Isnin, 1 Februari 2016

Kebabom Grill di Semenyih


Sejak dah tak bekerja dengan government ni dah jarang jumpa kawan-kawan. Kadang-kadang sibuk sangat sampai balik pun dah malam. Sebelum hari ni aku wasap kawan ajak keluar makan tengah hari. Sebelum aku jadi sewel sebab yer la mana ada berbual-bual macam selalu. Dulu minum pagi atau makan tengah hari jer mesti dengan kawan-kawan. Sekarang makan ikut dan. 

Jadi apabila kawan-kawan ajak makan grill-grill katanya. Di Kebaboom Grill. Aku terus setuju. Semenyih sekarang ni sudah menjadi limpahan makanan. Macam-macam pilihan ada. Seiring dengan bertambahnya populasi penduduk di Semenyih. Sekarang ni di area Sen Heng ni macam-macam gerai dah ada. Semua aku cuba. Kacang pol lah, nasi lemak kukus la dan yang pernah aku kongsi di blog ni tentulah char kuey tiaw.

Hari ni kita orang makan di Kebaboom Grill. Ramai yang dah tahu pasal truck ni. Masa hujung cuti sekolah tak pula aku jumpa truck ni. Aku makan kacang pol jer lah. Zaman sekarang kan zaman truck. Ini adalah antara orang kita yang mengunakan peluang perniagaan yang ada. Pandai cari lokasi, tepi jalan. Waktu ni kami pilih meja yang beratapkan langit terus nampak bulan purnama pada waktu itu. Jika nak bawah khemah kanvas pun ada.


Menunya ada lamb grill, beef steak, mix grill, chicken chop, fish and chip bagi yang tak suka daging dan cheezy wedges. Fish and chip, chicken chop dan cheezy wedges jer la yang tak di grill. Pilihan airnya aku pilih root beer float. Rindu kat A&W. Sini mana ada. Makan nak order apa memang tak payah. Macam biasa hantu kambing order kambing la.


Sebenarnya rupa kebaboom lamb grill ni sangat menyelerakan. Dihidang bersama roti, cheezy wedges dan coleslaw. Ada dua pilihan gravy, mushroom atau blackpaper. Aku pilih blacpaper. Nyum-nyum. Blackpaper yang dituang diatas kambing yang panas-panas akan mesra dengan kambing dan membangkitkan rasa jus kambing bercampur sos blackpaper. Aku makan habis licin sampai tinggal tulang dan tak pandang kiri kanan.
Lepas makan. Baru sedap berborak. Menyembang apa yang patut. Perempuan, bercakap adalah keperluan. Satu cara release tekanan. Sambil borak nikmati aiskrim pada root beer tu. Lama dah aku tak minum minuman bergas dan berais. Jaga kesihatan dah nak masuk 4 siri ni.

Support perniagaan anak-anak ni. Krew truck ni anak-anak muda. Mereka sangat rajin dan peramah. Baguskan? Mereka pilih untuk berniaga. Aku pilih untuk makan. Moga kita semua memperoleh rezeki yang berkat.

Ahad, 24 Januari 2016

Dari Lumut Ke Teluk Nipah

Sambung lagi cerita Ogos Gateway. Selepas sarapan di Line Clear, perjalanan diteruskan. Dari Rapat Setia ke Lumut ni tidaklah berapa jauh. Hanya satu jam 30 minit. Tidak jauhkan? Sebabnya bukan aku yang memandu. Seronok sangat aku dapat merasa naik kereta baru. Honda City pula tu. Aku sangat bersyukur. kawan-kawan pakai kereta besar-besar aku dapat merasa naik pun jadilah. Aku jadi mem besar, duduk belakang tu. Sudahnya aku tidur. Jarang aku tidur dalam perjalanan. Mungkin kerana duduk belakang, bertambah dengan penat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan disertai rasa selamat. Memandangkan pemandu yang berhemah memandu kereta hari ini.

Selepas meletakkan kereta di tempat parking. Perjalanan pun bermula. Mujur ada mereka ni. Kali terakhir aku ke Pulau Pangkor 2004 rasanya. Zaman tu zaman belajar lagi. Pergi pun balik hari. Bila lihat terminal ferry. Terkejut aku. Banyak yang sudah berubah. Sangat berbeza. Yer lah kan takkan sama sahaja. Sebenarnya keadaan tahun 2004 tu pun aku dah tak ingat. Sebab tu aku banyak buat catatan di blog ni. Mana tahu lagi 10 tahun lihat balik. Mungkin blog ni boleh membantu aku untuk selusuri kenangan. Kenangan dengan keluarga. Kenangan dengan kawan-kawan
 
sambungan dari:
 

Keluar dari parking kami cepat-cepat meluru ke kaunter tiket. Selepas lihat jadual perjalanan  dan harga tiket feri, nampaknya ada masa lagi. Sempatlah nak makan tengah hari dulu. Di tepi-tepi ini kelihatan mereka-mereka yang menjual pakej. Untuk penginapan kami dah tempah siap-siap secara online menggunakan Agoda. Diuruskan oleh Yan. Di sini di tepi-tepi laluan pejalan kaki tu mereka jual pakej untuk ke Pulau Giam. Pandai-pandailah pilih. Jika nak selesa naik bot besar sikit, jika orang seorang dua dan comel naik bot kecil. Selesai beli pakej ke Pulau Giam dan sekarang isi masa dengan isi perut. Sepanjang perjalanan ke jeti, kiri kanan adalah kedai-kedai. Terdapat juga beberapa kedai makan yang menyediakan pelbagai menu. Kami pilih kedai paling hujung. Paling hampir dengan jeti. Aku tak nak makan kerana masih kenyang dan mood kuruskan badan. Kurus lah sangat. Yan dan hajar makan laksa. Kami bertiga semua beli ABC sebab nampak sangat menyelerakan. Tengah-tengah hari ni kan. Sejukkan tekak dengan ais.

Lepas makan masih ada masa yang berbaki sebelum naik feri. Masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk mencuci mata. Kebanyakan kedai jual ikan bilia mata biru. Sebelum-sebelum ni ke Pulau Pangkor tak pernahlah pulak aku perasan tentang ini. Mungkin dah dewasa dan semakin kerap kedapur, maka semakin peka dengan keperluan dapur. Ikan bilis adalah wajib ada di dapur rumah. Senang nak masak. Harga ikan bilis mata biru ni mengikut kualiti. Ada gred-gred. Sekali lagi pandailah pilih. Selebihnya kedai-kedai ni menjual hasil tangkapan laut yang telah diproses.  Buat masa ni sedang jaga poket dan jaga hati. Balik nanti baru boleh shoping.


Gambar di bawah ni lah feri kami. Walau dah pernah ke sini tapi masih teruja. Seolah-olah ini adalah kali pertama ke sini. Langitnya kelihatan biru. Lautan yang sangat luas, warna birunya seolah-olah mengatakan selamat datang kepada kami. Feri di sini kelihatan lama. Tapi insyaAllah selamat. Kakitangan feri ni pun baik dan ringan tulang bagi memastikan penumpang dapat naik ke feri dengan selamat. Terutama yang membawa anak kecil dan barangan yang banyak.


Selamat juga berada di dalam feri. Tempat duduk adalah ikut suka hati "free sitting". Alhamdulillah kami dapat duduk satu baris. Senang nak selfie-selfie. Lama juga tak naik feri. Last naik feei ke Pulau Pinang 2013 rasanya. Beza feri Pulau Pangkor dengan Pulau Pinang. 


Selepas beberapa minit akhirnya kelihatan juga Pulau Pangkor. Banyak juga yang berubah. Tapi aku dah tak ingat rupa lama. Jadi apa yang berubah? Teruknya memori aku sekarang ni. Zaman pergi dulu mana ada fb. Kamera pun tak ada. Tak ada satu gambar kenangan pun. Masa tu pergi dengan coursemate merangkap blockmate. Jadi haruslah rapat, zaman sekarang istilahnya bff. Walau tiada gambar, peristiwa naik motor sampai tak larat naik bukit motor tu. Sudahnya aku turun tolak, seolah-olah aku ni badang perkasa. Sudahnya patah balik. Kononnya nak pusing Pulau Pangkor. Terbatal hajat.


Kali ni tak sewa motor. Naik van pink ni. Destinasi adalah Teluk Nipah. Pemandu van ni tawarkan untuk pusing pulau dengan bayaran tertentu. Maknanya akan berhenti dan singgah di destinasi tumpuan pelancong seperti Kota Belanda dan kilang proses hasil laut. Memandangkan kami semua dah pernah ke sini dan telah pun melawat destinasi tersebut, kami hanya minta dibawa ke penginapan kami.

Alhamdulillah pemandu ni ramah dan hantar kami sehingga depan pintu pagar. Perjalanan hari ni santai dan selamat tiba di destinasi. Tak disangka aku ke Pulau Pangkor lagi. Kali pertama aku pergi masa umur 18. Selang 6 tahun baru datang kembali. Dan selepas 10 tahun baru datang untuk kali ke 3. Mungkin betul kata orang tua-tua bila dah membuah kat tempat tu mesti datang lagi.
 
Sambungan dari:
 

Rabu, 13 Januari 2016

Tukang Urut Wanita Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Baru Bangi, Semenyih, Kajang


Hari ni aku nak bercerita penglibatan aku dalam arena urutan. Arena urutan traditional Melayu. Dari remaja aku dah biasa terjatuh terseliuh tergeliat. Pernah juga tulang lari. Kelakar pula bunyinya. Tapi benar-benar terjadi. Terjadi umur 17 dibaiki pada umur 21. Padanlah bila duduk lama dalam bas aku rasa punggung senget sebelah. Paling teruk adalah apabila aku sendiri kena sakit belakang kronik.  Bertahun juga. Aku juga selesaikan secara urutan. Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Pernah juga aku terjatuh sewaktu latihan, waktu tu bawa beg yang berat dan senjata ditangan dan radio semboyan di bahagian depan. Bayangkan jatuh dengan kaki terlipat. Malam tu tidur tak rasa sakit sangat tetapi lusanya bila nak ke kuliah, kaki bengkak dan seolah2 terkepak ke dalam. Mujur senior tolong hantar ke kuliah dan hantar berurut. Kebanyakan tukang urut wanita yang aku jumpa adalah Melayu. Urutan mereka urutan yang terbaik. Semestinya urutan traditional Melayu. Bagi aku urutan ni unik dan kadang-kadang tu macam magic.

Jadinya dah bermacam tukang urut wanita aku dah temui. Sewaktu usia muda remaja aku, urutan dan aku tidak dapat dipisahkan. Bila selalu training dan selalu lasak adakalanya badan rasa mengkal, rasa tak sedap dan macam banyak angin. Aku akan cari tukang urut wanita. Aku ada tukang urut kegemaran aku. Tapi nak urut hari ni jangan haraplah dapat hari ini. Minggu depanlah baru dapat. Itu pun mujur. Kadang-kadang tukang urut free aku pula tak free. Satu lagi tukang urut wanita kegemaranku adalah seorang tua di Terengganu. Jauh betul. Susah nak cari tukang urut wanita traditional di Putrajaya, Cyberjaya,  Bandar Baru Bangi,  Semenyih, Kajang ni. 

Tapi dalam blog aku kali ni aku tak nak la promote orang lain. Asyik promote orang lain jer. Kali ni aku nak promote kakak aku sendiri. Antara the best tukang urut di jengka Pahang.  Eh ke Jengka pulak ceritanya. Kenapa nak cerita yang di Pahang sana. Sebentar lagi aku akan cerita tentang tukang urut Wanita Putrajaya, Cyberjaya,  Bandar Baru Bangi,  Semenyih, Kajang. Berbalik pada kakak aku. Macam mana aku tahu dia the best? Sebagai seorang yang dah asyik diurut dan mempunyai pengalaman diurut baik secara sakit atau secara sangat sakit atau gila punya sakit. Mestilah aku tau kualiti urutan seseorang. Lagi pun dari umur belasan asyik sahaja berjumpa tukang urut. Jadi aku juga sering praktikkan apa yang aku rasa pada arwah mak aku. Banyak juga jadi bahan eksperimen. Begitu juga dengan rakan-rakan di universiti. Kerap juga mereka menyerah diri pada jari jemari aku. Terima kasih kawan. Jasa kalian aku kenang.

Jadinya aku tahulah sama ada urutan kakak aku ni bagus ke tidak bagus. Tetapi aku sedikit geram. Walaupun aku ni adik dia susah sangat dah sekarang ni nak merasa "jari puaka" dia ni. Sibuk memanjang. Kalau aku ke Jengka sana aku hanya sempat jadi driver dia sahajalah. Pun boleh lah dapat lah makan free. Paling best bila dia belanja patin tempoyak. Eh ke ikan patin pula.

Jadinya aku telah pun buat page untuk promote spa kakak aku di Bandar Pusat Jengka Pahang. Akulah admin page ni. Sikit-sikit untuk marketing, bolehlah. Saya budak baru belajar. Diam tak diam dah lebih setahun umur page ni. Alhamdulillah. Urutan di Jengka yang dibuat bukan sekadar urutan untuk kesegaran, iaitu urutan satu badan. Malahan juga urutan lepas bersalin atau urutan dalam pantang. Kakak aku ni dia buka spa di Bandar Pusat Jengka. Jadi facial, pedicure, manicure dan sliming pun ada. Di bawah ini lah pagenya. Jemput like yer. Jom sokong. Macam nak pilihanraya pula.


Di page ni juga aku promote sorang lagi tukang urut. Tukang urut yang ni lah Tukang Urut Wanita Putrajaya, Cyberjaya,  Bandar Baru Bangi,  Semenyih, Kajang. Malas nak cerita banyak pasal tukang urut ni. Sentuhan dia taklah kuat tapi bila kena urat tu, sabar jerlah yer. Nak baik tak? Sayang-sayang semua boleh baca riview daripada pelanggan yang dah merasai sentuhan dia ni. Mempunyai pengalaman yang lama juga dalam urutan. Sama lama macam kakak aku. 

               

Dia ni lebih menumpukan pada urutan traditional Melayu. Sangat minat pada seni urutan itu sendiri. Bagi ibu-ibu dalam pantang, perlukan urutan lepas bersalin atau urutan dalam pantang untuk hilangkan ketegangan dan mahukan kerehatan. Bolehlah rasai sentuhan dia ni. 

Mereka ni mementingkan kualiti urutan itu sendiri...

Jadinya 

Untuk yang di Bandar Pusat Jengka 
Boleh hubungi:
Asora 0173717599

Di  Putrajaya, Cyberjaya,  Bandar Baru Bangi,  Semenyih, Kajang. Hubungi :
Nora 


Mereka ni adik beradik...dia tu akulah :)

Link instagram



Selasa, 12 Januari 2016

Sarapan Mee Kicap di Line Clear Cafe, Rapat Setia


Selepas berehat di rumah Yan satu malam, hari ni kami bergerak ke destinasi seterusnya. Untuk misi September Getaway. Eh Ogos Getaway. September ni tahun lepas. Opss lupa nak beritahu ini adalah sambungan cerita percutian di Ipoh. Selepas naik ETS dan menikmati Mee Kari Mak Jasak aku bermalam di rumah Yan. Sebelum ke destinasi percutian pada kali ni pekara pertama perlu dilakukan adalah isi perut dahulu. Yan bawa kami sarapan di Medan Selera Koperasi Perumahan Perak Berhad. Katanya ada juga gerai yang jual mee kicap  sedap di sini. Sebenarnya Yan pernah bawa aku ke sini dua tahun yang lalu. Tapi masa tu aku belum ada blog lagi. Disebabkan bagi aku tempat ni special jadi aku nak juga ada catatan tentang kedai ini di blog ni.

Inilah kedainya, kedai no 8. Kalau masyarakat cina no 8 ni "ong" atau pun bertuah. Memang bertuahlah kedai ni. Nama lain kedai ni Line  Clear Cafe. Pagi-pagi sudah ramai yang datang untuk menikmati sarapan di sini. Biasalah hari cuti. Bagilah can kepada ibu-ibu cuti masak yer. Terutama yang suri rumah. Bawaklah sarapan di luar. Kami yang bujang ni ambil kesempatan bersarapan dengan tenang setenangnya tanpa tergesa-gesa kejar waktu kerja. Cutikan.


Di bawah ni adalah antara pilihan menu yang ada. Apa yer namanya lupa pula. Di setengah tempat dipanggil roti gedik. Penggemar telur macam saya suka sangatlah menu ni. Roti yang disapu mentega kasi garing sikit. Ada telur pula tu. Nyum....nyum.....di temani dua sahabat setia kicap dan lada. Kicap dan lada ni saling melengkapi rasa roti yang kosong tu. Bagai kami bertiga....saling melengkapi dan memberi warna pada dunia. Roti ni kami kongsi bertiga yer. Tak dapat nak makan seorang.


Mee dah sampai. Lihat macam mana rupa mee ni dihidangkan. Mangkuk berisi kuah di bawah, manakala meenya ditindih atas mangkuk. Nampak kan kicap, taugeh dan daun bawang? Di sini pun boleh pulih nak mee ke kue tiaw ke. Dalam bekas kuning tu sambal nyer. Sambal ke namanya? Seronok rasanya. Sarapan yang lain dari kebiasaan. Tempat aku mana ada mee kicap, mee kicap ni. Memang tak jumpa lagi setakat ni. Nasi lemak, roti canai atau lontong banyak dan senanglah nak cari. Jadi aku menikmati perbezaan di sini.


Gambar di bawah adalah rupa mee kicap sup. Supnya ringkas sahaja. Tetapi tetap ada rasa walau bukanlah macam sup kita yang rempah dah sekian. Sup ala-ala masakan Cina. Sah-sahlah ini memang makan orang Cina. Dalam sup tu adalah yang macam dalam yong tau foo tu. Nampak sedapkan? Memang sedap pun. Masa aku ke sini dulu aku makan mee kari. Aku jeling-jeling jer tengok orang sebelah makan mee dengan kicap. Sedap ke? Aku pun cuba rasa yang Yan order. Rasa sikit-sikit jer. Nasib tak habiskan sup si Yan.
 
 


Inilah mee kari yang aku makan dulu. Memang sedap dan rasa karinya. Dalam kari ni pun ada perkakasan seperti yong taufu. Jadinya peminat sup atau kari anda ada pilihan di sini. Kuahnya ya ng masih panas. Taugeh yang segar. Bebola-bebola yang segar jadi penambat selera. Walaupun aku makan ni bulan 8 yang lalu tetapi rasanya masih teringat. Jika berkunjung lagi ke rumah Yan aku akan pastikan sarapan di sini lagi. Perut sudah kenyang. Perjalanan di teruskan. Kami ke Lumut untuk ke Pulau Pangkor pula. 
 
  

Sambungan dari:

Ahad, 10 Januari 2016

Ikan Celup Tepung Di Pantai Rhu 10

Jika berkunjung di Terangganu ni kalau tak pekena ict (ikan celup tepung) memang tak lengkap. Mak ain kata beli sahaja, tetapi makan di tepi pantai. Orang tak ada mak macam aku ni, tumpang jerlah kasih sayang mak orang lain. Aku suka idea mak Ain tu, luas mata memandang nanti. Mudah sahaja nak mencari kedai ni, betul-betul di tepi jalan. Bukan aku pun yang kena cari, aku ikut jer. Nanti pergi sendiri bawa orang. Mulalah call sana call sini tanya. Rasanya senang nak cari ni. Hampir dengan Caltex Pantai Rhu 10. Lihat pada papan tandalah kan. Udang dan sotong yang bersedia untuk dicelup dalam tepung megah berdiri di tepi jalan.


Sampai sahaja aku tengok tudung saji bersusun. Apa di bawah tudung saji ni yer? Satu-satu aku buka. Macam-macam ada. Ini adalah tempat yang terbaik untuk makan sotong atau pun ikan celup tepung. Selain dari udang, sotong dan ikan yang dicelup tepung. Ada juga jual bebola ketam, keropok lekor dan juga goreng pisang. Banyak pilihan lah juga di sini. Semua ni memang sesuai sebagai juadah minum petang. 


Lihatlah sotongnya. Masa ni sotong ni baru sahaja digoreng. Masih lagi panas dan baunya semerbak. Perut yang tadinya kenyang sudah mula terasa lapar. Tiba-tiba la pulak. Kalaulah bau sotong ni boleh terkeluar dari gambar pastinya ramai kecur air liur. Sotong ni rupanya begitu. Belum dipotong lagi. Selepas dipilih barulah dipotong-potong dengan gunting. Selalu sotong di tempat aku lepas dipotong baru digoreng.


Ini lah ICT tu. Ingatkan ICT yang di Shah Alam. Rupanya ICT tu, ikan celup tepung. Haiii...lahhhh....macam-macam sekarang ni. Ikan ni adalah ikan kembung. Kalau ada nasi sedap jugak ni kan? Bau ikan goreng ni pun boleh tahan juga. Sangat menggoda keimanan dan nafsu makan. Rasa tak sabar untuk menikmati mereka berdua ni. Perlu sabar sedikit lagi, nak makan di tepi pantai kan?


Masa aku datang dengan kawan-kawan tahun 2012 dulu kami makan di sebelah sana tu dalam gambar di bawah, menghadap laut. Menikmati angin pantai. Ramai-ramai 2 kereta mestilah meriah dan seronok. Lepas makan jalan-jalan tepi pantai. Sempat juga mengabadikan gambar kenangan di Pantai ni. Waktu tu ke Terengganu ni untuk hadiri manlis perkahwinan bff. Jauh-jauh pun sanggup datang tau.


Dalam gambar di bawah ni nampak laut yang biru. Tenang sungguh bila lihat laut biru. Luas saujana mata yang memandang. Indah alam ciptaan tuhan. Bersyukur kerana masih dapat menikmati keindahan ini. Mata masih dapat melihat. Kulit masih dapat merasai sentuhan angin dan telinga masih bisa mendengar desiran angin berbisik mesra.


Ini rupanya sotong yang telah pun digunting-gunting. Mudah untuk dinikmati. Setelah memandu beberapa meter dari kedai dan pilih-pilih tempat parking yang selamat. Kami semua sudah pun mengelilingi juadah minum petang. Bersedia untuk menikmati. Siap yer bawa tikar dan pinggan bagai ke sini. Persiapan yang cukup baik.


Inilah antara hasil tangkapan dari kedai tadi. Ikan ini akan masuk ke dalam perut ku yang lapar. Dari kedai tadi tu juga kami beli air kelapa. Baru betul lepak tepi pantai bila ada air kelapa. Kemudian aku pun mula menikmati makanan ini sampai tak ingat dunia. Lupa sejenak keindahan yang terbentang luas dihadapan mata. Makan dulu, apa pun yang terjadi. Alhamdulillah dapat juga makan.


Seusai makan dilangit sudah kelihatan cahaya jingga. Masa terlalu pantas berlalu. Terlalu cemburu rasanya. Rasa macam nak berlama-lama lagi. Tapi ni dah jadi angin maghrib nanti dah bukanya angin petang. Orang tua-tua tak bagi di luar rumah waktu maghrib. Aku pun menikmati keindahan alam diwaktu yang masih tersisa.


Pasir pantai yang putih dan laut yang biru ini pasti aku akn rindu. Ada umur panjang pasti ketemu. Aku pun tak sangka akan ada kunjungan ke dua di pantai ini. Aku pasti akan rindui keluarga ini. Rindu pada mak Ain dan gelak ketawa anak-anak buahnya yang menambahkan keceriaan petang ini.

Rabu, 6 Januari 2016

Mencari Keropok dan Belacan di Merang


Cerita di Terengganu lagi. Masih lagi cerita Ogos yang lalu. Aku ni mengekor jer mana Mami dan Ain pergi. Mereka nak cari keropok dan belacan. Ramai yang kirim keropok dan juga belacan. Aku pun nak beli belacan, senang nak masak asam pedas nanti. Aku selalu makan belacan dari sini, hasil masakan Ain dan Mami. Keropok aku suka makan, asyik sekali mengunyah keropok ikan ni tetapi sayang sekali aku malas nak goreng. Biasanya kalau beli aku bagi pada jiran atau kawan-kawan atau saudara mara. Kalau masih di rumah, gitulah rupanya. Tak bergoreng.

Kedai ni terletak dekat dengan stesen minyak  Shell. Menurut Ain kedai ni dah lama. Di sinilah kalau nak mencari keropok dan juga belacan di Merang ni. Kata Ain belacan kedai ni sedap. Ikut musim juga belacannya. Masa kami ke sini ada lagi belacan. Alhamdulillah dapatlah aku beli belacan. Tapi untuk pengetahuan anda semua, dari bulan Ogos dan hari ni dah pun masuk Januari, belacan tu masih dalam keadaan itu. Berbungkus macam masa mula-mula beli.

 
Dari tepi jalan, kelihatan susunan keropok-keropok keping dalam proses pengeringan. Suatu pemandangan yang asing bagi aku. Aku sangat teruja bila lihat susunan keropok yang banyak. Seingat aku masa aku ke Terengganu sebelum-sebelum ni tak pernahlah pula aku tengok proses pengeringan keropok keping ni. Keropok dikeringkan di bawah cahaya matahari sehingga cukup kering, sebelum dibungkus. Ada juga proses pengeringan secara moden menggunakan elektrik atau pun gas. 


Keropok yang siap dibungkus dengan baik diletakkan di kedai untuk .Bagi memastikan keropok tahan lama kualiti pembungkusan adalah penting. Keropok di sini ada yang dalam bentuk keping ada juga dalam bentuk seperti kentang goreng. Panjang-panjang tapi sedikit halus. Keropok di sini aku memang suka, sedap cukup rasanya. Aku suka keropok keringnya. Biasanya aku makan di rumah Ain. Aku pernah juga beli keropok keping ni kirim dengan Ain. Biasanya kesudahannya aku tak goreng. Kawan yang tolong goreng dan bawa makan di tempat kerja sewaktu minum petang.


Dari pagar masuk lagi sudah kelihatan seolah-olah ada rewang untuk kenduri. Rupanya bukan kenduri tetapi mereka sedang menyiang ikan untuk menjadi bahan keropok keping. Satu pengalaman berharga buat aku. Dapat melihat sendiri proses membuat tulang dari ikan. Mak cik-mak cik yang membuang tulang ikan ni kelihatan sungguh cekap melaksanakan tugasan masing-masing. Ikan yang digunakan adalah ikan parang. Sebelum tulang ikan dibuang, ikan ini terlebih dahulu dijemur tapi bukan sampai kering. Bagi memudahkan proses membuang tulang temulang ikan parang yang banyak tulang.


Mak cik-mak cik ini bukan sahaja cekap, mereka juga ada pembahagian tugasan, ada yang buang kepala dan isi perut, ada yang asingkan tulang dan isi ikan dan ada juga yang asingkan isi ikan dari tulang kecil. Kerja mereka sangat tersusun. Serta bekerjasama. Apabila bahagiannya sudah selesai dibantunya pula rakan yang lain. Di bawah ni gambar ikan yang telah diasingkan dari tulang.

Daripada kepingan isi ikan di atas, menjadi isi ikan seperti di dalam gambar di bawah. Nampakkan betapa ikan parang ni memang banyak tulang. Tapi ikan parang ni sedap, masak asam pedas pun sedap. Teringat pula rasa asam pedas ikan parang. Ikan yang sedap ni bila sudah jadi keropok tak pernah pun lagi aku  tercekik tulang masa makan keropok ikan. Isi ikan ini kemudiannya dicampur dengan bahan-bahan seperti tepung di dalam mesin untuk dijadikan adunan. Mesin ni meratakan bahan-bahan agar sebati dan rata. Atau kata lain ini bahan-bahan ini diuli sebelum dibentukkan panjang-panjang.

  
Adunan yang siap terbentuk, di rebus pula di dalam air panas. Sampai masak. Bila telah masak dan sejuk, daripada bentuk panjang-panjang inilah kemudiannya dipotong nipis-nipis. Masa aku ke Kelantan waktu umur 18, waktu berkunjung ke rumah rakan sebagai ole-ole maknya bekalkan kami keropok yang belum dipotong nipis ni. Ibunya pun ada buat keropok. 


Kepingan-kepingan keropok kemudiannya dijemur sehingga betul-betul kering. Banyak juga keropok yang dihasilkan. Secara tidak langsung penghasilan keropok keping ini membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Menurut Ain dia pun pernah buat kerja sambilan asingkan tulang dari isi ikan suatu masa dulu. Tapi pada waktu ini aku hanya lihat mak cik-mak cik yang bekerja.

Terima kasih pada tuan punya kilang keropok, dengan baik hati melayankan saya dan rakan-rakan. Rasa seperti rombongan sambil belajar. Jadinya aku catatkan diblog ini, agar aku tidak lupa. Yer tak pernah aku lihat proses buat keropok yang lengkap. Aku selalunya makan sahaja keropok. Bila ke Terengganu tahunya cari keropok. Melihat kegigihan mereka berusaha menjadikan ispirasi. Usaha tangga kejayaan.

Ahad, 3 Januari 2016

Makanan Timur Tengah di Al Rawsha


Rasa nak makan sesuatu. Bincang-bincang nak makan apa. Tiba-tiba keluar nama Al-Rawsha. Sebenarnya aku nak cuba makan di Too Woo Mba, Sentul. Tapi disebabkan sorang lagi ni katanya teringin nak ke Al-Rawsha, di Bulatan Kampung Pandan. Makan makanan Arab, katanya sedap. Tak apa selagi ada kambing di situ aku setuju ajer. Layankan sahaja la. Ini bermakna entry ni sepatutnya lebih awal dari entry Too Woo Mba. Banyak nyer cerita nak kongsikan? Satu-satu ya, akan dihabiskan. Macamlah blog aku ni orang tunggu entrinya. Banyak lagi cerita masih di fasa draft lagi. 

Makan dan jalan-jalan sahaja kerja aku tahun lepas. Tahun 2016 ni moga rezeki lebih luas. Tak mau kerja tapi nak jalan-jalan dan makan-makan ajer, boleh ke gitu? Pergi makan dan jalan-jalan, lepas tu cerita pasal makan dan jalan-jalan jer. Bahagianya. Berangan lebih, nak tulis blog tapi banyak tak ingat, tak bersedia. Waktu ni pun aku tak ambil gambar buku menu. Terpegun dengan bangunannya yang tersergam. Bangunannya besar, ruang dalamnya luas dan siap dengan hiasan dalaman yang cantik. Ramai pelanggannya. Tapi tempat nyer luas. Jadi pilihlah mana nak duduk.


Aku pilih untuk makan Lamb grill. Bersama roti. Macam capati tu rotinya. Bahagian bawah tetap ada roti. Banyak pula aku makan roti hari ni. Ini pertama kali makan kambing grill cara Timur Tengah. Ada juga kentang goreng. Jenuh aku menghabiskan. Perapan daging kambingnya meresap ke dalam kambing memberikan bau dan rasa yang enak. Masih panas-panas masa dihantar. aroma baunya. Terus perut lapar. Lama tau dalam kereta nak sampai ke sini. Lebih kurang 50 minit. Cuma kambingnya tu kurang juicy. Selebihnya layan bila dimakan. 


Seorang lagi pesan kabsa kambing. kambing yang ni memang sedap. Jus-jus kambing tu memang terasa. Perapan nyer mesra dengan rasa kambing tu. Tak perlu takut pada bau hamis kambing. Aku rasa macam nak habiskan jer. Tapi kang marah pulak empunya nasi ni. Lapar-lapar masa ni. Masa sampai ni hampir pukul 9. Selalu aku makan malam 1830. Manalah tak lapar.


Air aku pilih mint teh. Dihidangkan dalam teko comel dan cawannya pun comel. Aku suka minum teh, minum teh panas-panas kemudian tanpa gula. Sedap betul. Tapi tak semua orang suka teh panas tanpa gula. Teh ni sedap bagi aku. Rasa daun pudina. Memang padanlah dengan makanan yang dimakan. Aku memang dah kurangkan kembali pengambilan ais. Untuk kesihatan. Macam-macam pendapat. Tapi yang penting akibat ais pada diri aku. Aku yang rasa, jadinya pendapat apa pun aku tolak tepi. Bagi aku ais tak bagus untuk kesihatan aku. tapi kalau orang hidang aku minum ajer, tak baik susahkan orang.

            

Jika suka atau pun mahu rasa makanan Timur Tengah datanglah sini. Ada banyak pilihan makanan. Pastinya sedap-sedap. Orang Malaysia ni sangat terbuka. Dah jadi lambakan makanan dah rasanya. Mudah terima selera luar. Lihatlah mana-mana kedai makanan dari negara lain selalunya penuh, macam Sushi King, kena beratur pula kadang-kadang tu. Tengok ajer roti canai. Terus mendapat tempat di selera orang Malaysia walau banyak tohmahan dan video pasal roti canai ni. Itulah keunikan Malaysia ni. walau bangsa apa pun. Tetap suka roti canai.