Sabtu, 2 Julai 2016

Cuti Sekolah di Melaka

 
Sekembali dari Turki Disember 2015, adalah cuti sekolah. Pada kebiasaannya cuti sekolah, yer macam biasa dalam catatan aku. Aku akan bawa anak-anak buah  bercuti. Paling teruk kalau aku tiada budget yang banyak, aku bawa depa main bowling dan makan-makan. Kali ni nasib tak baik masa cuti sekolah aku baru balik dari Turki. Biasalah baru balik melancong kan. Tapi kalau dah rezeki. Kawan belanja cuti. Dapat dua bilik siap sarapan. Paling penting, diajaknya anak-anak buah dan kakak aku turut serta. Kalau aku sorang nanti bosan pulak. Jadi kali ni percutian sangat meriah. Bercuti dengan kawan-kawan baik dalam masa yang sama keluarga ikut serta. Kami berkonvoi 4 kereta. Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di Petronas. Semua sekali ada 3 keluarga dan 2 orang bujang tanpa keluarga. Selepas cukup semua anggota perjalanan ke Melaka pun diteruskan.
 
 
 
Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Sebelum tu makan tengah hari dahulu. Di Melaka ni asam pedas lah yang terkenal. Hampir dengan resort ni ada kedai makan tengah hari yang menghidangkan menu asam pedas. Asam pedas yang special adalah asam pedas telur sotong. Harganya juga berpatutan. Rasa asam pedas di sini pun boleh tahan juga sedapnya. Sampaikan ke esokan harinya sebelum balik repeat lagi. Selesai isi perut terus check in bilik dan rehat. Semua nya di uruskan. Syukur alhamdulillah, rezeki.
 
 
Petang bila cuaca redup barulah turun bawah untuk bermain. Inilah tempatnya, anak-anak buah  bolehlah bermain air sepuasnya. Tapi mereka ni kurang lasak dari mak usunya. Nama tempat ni Bayoou Lagoon Park Resort . Sesuai sangat untuk bawa anak-anak. Cuma apabila cuti sekolah tempat ni sangat ramai orang. Seperti biasa jika melibatkan air, depa ni mesti ajak mak usunya turun air dulu baru depa turun. Maka aku pun dah macam kanak-kanak ribena. Naik tangga turun gelongsor air bersama-sama mereka. Puas bermain, bersiap pula untuk makan malam. Destinasi pilihan adalah Pantai Kelebang. Lepas makan boleh jalan-jalan pula.
 
 
 
Selamat pagi. Nikmati dahulu kopi sebelum second round berendam dan menggelongsor dalam air. Ni tangan aku dan anak-anak buah yang bam-bam. Seorang sahaja yang tidak bam-bam. Anak buah aku yang lelaki takut betul kalau aku kahwin. Katanya kalau aku kawin nanti tak bawa dia jalan-jalan. Kanak-kanak kan. Macam-macam. Ketawa aku mendengarnya. Untuk second round ni mandi puas-puas sebelum chekcout. Masa ni, kami menghabiskan masa besama sepenuhnya. Walau masing-masing sudah ada keluarga itu bukan lah halangan untuk mengekalkan persahabatan. Alhamdulillah suami mereka juga sangat menyokong dan sporting.
 
 
 
 
Peluang yang ada, alang-alang sudah di Melaka. Peluang ini digunakan untuk jalan-jalan. Tapi jalan jem padat. Redha sahaja la yer, cuti sekolah dan hari Ahad pula kan. Sudahnya kami menghala ke Alor Gajah. Walau aku ni sudah berkali ke Melaka, dan berkali berkursus di Alor Gajah ni, inilah kali pertama aku makan cucur udang Alor Gajah ni. Rezeki anak-anak buah aku jugalah. Apalah agaknya rasa cucur udang yang sedap ni. Nampak sedap. Baunya pun sedap. Di nikmati pula dengan coconut shake. Tak dapat yang popular tu dapat yang ini pun jadilah.
 
 
  
Sebenarnya selalu ke sini. Tapi sama ada dah petang atau malam. Jadi peluang merasa cucur udang ni, memang tak dapat. Kali ni rezeki nak rasa cucur udang ni. Inilah suasananya. Orang ramai dan mujur ada tempat kosong. Kami terpaksa makan di meja berasingan dan berjauhan. Nama kedai cucur udang yang popular ni Cucur Udang Baha AG. Di sini seronok santai-santai, selepas penat memandu. Macamlah jauh sangat. Penat sebab jalan jem.
 
 
 
Cucur udang ni dijual secara set. Jadinya tidak perlu pening kepala. Jika pesan yang untuk 3 orang makan, memang cukup untuk 3 orang. Jika pesan untuk 5 orang memeng cukup untuk 5 orang makan. Sebelum ke sini kami dah pun makan tengah hari. Jadinya bila yang nak last-last tu lambat sikit habisnya. Masing-masing sudah kenyang. Apa yang specialnya cucur udang Alor Gajah ni, adalah sosnya. Rasanya sedap. Ada juga dijual sos cili ni di sini. jika nak bawa balik boleh lah beli. Cucur udangnya juga berasa dan sangat nikmat bila di makan.
 
 
 
Menjadikan lagi kenyang, makan cucur udang dengan coconut shake. Coconut shake letak aiskrim pula tu. Cuaca panas masa ni. Jadi coconut shake ni sangat menggoda. Bukan sahaja rupanya menggoda rasanya juga sangat sedap. Bukan anak-anak buah sahaja yang suka. Mak buahnya pun suka. Bila perut sudah di isi dan sudah berehat sekejap. Barulah semangat nak memandu. Kalau jalan tak jem 1 jam 1/2 boleh sampai. Bila jalan jem ni, sabar jer lah yer.
 
 
 
Paling penting anak-anak buah gembira dan pada masa yang sama dapat bersama kawan-kawan. Dalam persahabatan ni memberi tanpa pernah ada rasa aku beri lagi banyak. Jika rasa itu mula ada, itu bukan persahabatan namanya.
 
  

Jalan-jalan di Cameron (Keafarm dan Makan Strawbery di YZ Farm)



Apabila perut dah kenyang barulah boleh berfkir dengan baik. Malam ni kami pilih untuk tidur di Hotel Jasmin yang terletak di Brinchang. Hanya berjalan kaki boleh pergi ke pasar tanpa perlu fikir di mana nak letak kereta. Selalunya memang tidur di sini. Siapa yang aku bawa, aku ajak tidur di sini. Melainkan kalau hotel ni penuh. Kenapa suka menetap di hotel ni, sebab untuk ke bilik ada lif disediakan.
 
Ada satu lagi kelebihan bila menetap di Jasmin adalah hampir dengan dobi 24 jam. Baru jer ada sebenarnya. Sebelum ni tiada. Memudahkan lagi sebenarnya. Jadinya kamipun ambil kesempatan mendobi semua baju basah, hasil dari berenang-renang di Pulau Giam.
 
 
Inilah rupa bilik di Jasmin. Jika bernasib baik dapat bilik ada tingkap. Aku suka bilik ada tingkap tak kiralah mengadap mana. Paling penting udara segar dan sejuk menerjah masuk ke dalam bilik. Itukan sebab ke Cameron Highland. Mahu merasai kesejukan tanah tinggi. Jika ada budget lebih tak perlu lah duduk di sini. Ini bagi orang-orang yang sederhana macam aku. Bukan kerana berjimat atau pun mahi meminimakan perbelanjaan. Tetapi inilah yang mampu mengikut budget.

 
Bila ke Cameron ada dua tempat makan strawberi coklat di Kampung Sedia ni . Ini adalah salah satunya. Bila nak makan nasi atau makanan tempatan, YZ Farm ni menjadi pilihan. Jika mahu makan scoon dan minum teh satu lagi tempat jadi pilihan. Ada diceritakan dalam entry tahun lepas. Nama tempat itu Agro Bazar. Pastinya ke dua-duanya mempuyai kelebihan tersendiri. Jika tengah hari, aku akan ke YZ farm unyuk makan tengah hari dan menikmati strawberi coklat. Jika pagi atau petang, aku ke Agro Bazar menikmati scoon dan strawberi.

 

Nyum...nyum..strawberi coklat. Nyaman sekali menikmatinya sambil tengok pokok strawberi yer. Cik miau ni pun dok usha jer. Katanya bila lah orang ni nak berkongsi rezeki dengan aku yer? Berborak dia ni dengan aku. Dok miau...miau. Entah apa yang nak diceritanya. Sabau yer en miau.
 
 
 
Di cameron tak lengkap kalau tak minum teh. Kata berada di temapat tanaman teh tanah tinggi yer. Untuk isi perut yang lapar, maklumlah suasana sejuk, mestilah cepat lapar. Di sini ada mee kari atau mee sup. Jika lapar nasi. Pilihan pelbagai lauk pauk disajikan. Pilih dan bayar jer apa yang suka. Banyak juga pilihan lauknya, panjangkan? Biasanya makan tengah hari di sini. Aku pun tak pernah makan tengah hari di tempat lain.
 

Tempat ni selesa untuk seisi keluarga. Tempat makan bersebelah jer dengan pokok strawberi. Jika bawa keluarga dalam bilangan yang ramai pun tempat ni masih lagi boleh menampung. Jadi tak perlu risau tak cukup temapat duduk. Tapi kalaudatang waktu cuti sekolah. Tak dapat den nak menolong. Sabar itu perlu.



Kali ni tak banyak lokasi yang aku pergi. Hanya satu malam. Macam lah pernah bermalam di sini dua malam yer. Datang pun untuk rehat-rehat. Jadi berjalan tu limit. Lagi pun dah ke sini ini bukan kali pertama. Tempat yang dah pernah pergi tu kasi keluar dari senarai. Selepas isi perut yang lapar lokasi seterusnya adalah Kea Farm. Kea Farm ni apa yang dijual sama juga dengan apa yang ada di pasar malam di Brinchang. Bezanya Kea Farm ni di tepi jalan, serta ada juga deretan kedai dan Pasar malam Brinchang pula ada lebih banyak pilihan makanan yang halal, dan yer pastilah macam pasar malam.  Di Kea Farm ni ada satu kedai makan. Tapi sesuai jika beli tapau, kerana kedainya kecil. Jika menetap di hotel dekat dengan Kea Farm, boleh lah jalan kaki makan di kedai dekat sini.
 


Di Kea Farm, bagi yang sukakan bunga ros dan bunga-bunga lainnya. Di sini anda boleh dapatkan bunga. Mana tau nak mandi bungakan. Untuk menaikkan seri. Bunga ros di bawah sana mahal. di sini dapatkan lah bunga ros banyak-banyak yer.
 


Seperti biasa jika ke Cameron Highland, sayur goreng tepung nya memang di cari. Aku suka kincham dan brokoli goreng tepung. Boleh lah jadi kudap-kudapan dalam kereta masa perjalanan balik. Sedap dimakan panas-panas tau. Baru-baru ni aku pernah makan kobis bunga celup tepung di Maulana Serdang. Sedap juga boleh tahan rasanya. Makan panas-panas. selain sayur ada juga makanan laut seperti udang dan ketam yang digoreng. Macam biasa ayam memang tidak ketinggalan.
 

Cameron Highland ni memang terkenal juga dengan ubinya. Untuk ole-ole pun boleh ubi ni tapi beratlah sikit kalau balik naik bas. Jagung mutiara pun ada di sini, tapi tak ambil pula gambarnya. Sayur di sini ada yang dijual 4 bungkus rm 10 ada juga yang 10 bungkus RM 10. Kalau ahli keluarga ramai, tak dapatlah beli siki-sikit. Bagi peminat pokok-pokok, di sini pun ada dijual pokok-pokok dalam pasu bunga. 


Sambungan dari
 

Khamis, 19 Mei 2016

Nikmati Steamboat di Glory 78, Cameron Highland


Selamat sampai di Lumut, perjalanan diteruskan. Ingatkan mahu pulang tetapi rupanya tidak pulang. Itulah bahaya jika ke Perak ni. Destinasi percutian yang best-best banyak di sinikan? Perjalanan diteruskan Ke Cameron Highland pula rupanya. Memang kuat berjalankan? Puas di laut main air pergi pula ke tanah tinggi yang sejuk. Masa tiba di Cameron sudah hampir maghrib. Perut pun dah lapar. Mereka memilih untuk makan steambot. Sejuk-sejuk ni kan. Aku ikut sahaja.


Ada juga menu lain jika tidak mahu makan steambot. Steamboat boleh dipilih mengikut set. Untuk seperti gambar di bawah ni adalah untuk makan 2 orang. Tapi makan bertiga pun cukup. Makan dan rasa kenyang. Aku suka sayur-sayur tu. Telur tu pun aku suka. Kalau dengan kawan aku si Ng dia pecahkan dalam sup panas dan biarkan masak. Sedap.


Kuah pun boleh dipilih mahu tom yam atau pun sup. Ada udang, ada kekapis seperti dalam gambar di bawah. Berbaloi dengan harganya. Kalau makan dua orang tak habis. Kalau perut perempuan lah. Tapi kalau aku, habis jer. Aku ni kalau lapar apa pun aku makan. Ini kali pertama aku makan di sini. Sebelum-sebelum ni tak pernah ke sini. Aku pun tak berapa perasan kewujudan kedai ni. Depa orang ni rupanya selalu makan di sini. Ipoh Cameron kan dekat.


Ini suasana di dalam kedai ni, di luar sana sejuk. Sekarang ni di Cameron Kadang-kadang sejuk. Ada masanya tak sejuk. Banyakkan pembangunan di atas ni. Sudah hilang ke asliannya. Makin ramai jua yang ke sini. Jika hari cuti kesesakan lalu lintas pun boleh tahan. Jadi aku memeng ke sini waktu bukan peak hour.



Sejuk-sejuk aku minum capucino, kacang tu sepatutnya makan masa tunggu hidangan sampai. Kalau tengah lapar habis cepat kacang tu. Ni mungkin tak lapar sangat. Sos tu untuk di makan bersama bebola-bebola. Bukan diminum bersama air. Masa ni aku masih minum capucino. sekarang berani-berani takut. Minuman 3 in 1 yang ada kafein pun aku hati-hati. Pernah kena kebas sebelah muka. Lidah-lidah pun kebas.


Sejuk-sejuk makan aiskrim. Siapalah agaknya yang order ni kan. Tapi kalau dah nak makan. Makan saja la yer, walau sejuk-sejuk ni. Pencuci mulut lah ni kononnya. Ke pemanis mulut. Mana-mana pun boleh lah. Tapi sebenarnya yang kenyang si perut.


Alhamdulillah habis. Kan dah kata, kalau aku mesti habis.Kata pepatah, rezeki jangan ditolak dan musuh jangan dicari. Tinggal kobis jer. Tapi kobis tu pun habis juga. Sejuk-sejuk perut senang lapar. Makan apa pun cepat habis. Bila peasan kena tahu kadar penerimaan perut agar tiada pembaziran. Membazir amalan syaitan.


 
Sambungan Dari

Cari Ole-Ole Ikan Bilis Mata Biru di Pulau Pangkor

Puas berendam dan bagi ikan makan di Pulau Giam, secepat yang mungkin kami bersiap untuk pulang. Siap semua barang-barang dah simpan kami pun jalan kaki keluar menghala kederetan kedai-kedai. Sampailah hampir hujung. Makan tengah hari dahulu. Kemudian menaiki van pink ke Jeti. Sebelum tu perlulah cari ole-ole. Aku pun turut membeli ole-ole untuk kelurga. Belilah juga ikan bilis mata biru. Kenapalah dulu-dulu masa aku ke sini aku tak kisah pun pasal ikan bilis mata biru. Ke memang tak ada. Atau sekarang baru aku kisah.


Ikan bilis mata biru ni ada beberapa gred, jadi harganya berbeza mengikut gred. Aku tengok ada macam-macam saiz ikan bilis mata biru ni. Harganya sekilo pun boleh tahan. Aku beli tak banyak hanya 500 gram. Kawan-kawan aku beli banyak. Aku asal beli nak rasa. Rupa ikan bilis di sini nampak semenggah. Bezalah dengan di kedai-kedai runcit. Sukar nak dapat ikan bilis yang elok

                         

Di area ni banyak pilihan kedai ole-ole. Kami cari ikan masin dan ikan bilis. Di bawah ni pula sotong kering. Selain daripada ikan masin dan ikan bilis boleh juga didapati hasil laut yang dikeringkan di kedai ini. Di kedai ni juga ada dijual produk hasil laut yant telah diproses. Macam sate ikan, sotong gula gitu.. Pilih sahaja. Ada yang 4 RM 10 ada yang 3 Rm 10. aku suka beli sotong kering yang kecil-kecil tu. Kemudain digorang garing. Sedap di makan dengan nasi panas.


Apa yang patut dibeli dah pun dibeli. Penuh boot kereta. Barang ole-ole dari Pulau Pangkor. Macam tak puas jer berada di Pulau Pangkor. Tapi apakan daya, ini bukan kampung kita. Tak apa ada rezeki boleh lagi datang ke sini. Tapi tak tahulah bila. Entah-entah datang nanti dengan anak cucu. Yer kan dulu mula-mula datang tahun 1998, datang dengan kawan sekolah. Tahun 2004 selepas 6 tahun baru ke sini semula, masa tu pun dengan kawan U. Sekarang sepas 11 tahun baru datang sini semula pun dengan kawan U juga.



Banyak perubahan di Pulau Pangkor ni, Moga perubahan yang baik tetapi masih ada penjagaan pada alam sekitar. Moga arus pembangunan makin bertambah dalam masa yang sama keaslian dan keindahan Pulau Pangkor ini terjaga. Satu Pulau kecil tapi yang singgah adalah orang-orang dari merata pelusok dunia. 


Sambungan Dari:
 

Tak Ingat Mana Kereta di Parkir Ioi City, Kini Mudah Dicari


Pernah tak, tak ingat di mana parkir kereta. Penat jalan tapi tak jumpa. Terutama di tempat membeli belah yang besar. Macam Ioi City mall ni. Tak payah yang bear-besar, pernah di mines pun tak ingat letak di mana. Masa turun kereta leka borak. Kadang-kadang tu lupa nak ambil gambar tempat parkir kereta atau lupa nak ingat di level berapa parkir kereta. Bulan 3 yang lalu sewaktu ke Ioi City Mall sedang nak bayar parkir ada seorang En ni sedang membelek mesin di bawah ni. Rupanya dia sedang menyelenggara. En ni pun terangkan kegunaan mesin ni. Sudah ada mesin yang boleh digunakan untuk mengesan kedudukan kereta yang tak ketahuan entah parkir di mana rupanya. Kalau tak diberitahu tak perasan pun pasal mesin ni.


Nampak simple jer mesin ni tapi harganya boleh tahan makan juta juga tau. Mesin ni hanya seperti skrin sesentuh biasa yang dilihat untuk bertujuan memberi info di pasar-pasar raya. Tapi ia ada kegunaan yang lain. Bukan untuk mencari info. Tetapi untuk mencari kereta yang sudah tak ingat entah di mana letaknya. Tak perlu risau kerana cara menggunakkannya juga ada disediakan.



Mudah sangat nak cari hanya perlu key in nombor plat kereta yang dicari. Nanti akan keluar gambar-gambar yang mempunyai nombor tersebut. Bagi aplikasi ni berkesan, banyak kamera diletakkan. Hebatkan? boleh kesan nombor tu. Teknologi zaman sekarang. Mesin ni pun bila panas sangat akan kurang ketepatannya. Masih banyak loop and hole lagi. Apa pun ia sangat membantu. Tapi tak semua level parking ada mesin ni. Gunakan dengan berhemah dan bijak.Agar benda yang baik ni dapat dikongsi bersama untuk kebaikan semua.





Selasa, 17 Mei 2016

Bagi Ikan Makan di Pulau Giam

Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap sedia untuk aktiviti hari ni. Aktiviti hari akhir sebelum meninggalkan Teluk Nipah. Sebelum tu kami pergi sarapan dulu. Isi perut bagi kenyang baru senang hati nak beraktiviti. Sekali lagi kami menapak ke hujung sana. ke penghabisan gerai-gerai. Tapi jika dari arah tiba, kita jumpa dia dulu. Gambar di bawah ni menunjukkan betapa tenangnya kami berehat-rehat di tepi pantai. Menunggu turn kami pulak. Masa ni dah berpuluh gambar. Masa menunggu ni pun sempatlah aku berbual dengan adik yang kerja di sini. Bagus tau muda lagi dah pandai cari rezeki. Seorang lagi datang tolong kawanjer rupanya. Persahabatan dikalangan anak-anak muda.
 
 
Kami diberi life jacket, roti untuk beri ikan makan dan kasut untuk dipakai dalam air. Tau tak, depa jer yang sediakan kasut. Jadi terselamatlah kaki aku yang lembut ni dari digores karang. Bila lihat orang lain luka-luka. Ahhh pedih nya. Aku pulak yang rasa. Bila bot sampai aku gila punya teruja. Lama dah tak snoorkeling. Last 2009 di Pulau Payar.Masa tu pening aku. Sekejap jer aku kat dalam air. Tengok kali ni pulak.
 
 
 
Baiklah bersedia untuk menikmati keindahan alam. Sebelum ke Pulau Giam dibawa jalan-jalan dulu. Lihat pemandangan dan batu-batu yang istimewa. Macam batu di bawah ni katanya seperti Alif Lam Lam Ha. Allah. Petah adik ni menerangkan. Dalam masa yang sama matanya wasa dan tanggannya cekap mengendalikan bot. Aku rasa selamat begini.
 
 
Aku rasa ni macam kaki kot orang tengah tidur, adik ni bercerita juga tentang batu ini, tapi kalau aku cerita semuanya macam dah basi pilak bila korang sendiri pergi. Jadi aku cerita sedikit-sedikit sahaja lah yer. Ada satu pulau yang menjadi lokasi pengambaran filem. Pulau tu pun sekarang ni dinamakan bersempena filem tu sekarang.  Cuba teka filem apa?
 

Batu di bawah ni macam bentuk apa? Macam bentuk haiwan ke, tumbuhan ke atau makanan? Adik ni kata batu ni berbentuk ikan paus. Aku pun berialah perhatikan. Tapi tak sempat nak tenung lama-lama. Adik ni dah bergerak membawa ke batu yang lain pula. Masa ni otak kena pantas analisis dan proses yer. Simpan memori tu aku tak berani nak gerenti. Tulah lain kali kena catat.
 
 
Batu bawah ni Nampak lah jelas macam......Nampak tak? Sama tak apa yang aku dengan korang Nampak? Ni senangkan? tak payah susah-susah nak teka. Sangat jelas rupanya. Kuasa Allah, manusia mentafsirkan sahaja bentuk-bentuk ni.  Bila nak sampai Pulau Giam ni. Macam mana rupa Pulau Giam ni. Seris aku pun tak pernah tahu ada Pulau Giam untuk snoorkeling di Pulau Pangkor ni. Jadi aku mana ada google nak tengok rupanya. Dulu-dulu datang kenapa tak perasan yer.

 
Sampai dah rupanya dari jauh aku lihat ini, seperti gambar di bawah. Tak sabra tunggu diturunkan. Eh turun sendiri dari bot. Sebaik sahaja turun dari bot kami cari pot. Siap cari pot. Snoorkeling lah apa lagi. Sebelum tu aku menjalani tutorial dulu. Lupa macam mana nak guna. Aku rasa arus kuat juga. Awalnya aku dah teruja lihat ikan-ikan kecil dekat sekeliling aku. Aku leka bagi makan dekat-dekat jer. Tak perlu risau terlepas ke laut lepas kerana ada jarring sebagai penanda sempadan,

 
 Sempat juga aku mengambil gambar, menggunakan bakat yang terendam ni. Aku ambil gambar teritip. Aku rasa nama nya teritip. Di sini sejam ke 2 jam yer aku pun dah lupa. Lupa lagi. Puaslah berendam. Bagi ikan makan, bergambar dan ber snoorkeling. Aku pening bila lama-lama snoorkeling. Mungkin kerana beralun-alun. Adalah beberapa spesisi ikan yang aku nampak. Jangan Tanya aku nama ikan tu. Tapi kamera hp ni cap ayam, maka tak Nampak la gambar ikan.
 
 
Bot-bot yang membawa pengunjung. Ramai juga yang ke sini. Harap-harap ikan di sini dapat bertahan dengan kehadiran manusia yang seramai ini. Serta dapat bertahan dengan jumlah bot yang sebanyak ini. Sekali lagi aku menunjukkan gambar dari hasil bakat terendam aku.
 
 
Masa untuk meninggalkan pulau kecil ni. Walau pulau ni kecil. Di Pulau ni lah ikan-ikan warna-warni nak bermain. Alam sekitar ni tanggungjawab semua. Moga anak-anak kita nanti masih dapat melihat khazanah yang kita lihat ni dihabitatnya. Bukan sekadar di dalam buku atau majalah. Adik tu dah pun tiba untuk membawa kami pulang. Pulang membawa kenangan. Sampai di pantai, wahhh ombak besar juga. Mencabar betul nak turun. Aku merasalah campak sauh. Merasa juga terkecebuh.
 
 
Sambungan dari