Khamis, 19 Mei 2016

Nikmati Steamboat di Glory 78, Cameron Highland


Selamat sampai di Lumut, perjalanan diteruskan. Ingatkan mahu pulang tetapi rupanya tidak pulang. Itulah bahaya jika ke Perak ni. Destinasi percutian yang best-best banyak di sinikan? Perjalanan diteruskan Ke Cameron Highland pula rupanya. Memang kuat berjalankan? Puas di laut main air pergi pula ke tanah tinggi yang sejuk. Masa tiba di Cameron sudah hampir maghrib. Perut pun dah lapar. Mereka memilih untuk makan steambot. Sejuk-sejuk ni kan. Aku ikut sahaja.


Ada juga menu lain jika tidak mahu makan steambot. Steamboat boleh dipilih mengikut set. Untuk seperti gambar di bawah ni adalah untuk makan 2 orang. Tapi makan bertiga pun cukup. Makan dan rasa kenyang. Aku suka sayur-sayur tu. Telur tu pun aku suka. Kalau dengan kawan aku si Ng dia pecahkan dalam sup panas dan biarkan masak. Sedap.


Kuah pun boleh dipilih mahu tom yam atau pun sup. Ada udang, ada kekapis seperti dalam gambar di bawah. Berbaloi dengan harganya. Kalau makan dua orang tak habis. Kalau perut perempuan lah. Tapi kalau aku, habis jer. Aku ni kalau lapar apa pun aku makan. Ini kali pertama aku makan di sini. Sebelum-sebelum ni tak pernah ke sini. Aku pun tak berapa perasan kewujudan kedai ni. Depa orang ni rupanya selalu makan di sini. Ipoh Cameron kan dekat.


Ini suasana di dalam kedai ni, di luar sana sejuk. Sekarang ni di Cameron Kadang-kadang sejuk. Ada masanya tak sejuk. Banyakkan pembangunan di atas ni. Sudah hilang ke asliannya. Makin ramai jua yang ke sini. Jika hari cuti kesesakan lalu lintas pun boleh tahan. Jadi aku memeng ke sini waktu bukan peak hour.



Sejuk-sejuk aku minum capucino, kacang tu sepatutnya makan masa tunggu hidangan sampai. Kalau tengah lapar habis cepat kacang tu. Ni mungkin tak lapar sangat. Sos tu untuk di makan bersama bebola-bebola. Bukan diminum bersama air. Masa ni aku masih minum capucino. sekarang berani-berani takut. Minuman 3 in 1 yang ada kafein pun aku hati-hati. Pernah kena kebas sebelah muka. Lidah-lidah pun kebas.


Sejuk-sejuk makan aiskrim. Siapalah agaknya yang order ni kan. Tapi kalau dah nak makan. Makan saja la yer, walau sejuk-sejuk ni. Pencuci mulut lah ni kononnya. Ke pemanis mulut. Mana-mana pun boleh lah. Tapi sebenarnya yang kenyang si perut.


Alhamdulillah habis. Kan dah kata, kalau aku mesti habis.Kata pepatah, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Tinggal kobis jer. Tapi kobis tu pun habis juga. Sejuk-sejuk perut senang lapar. Makan apa pun cepat habis. Bila peasan kena tahu kadar penerimaan perut agar tiada pembaziran. Membazir amalan syaitan.


 
Sambungan Dari

Cari Ole-Ole Ikan Bilis Mata Biru di Pulau Pangkor

Puas berendam dan bagi ikan makan di Pulau Giam, secepat yang mungkin kami bersiap untuk pulang. Siap semua barang-barang dah simpan kami pun jalan kaki keluar menghala kederetan kedai-kedai. Sampailah hampir hujung. Makan tengah hari dahulu. Kemudian menaiki van pink ke Jeti. Sebelum tu perlulah cari ole-ole. Aku pun turut membeli ole-ole untuk kelurga. Belilah juga ikan bilis mata biru. Kenapalah dulu-dulu masa aku ke sini aku tak kisah pun pasal ikan bilis mata biru. Ke memang tak ada. Atau sekarang baru aku kisah.


Ikan bilis mata biru ni ada beberapa gred, jadi harganya berbeza mengikut gred. Aku tengok ada macam-macam saiz ikan bilis mata biru ni. Harganya sekilo pun boleh tahan. Aku beli tak banyak hanya 500 gram. Kawan-kawan aku beli banyak. Aku asal beli nak rasa. Rupa ikan bilis di sini nampak semenggah. Bezalah dengan di kedai-kedai runcit. Sukar nak dapat ikan bilis yang elok

                         

Di area ni banyak pilihan kedai ole-ole. Kami cari ikan masin dan ikan bilis. Di bawah ni pula sotong kering. Selain daripada ikan masin dan ikan bilis boleh juga didapati hasil laut yang dikeringkan di kedai ini. Di kedai ni juga ada dijual produk hasil laut yant telah diproses. Macam sate ikan, sotong gula gitu.. Pilih sahaja. Ada yang 4 RM 10 ada yang 3 Rm 10. aku suka beli sotong kering yang kecil-kecil tu. Kemudain digorang garing. Sedap di makan dengan nasi panas.


Apa yang patut dibeli dah pun dibeli. Penuh boot kereta. Barang ole-ole dari Pulau Pangkor. Macam tak puas jer berada di Pulau Pangkor. Tapi apakan daya, ini bukan kampung kita. Tak apa ada rezeki boleh lagi datang ke sini. Tapi tak tahulah bila. Entah-entah datang nanti dengan anak cucu. Yer kan dulu mula-mula datang tahun 1998, datang dengan kawan sekolah. Tahun 2004 selepas 6 tahun baru ke sini semula, masa tu pun dengan kawan U. Sekarang sepas 11 tahun baru datang sini semula pun dengan kawan U juga.



Banyak perubahan di Pulau Pangkor ni, Moga perubahan yang baik tetapi masih ada penjagaan pada alam sekitar. Moga arus pembangunan makin bertambah dalam masa yang sama keaslian dan keindahan Pulau Pangkor ini terjaga. Satu Pulau kecil tapi yang singgah adalah orang-orang dari merata pelusok dunia. 


Sambungan Dari:
 

Tak Ingat Mana Kereta di Parkir Ioi City, Kini Mudah Dicari


Pernah tak, tak ingat di mana parkir kereta. Penat jalan tapi tak jumpa. Terutama di tempat membeli belah yang besar. Macam Ioi City mall ni. Tak payah yang bear-besar, pernah di mines pun tak ingat letak di mana. Masa turun kereta leka borak. Kadang-kadang tu lupa nak ambil gambar tempat parkir kereta atau lupa nak ingat di level berapa parkir kereta. Bulan 3 yang lalu sewaktu ke Ioi City Mall sedang nak bayar parkir ada seorang En ni sedang membelek mesin di bawah ni. Rupanya dia sedang menyelenggara. En ni pun terangkan kegunaan mesin ni. Sudah ada mesin yang boleh digunakan untuk mengesan kedudukan kereta yang tak ketahuan entah parkir di mana rupanya. Kalau tak diberitahu tak perasan pun pasal mesin ni.


Nampak simple jer mesin ni tapi harganya boleh tahan makan juta juga tau. Mesin ni hanya seperti skrin sesentuh biasa yang dilihat untuk bertujuan memberi info di pasar-pasar raya. Tapi ia ada kegunaan yang lain. Bukan untuk mencari info. Tetapi untuk mencari kereta yang sudah tak ingat entah di mana letaknya. Tak perlu risau kerana cara menggunakkannya juga ada disediakan.



Mudah sangat nak cari hanya perlu key in nombor plat kereta yang dicari. Nanti akan keluar gambar-gambar yang mempunyai nombor tersebut. Bagi aplikasi ni berkesan, banyak kamera diletakkan. Hebatkan? boleh kesan nombor tu. Teknologi zaman sekarang. Mesin ni pun bila panas sangat akan kurang ketepatannya. Masih banyak loop and hole lagi. Apa pun ia sangat membantu. Tapi tak semua level parking ada mesin ni. Gunakan dengan berhemah dan bijak.Agar benda yang baik ni dapat dikongsi bersama untuk kebaikan semua.





Selasa, 17 Mei 2016

Bagi Ikan Makan di Pulau Giam

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk aktiviti hari ni. Aktiviti hari akhir sebelum meninggalkan Teluk Nipah. Sebelum tu kami pergi sarapan dulu. Isi perut bagi kenyang baru senang hati nak beraktiviti. Sekali lagi kami menapak ke hujung sana. ke penghabisan gerai-gerai. Tapi jika dari arah tiba, kita jumpa dia dulu. Gambar di bawah ni menunjukkan betapa tenangnya kami berehat-rehat di tepi pantai. Menunggu turn kami pulak. Masa ni dah berpuluh gambar. Masa menunggu ni pun sempatlah aku berbual dengan adik yang kerja di sini. Bagus tau muda lagi dah pandai cari rezeki. Seorang lagi datang tolong kawanjer rupanya. Persahabatan dikalangan anak-anak muda.
 
 
Kami diberi life jacket, roti untuk beri ikan makan dan kasut untuk dipakai dalam air. Tau tak, depa jer yang sediakan kasut. Jadi terselamatlah kaki aku yang lembut ni dari digores karang. Bila lihat orang lain luka-luka. Ahhh pedih nya. Aku pulak yang rasa. Bila bot sampai aku gila punya teruja. Lama dah tak snoorkeling. Last 2009 di Pulau Payar.Masa tu pening aku. Sekejap jer aku kat dalam air. Tengok kali ni pulak.
 
 
 
Baiklah bersedia untuk menikmati keindahan alam. Sebelum ke Pulau Giam dibawa jalan-jalan dulu. Lihat pemandangan dan batu-batu yang istimewa. Macam batu di bawah ni katanya seperti Alif Lam Lam Ha. Allah. Petah adik ni menerangkan. Dalam masa yang sama matanya wasa dan tanggannya cekap mengendalikan bot. Aku rasa selamat begini.
 
 
Aku rasa ni macam kaki kot orang tengah tidur, adik ni bercerita juga tentang batu ini, tapi kalau aku cerita semuanya macam dah basi pilak bila korang sendiri pergi. Jadi aku cerita sedikit-sedikit sahaja lah yer. Ada satu pulau yang menjadi lokasi pengambaran filem. Pulau tu pun sekarang ni dinamakan bersempena filem tu sekarang.  Cuba teka filem apa?
 

Batu di bawah ni macam bentuk apa? Macam bentuk haiwan ke, tumbuhan ke atau makanan? Adik ni kata batu ni berbentuk ikan paus. Aku pun berialah perhatikan. Tapi tak sempat nak tenung lama-lama. Adik ni dah bergerak membawa ke batu yang lain pula. Masa ni otak kena pantas analisis dan proses yer. Simpan memori tu aku tak berani nak gerenti. Tulah lain kali kena catat.
 
 
Batu bawah ni Nampak lah jelas macam......Nampak tak? Sama tak apa yang aku dengan korang Nampak? Ni senangkan? tak payah susah-susah nak teka. Sangat jelas rupanya. Kuasa Allah, manusia mentafsirkan sahaja bentuk-bentuk ni.  Bila nak sampai Pulau Giam ni. Macam mana rupa Pulau Giam ni. Seris aku pun tak pernah tahu ada Pulau Giam untuk snoorkeling di Pulau Pangkor ni. Jadi aku mana ada google nak tengok rupanya. Dulu-dulu datang kenapa tak perasan yer.

 
Sampai dah rupanya dari jauh aku lihat ini, seperti gambar di bawah. Tak sabra tunggu diturunkan. Eh turun sendiri dari bot. Sebaik sahaja turun dari bot kami cari pot. Siap cari pot. Snoorkeling lah apa lagi. Sebelum tu aku menjalani tutorial dulu. Lupa macam mana nak guna. Aku rasa arus kuat juga. Awalnya aku dah teruja lihat ikan-ikan kecil dekat sekeliling aku. Aku leka bagi makan dekat-dekat jer. Tak perlu risau terlepas ke laut lepas kerana ada jarring sebagai penanda sempadan,

 
 Sempat juga aku mengambil gambar, menggunakan bakat yang terendam ni. Aku ambil gambar teritip. Aku rasa nama nya teritip. Di sini sejam ke 2 jam yer aku pun dah lupa. Lupa lagi. Puaslah berendam. Bagi ikan makan, bergambar dan ber snoorkeling. Aku pening bila lama-lama snoorkeling. Mungkin kerana beralun-alun. Adalah beberapa spesisi ikan yang aku nampak. Jangan Tanya aku nama ikan tu. Tapi kamera hp ni cap ayam, maka tak Nampak la gambar ikan.
 
 
Bot-bot yang membawa pengunjung. Ramai juga yang ke sini. Harap-harap ikan di sini dapat bertahan dengan kehadiran manusia yang seramai ini. Serta dapat bertahan dengan jumlah bot yang sebanyak ini. Sekali lagi aku menunjukkan gambar dari hasil bakat terendam aku.
 
 
Masa untuk meninggalkan pulau kecil ni. Walau pulau ni kecil. Di Pulau ni lah ikan-ikan warna-warni nak bermain. Alam sekitar ni tanggungjawab semua. Moga anak-anak kita nanti masih dapat melihat khazanah yang kita lihat ni dihabitatnya. Bukan sekadar di dalam buku atau majalah. Adik tu dah pun tiba untuk membawa kami pulang. Pulang membawa kenangan. Sampai di pantai, wahhh ombak besar juga. Mencabar betul nak turun. Aku merasalah campak sauh. Merasa juga terkecebuh.
 
 
Sambungan dari

Makanan Laut di Teluk Nipah

 
Sebenarnya masa di Jeti selepas beli pakej ke Pulau Giam, akak tu pesan agar telefon nombor yang diberi. Masa jalan-jalan waktu siang tak bawa pula resit. Malam baru telefon. Lepas dah kenalkan diri dan memberikan maklumat untuk esok, bro tu promosikan tempat makan makanan laut yang sedap katanya. Kami pun pergi ke arah yang di katakan. Berhampiran dengan tempat yang ada buai. Kiranya kami ke hujung dari arah datang dengan van. Jauh pulak rasanya bila jalan waktu malam. Kawasan pantai masih meriah dengan pengunjung. Di bawah ni lah tempatnya. Rupanya hamper dengan tapak operasi untuk ke Pulau Giam esok. Aku pun telefon bro tu memaklumkan dah tiba. Kami just angkat-angkat tangan gitu jer, bro tu sedang sibuk.
 
 
 
Sampai jer kami pun pilih ikan. Macam-macam ada pilih ajer. Dari buat BBQ. Ni dah siap. Tinggal makan jer. Jangan Tanya apa menu, aku dah tak ingat part ni, kena akui sebagai manusia biasa yang dah 3 siri daya ingatan semakin merosot. Sebab tu lah kena ada catatan. Biar yang baik-baik dan manis-manis sahaja yang dikenang. Sementara tunggu makanan siap kami berjalan pulak di pantai malam-malam, tapi tak berani pergi jauh. Bila makanan siap kami menikmati makanan yang terhidang. Jauh ni makan makanan laut. Makan makanan laut di Pulau Pangkor.
 
 
Sambungan dari:

Bermalam di Nipah Bay Villa

 
Ini adalah tempat kami bermalam sewaktu di Teluk Nipah. Nipah Bay Villa. Malam sebelum ke Pulau Pangkor ni baru booking. Mudah sahaja Trivago kan ada. Setelah membandingkan harga dan mencari bilik yang sesuai untuk 3 orang, dalam banyak-banyak pilihan inilah paling bersesuaian dan harga pun berpatutan. Asalkan ada tempat nak tidur pada waktu malam dan mudah untuk bertukar pakaian selepas mandi.  
 
 
Masuk sahaja Nipah Bay Villa disebelah kiri terdapat kedai kecil barangan jualan ala-ala butik. Di sebelah kanan adalah ruang cafe. Nampak selesa dan kemas. Ada juga bahan bacaan yang terdiri daripada buku-buku disediakan. Bagi yang minat membaca. Apa yang aku lihat buku-buku kebanyakkannya berbahasa Inggeris. Ramai pelancong yang duduk di sini. Aku rasa di sebelah bilik kami tu adalah pelancong dari Korea. Tapi tak berkesempatan pun nak bertegur sapa. Hanya dengar suara mereka dari bilik kami. Masa aku dengar tu aku pun tak berapa cam bahasa apa. Bila lihat ke esokkan hari nya, baru tahu. Yer la kan tak berapa kuat masa mereka berbual. Tapi masa depa kentut serius aku dengar kuat. Oppps. 

 
 
Walau ada cafe kami memilih untuk makan di gerai-gerai yang ada di sepanjang pantai. Minum petang kedai lain, sarapan pagi kedai yang sama. Makan malam kedai lain. Banyak pilihan. Pilih sahaja. Itulah kelebihan memilih penginapan di sekitar Teluk Nipah ni. Bagi yang kuat makan macam aku. Tempat ni sangat sesuai. Cuma pandai-pandailah memilih kedai.
 
Di bawah ni, ini lah rupa bila dah masuk dalam. Sedap mata memandang nampak tenang dan bersih kawasan di Nipah Bay Villa ni. Alamak gambar katil hilang pulak masa edit-edit tadi. Tak dapatlah nak kongsi suasana dalam bilik. Dalam bilik selesa. Satu katil saiz queen aku rasa. Aku pun dah tak ingat. Pentingnya katil tu muat dua orang. Satu lagi katil singgle. Apa pun aku rasa selesa tidur di sini. Selesa dan selamat.
 
                          
Sebenarnya ada beberapa jenis rumah di sini, Jadi bolehlah pilih mengikut keperluan dan budget.  Kami perlu untuk 3 orang dan budget yang tu jer boleh jadi kami duduklah seperti di dalam gambar. Jika nak ber BBQ pada waktu malam, peralatan BBQ seperti arang dan tempat bakar tu disediakan. Perlu bayar sahaja. Seperti biasa kertas warna-warni memainkan peranan yang penting.

  
Gambar di bawah ni namanya gambar saja-saja. Ini miau kawasan. Memberikan salam selamat datang kepada kami. Katanya selamat datang dan buatlah macam rumah sendiri. Apa pun ceritanya Trivago kan ada. Tak menyesal punya. Lupa nak cerita masa daftar kaunter ada katalog tentang urutan. Tapi sesi dah penuh. Sempatlah aku bergurau. "Kak kalau saya nak minta kerja jadi tukang urut kat sini boleh ke kak?" Akak tu pun baik sangat, layankan sahaja pertanyaan aku dengan senyuman manis. Boleh katanya. Berbunga hati aku. Berangan jap. Duduk di Pulau Pangkor.
  
Sambungan dari:
 

Jalan-jalan, Minum Petang dan Mandi Manda, di Teluk Nipah



Punyalah lama, baru nak sambung cerita Ogos Gateaway. Makan masa berbulan. sejak jadi tukang urut ni sayang nak guna ibu jari lebih. Pakai hp ibu jari banyak digunakan. Kadang-kadang tu lenguh jari lepas urut. Ibu jari kan aset tukang urut. Masalah apabila lap top tak boleh nak thathering dengan hp. Alhamdulillah pagi-pagi buta ni usaha. Eh boleh pulak. Boleh la lepas gian menulis.
Sebaik sahaja tiba di Teluk Nipah, memang dihantar betul-betul depan penginapan. Lepas menunaikan kwajipan kepadaNya. Jalan-jalan ni mahu lihat keindahan ciptaanNya, jika jalan-jalan tapi ibadat ke laut. Tak sampailah ke objektif yer. Selepas berehat selelap dua lelap. Apabila matahari sudah mula melembutkan sinarannya. Angin menambahkan belaian lembunya, Kami bertiga bersiap sedia menikmati suasana di Teluk Nipah. Menikmati keindahan alam semula jadi.
 
Mula-mula sekali jalan-jalan dulu. Menyelusuri jalan raya melalui deretan kedai-kedai, melihat-lihat jualan yang ada walaupun tiada niat mahu membeli. Jika tidak bawa pakain yang banyak di sini boleh beli baju. Baju untuk ole-ole yang tertulis Pulau pangkor boleh didapati di sini. Ada juga dijual key chain dan macam-macam jenis ole-ole. Sepanjang jalan juga banyak gerai-gerai yang menjual mkanan. Memang tak laparlah kalau duduk sini. Hanya sediakan kertas yang warna-warni tu. Puaslah aku mencuci mata melihat jualan peniaga di sepanjang jalan. jika dari lorong tempat tinggal kami deretan kedai-kedai jualan ni di sebelah kiri. Dari arah kami dating naik van tadi.
 
 
Sambil-sambil jalan, kami usha syarikat yang kami dah bayar untuk ke Pulau Giam esok pagi. Lupa pula nama syarikatnya. Sudahnya kami hanya jalan dan perhatikan sahaja dari satu kompeni ke satu kompeni. Mereka ni ramai beroperasi di tepi-tepi pantai. Kami jalan sampailah jumpa tempat yang ada buaian ni. Pijak-pijak pasir pantai sikit. Ambil gambar banyak-banyak dan wefie. Ha ha ha, rasa seronok pulak bila remaja 3 sirie berwifie. tak sangka yer berkesempatan merasai teknologi ini.
 
 
 
Indahnya Alam ciptaan Allah. Biru laut yang menenangkan. Antara spot menarik yang aku abadikan menggunakan kamera hp cap Alcatel One Touch aku. Tu jer la yang ada pun. Gambar-gambar ni aku tal edit pun. Maaf yer jika tidak dapat menggambarkan keindahan yang sebenar. Kelihatan banyak bot-bot. Milik merea yang mengusahakan perkhidmatan ke Pulau Giam. Banana boat dan jet ski pun ada di sini kalau nak naik. Kami idok ler naik. Rasa dah tu benor dah. Lagi pun 3 orang jer tak cukup meriah.
 

Puas bejalan berposing dalam perjalan nak menghala ke hujung sana terserempak pula dengan makhluk boleh terbang-terbang ni. Lihatlah macam mana dia tengok aku. Main cak-cak tau. Tak lari pun bila datang dekat. Horn Bill nama burung ni kan? Ada satu hotel ke chalet di sini yang bernama Horn Bill. Mungkin diambil bersempena banyaknya burung ni di sini. Apa aku rasa burung ni mengalu-alukan ke datangan aku di sini. Boleh lah kan. 

 
 
Masa untuk minum petang, ni bahagian aku paling suka. Minum petang. "Jom minum petang" bagaikan satu kata keramat. Dengar jer cerah biji mata aku. Tempat makan juga banyak di sebelah kiri dari tempat penginapan kami. Aku tak pernah datang sini. Jadi aku serahkan pemilihan kedai kepada yang pakar. Gerai-gerai ni semua memang menghadap jalan. Bila masuk sebenarnya menghadap pantai yer. Pilih sahaja mahu menu apa. Pilih sahaja mahu gerai yang mana.

 
 

Ni nak tunjuk pemandangan ke nak tunjuk gambar cekodok? juadah minum petang kami. Cekodok dan keropok lekor. Jemput tengok yer. Inilah dia nikmat dunia. Syurga dunia, makan dan jalan-jalan. Menghirup teh panas dalam masa yang sama dibelai lembut dan mesra oleh angin laut. Masa ni dari kejauhan aku sedang melihat kanak-kanak dan beberapa orang dewasa mengerumuni obor-obor. Besar juga obor-obor tu. Kalau kena aduhai. Satu lagi aku nak cerita di sini, banyak harimau tau. Patung harimau. Kenapa dengan patung harimau ni. Masa aku sedang asyik menikmati cekodok aku dengar bunyi kuat disertakan bunyi riuh rendah. aku dah mula takut.
 
Rupanya beruk banyak di sini. Sebab tu depa letak banyak patung harimau. Majoriti kedai di sini ada patung harimau. Aku mula cuak, sebab aku ada kenangan buruk dengan beruk ni. Aku pernah kena kejar dengan bapak beruk dan disertai sekawan beruk. Selalu tak pernah pulak dia kacau aku. Bertahun sudah aku dan beruk-beruk tu berkongsi persekitaran yang sama. Sedang aku melenggang kena sergah. tak cukup tanah aku lari.

 
Cerita pasal beruk pulak, lepas makan dan selepas lihat beruk-beruk makin banyak. Aku pun ajak depa turun ke pantai. Dekat jer dengan tempat makan tu. Bergambar lagi puas selfie, berwifie pulak. Kemudian masin-masing tenggelam menikmati keindahan ciptaan Allah. Bukan hari-hari lihat laut. Aku di Semeyih sana mana datang laut. Empangan berair hijau adalah. Airnya nampak hijau dari kejauhn. Itu pun cantik juga. Tapi boleh tengok jer lah tak pernah pulak aku mandi di empangan tu.
 
 
Sebenarnya tengok laut pun dapat pahala, senangkan nak dapatkan pahala. Ada diterangkan dari hadith Rasulullah saw, hanya memandang 4 pekara ini kita sudah dapat pahala. Apa 4 pekara tu? wajah ibu bapa, Al-Quran, lautan dan Ka'abah. Ramaikan orang yang mahukan ketenangan dan meleraikan ketegangan dengan pergi ke pantai melihat lautan. Tanpa sedar dalaman diri mengarah kita mencari Tuhan rupanya. Pergi mendapatkan pahala. Merasai adanya Allah sebagai pencipta alam semesta.
 

Lama betul tak mandi laut, lepas gian. Sesekali bermain pasir pantai. Memijakkan kaki pada pasir pantai bagai satu nikmat yang tak terkata. Mandi puas-puas. Selesai melepaskan rindu pada air laut, kami mencari kedai untuk membeli beberapa kelengkapan yang tidak lengkap. Lihat-lihat apa yang ada di dalam kedai. Kedai ni berada di sebelah kiri sewaktu dalam perjalanan balik ke tempat penginapan kami. Macam-macam ada. Jadi tak perlulah susah hati yer, jika ada yang tertinggal atau terlupa. Hampir maghrib dah. Perlu segera sampai ke penginapan. Tak baik berada di luar rumah pada waktu maghrib. Waktu malam nak buat apa pulak yer.



Sambungan dari: