Ini adalah tempat kami bermalam sewaktu di Teluk Nipah. Nipah Bay Villa. Malam sebelum ke Pulau Pangkor ni baru booking. Mudah sahaja Trivago kan ada. Setelah membandingkan harga dan mencari bilik yang sesuai untuk 3 orang, dalam banyak-banyak pilihan inilah paling bersesuaian dan harga pun berpatutan. Asalkan ada tempat nak tidur pada waktu malam dan mudah untuk bertukar pakaian selepas mandi.
Masuk sahaja Nipah Bay Villa disebelah kiri terdapat kedai kecil barangan jualan ala-ala butik. Di sebelah kanan adalah ruang cafe. Nampak selesa dan kemas. Ada juga bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku disediakan. Bagi yang minat membaca. Apa yang aku lihat buku-buku kebanyakkannya berbahasa Inggeris. Ramai pelancong yang duduk di sini. Aku rasa di sebelah bilik kami tu adalah pelancong dari Korea. Tapi tak berkesempatan pun nak bertegur sapa. Hanya dengar suara mereka dari bilik kami. Masa aku dengar tu aku pun tak berapa cam bahasa apa. Bila lihat ke esokkan hari nya, baru tahu. Yer la kan tak berapa kuat masa mereka berbual. Tapi masa depa kentut serius aku dengar kuat. Oppps.
Walau ada cafe kami memilih untuk makan di gerai-gerai yang ada di sepanjang pantai. Minum petang kedai lain, sarapan pagi kedai yang sama. Makan malam kedai lain. Banyak pilihan. Pilih sahaja. Itulah kelebihan memilih penginapan di sekitar Teluk Nipah ni. Bagi yang kuat makan macam aku. Tempat ni sangat sesuai. Cuma pandai-pandailah memilih kedai.
Di bawah ni, ini lah rupa bila dah masuk dalam. Sedap mata memandang nampak tenang dan bersih kawasan di Nipah Bay Villa ni. Alamak gambar katil hilang pulak masa edit-edit tadi. Tak dapatlah nak kongsi suasana dalam bilik. Dalam bilik selesa. Satu katil saiz queen aku rasa. Aku pun dah tak ingat. Pentingnya katil tu muat dua orang. Satu lagi katil singgle. Apa pun aku rasa selesa tidur di sini. Selesa dan selamat.
Sebenarnya ada beberapa jenis rumah di sini, Jadi bolehlah pilih mengikut keperluan dan budget. Kami perlu untuk 3 orang dan budget yang tu jer boleh jadi kami duduklah seperti di dalam gambar. Jika nak ber BBQ pada waktu malam, peralatan BBQ seperti arang dan tempat bakar tu disediakan. Perlu bayar sahaja. Seperti biasa kertas warna-warni memainkan peranan yang penting.
Gambar di bawah ni namanya gambar saja-saja. Ini miau kawasan. Memberikan salam selamat datang kepada kami. Katanya selamat datang dan buatlah macam rumah sendiri. Apa pun ceritanya Trivago kan ada. Tak menyesal punya. Lupa nak cerita masa daftar kaunter ada katalog tentang urutan. Tapi sesi dah penuh. Sempatlah aku bergurau. "Kak kalau saya nak minta kerja jadi tukang urut kat sini boleh ke kak?" Akak tu pun baik sangat, layankan sahaja pertanyaan aku dengan senyuman manis. Boleh katanya. Berbunga hati aku. Berangan jap. Duduk di Pulau Pangkor.
Sambungan dari:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan