua ni kami hanya singgah. Nak cerita banyak tidak berani takut tersalah fakta, almaklumlah pergi mei 2014 rasanya ni baru nak berkongsikan.....Nama-nama gua ni unikkan? bukan diberi sebarang jer tau contoh gua seribu cerita mendapat nama dari lukisan-lukisan yang ada di dalamnya..lukisan   yang mengandungi seribu cerita. 











Marilah kita sama-sama menyokong  Save Merapoh Cave. Dunia ni untuk anak-anak....nanti...saya pinjam jer....dunia yang bagaimana saya mahu anak-anak saya diami?Sama-samalah cintai alam sekitar. Bermula dengan buang sampah dalam tong sampah. Bayangkan bila semua ada kesedaran..Malaysia mesti jauh lebih bersih. Lepas ni saya nak cerita pasal mandi dengan ikan kelah pulak...