Sabtu, 2 Julai 2016

Cuti Sekolah di Melaka

 
Sekembali dari Turki Disember 2015, adalah cuti sekolah. Pada kebiasaannya cuti sekolah, yer macam biasa dalam catatan aku. Aku akan bawa anak-anak buah  bercuti. Paling teruk kalau aku tiada budget yang banyak, aku bawa depa main bowling dan makan-makan. Kali ni nasib tak baik masa cuti sekolah aku baru balik dari Turki. Biasalah baru balik melancong kan. Tapi kalau dah rezeki. Kawan belanja cuti. Dapat dua bilik siap sarapan. Paling penting, diajaknya anak-anak buah dan kakak aku turut serta. Kalau aku sorang nanti bosan pulak. Jadi kali ni percutian sangat meriah. Bercuti dengan kawan-kawan baik dalam masa yang sama keluarga ikut serta. Kami berkonvoi 4 kereta. Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di Petronas. Semua sekali ada 3 keluarga dan 2 orang bujang tanpa keluarga. Selepas cukup semua anggota perjalanan ke Melaka pun diteruskan.
 
 
 
Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Sebelum tu makan tengah hari dahulu. Di Melaka ni asam pedas lah yang terkenal. Hampir dengan resort ni ada kedai makan tengah hari yang menghidangkan menu asam pedas. Asam pedas yang special adalah asam pedas telur sotong. Harganya juga berpatutan. Rasa asam pedas di sini pun boleh tahan juga sedapnya. Sampaikan ke esokan harinya sebelum balik repeat lagi. Selesai isi perut terus check in bilik dan rehat. Semua nya di uruskan. Syukur alhamdulillah, rezeki.
 
 
Petang bila cuaca redup barulah turun bawah untuk bermain. Inilah tempatnya, anak-anak buah  bolehlah bermain air sepuasnya. Tapi mereka ni kurang lasak dari mak usunya. Nama tempat ni Bayoou Lagoon Park Resort . Sesuai sangat untuk bawa anak-anak. Cuma apabila cuti sekolah tempat ni sangat ramai orang. Seperti biasa jika melibatkan air, depa ni mesti ajak mak usunya turun air dulu baru depa turun. Maka aku pun dah macam kanak-kanak ribena. Naik tangga turun gelongsor air bersama-sama mereka. Puas bermain, bersiap pula untuk makan malam. Destinasi pilihan adalah Pantai Kelebang. Lepas makan boleh jalan-jalan pula.
 
 
 
Selamat pagi. Nikmati dahulu kopi sebelum second round berendam dan menggelongsor dalam air. Ni tangan aku dan anak-anak buah yang bam-bam. Seorang sahaja yang tidak bam-bam. Anak buah aku yang lelaki takut betul kalau aku kahwin. Katanya kalau aku kawin nanti tak bawa dia jalan-jalan. Kanak-kanak kan. Macam-macam. Ketawa aku mendengarnya. Untuk second round ni mandi puas-puas sebelum chekcout. Masa ni, kami menghabiskan masa besama sepenuhnya. Walau masing-masing sudah ada keluarga itu bukan lah halangan untuk mengekalkan persahabatan. Alhamdulillah suami mereka juga sangat menyokong dan sporting.
 
 
 
 
Peluang yang ada, alang-alang sudah di Melaka. Peluang ini digunakan untuk jalan-jalan. Tapi jalan jem padat. Redha sahaja la yer, cuti sekolah dan hari Ahad pula kan. Sudahnya kami menghala ke Alor Gajah. Walau aku ni sudah berkali ke Melaka, dan berkali berkursus di Alor Gajah ni, inilah kali pertama aku makan cucur udang Alor Gajah ni. Rezeki anak-anak buah aku jugalah. Apalah agaknya rasa cucur udang yang sedap ni. Nampak sedap. Baunya pun sedap. Di nikmati pula dengan coconut shake. Tak dapat yang popular tu dapat yang ini pun jadilah.
 
 
  
Sebenarnya selalu ke sini. Tapi sama ada dah petang atau malam. Jadi peluang merasa cucur udang ni, memang tak dapat. Kali ni rezeki nak rasa cucur udang ni. Inilah suasananya. Orang ramai dan mujur ada tempat kosong. Kami terpaksa makan di meja berasingan dan berjauhan. Nama kedai cucur udang yang popular ni Cucur Udang Baha AG. Di sini seronok santai-santai, selepas penat memandu. Macamlah jauh sangat. Penat sebab jalan jem.
 
 
 
Cucur udang ni dijual secara set. Jadinya tidak perlu pening kepala. Jika pesan yang untuk 3 orang makan, memang cukup untuk 3 orang. Jika pesan untuk 5 orang memeng cukup untuk 5 orang makan. Sebelum ke sini kami dah pun makan tengah hari. Jadinya bila yang nak last-last tu lambat sikit habisnya. Masing-masing sudah kenyang. Apa yang specialnya cucur udang Alor Gajah ni, adalah sosnya. Rasanya sedap. Ada juga dijual sos cili ni di sini. jika nak bawa balik boleh lah beli. Cucur udangnya juga berasa dan sangat nikmat bila di makan.
 
 
 
Menjadikan lagi kenyang, makan cucur udang dengan coconut shake. Coconut shake letak aiskrim pula tu. Cuaca panas masa ni. Jadi coconut shake ni sangat menggoda. Bukan sahaja rupanya menggoda rasanya juga sangat sedap. Bukan anak-anak buah sahaja yang suka. Mak buahnya pun suka. Bila perut sudah di isi dan sudah berehat sekejap. Barulah semangat nak memandu. Kalau jalan tak jem 1 jam 1/2 boleh sampai. Bila jalan jem ni, sabar jer lah yer.
 
 
 
Paling penting anak-anak buah gembira dan pada masa yang sama dapat bersama kawan-kawan. Dalam persahabatan ni memberi tanpa pernah ada rasa aku beri lagi banyak. Jika rasa itu mula ada, itu bukan persahabatan namanya.
 
  

Jalan-jalan di Cameron (Keafarm dan Makan Strawbery di YZ Farm)



Apabila perut dah kenyang barulah boleh berfkir dengan baik. Malam ni kami pilih untuk tidur di Hotel Jasmin yang terletak di Brinchang. Hanya berjalan kaki boleh pergi ke pasar tanpa perlu fikir di mana nak letak kereta. Selalunya memang tidur di sini. Siapa yang aku bawa, aku ajak tidur di sini. Melainkan kalau hotel ni penuh. Kenapa suka menetap di hotel ni, sebab untuk ke bilik ada lif disediakan.
 
Ada satu lagi kelebihan bila menetap di Jasmin adalah hampir dengan dobi 24 jam. Baru jer ada sebenarnya. Sebelum ni tiada. Memudahkan lagi sebenarnya. Jadinya kamipun ambil kesempatan mendobi semua baju basah, hasil dari berenang-renang di Pulau Giam.
 
 
Inilah rupa bilik di Jasmin. Jika bernasib baik dapat bilik ada tingkap. Aku suka bilik ada tingkap tak kiralah mengadap mana. Paling penting udara segar dan sejuk menerjah masuk ke dalam bilik. Itukan sebab ke Cameron Highland. Mahu merasai kesejukan tanah tinggi. Jika ada budget lebih tak perlu lah duduk di sini. Ini bagi orang-orang yang sederhana macam aku. Bukan kerana berjimat atau pun mahi meminimakan perbelanjaan. Tetapi inilah yang mampu mengikut budget.

 
Bila ke Cameron ada dua tempat makan strawberi coklat di Kampung Sedia ni . Ini adalah salah satunya. Bila nak makan nasi atau makanan tempatan, YZ Farm ni menjadi pilihan. Jika mahu makan scoon dan minum teh satu lagi tempat jadi pilihan. Ada diceritakan dalam entry tahun lepas. Nama tempat itu Agro Bazar. Pastinya ke dua-duanya mempuyai kelebihan tersendiri. Jika tengah hari, aku akan ke YZ farm unyuk makan tengah hari dan menikmati strawberi coklat. Jika pagi atau petang, aku ke Agro Bazar menikmati scoon dan strawberi.

 

Nyum...nyum..strawberi coklat. Nyaman sekali menikmatinya sambil tengok pokok strawberi yer. Cik miau ni pun dok usha jer. Katanya bila lah orang ni nak berkongsi rezeki dengan aku yer? Berborak dia ni dengan aku. Dok miau...miau. Entah apa yang nak diceritanya. Sabau yer en miau.
 
 
 
Di cameron tak lengkap kalau tak minum teh. Kata berada di temapat tanaman teh tanah tinggi yer. Untuk isi perut yang lapar, maklumlah suasana sejuk, mestilah cepat lapar. Di sini ada mee kari atau mee sup. Jika lapar nasi. Pilihan pelbagai lauk pauk disajikan. Pilih dan bayar jer apa yang suka. Banyak juga pilihan lauknya, panjangkan? Biasanya makan tengah hari di sini. Aku pun tak pernah makan tengah hari di tempat lain.
 

Tempat ni selesa untuk seisi keluarga. Tempat makan bersebelah jer dengan pokok strawberi. Jika bawa keluarga dalam bilangan yang ramai pun tempat ni masih lagi boleh menampung. Jadi tak perlu risau tak cukup temapat duduk. Tapi kalaudatang waktu cuti sekolah. Tak dapat den nak menolong. Sabar itu perlu.



Kali ni tak banyak lokasi yang aku pergi. Hanya satu malam. Macam lah pernah bermalam di sini dua malam yer. Datang pun untuk rehat-rehat. Jadi berjalan tu limit. Lagi pun dah ke sini ini bukan kali pertama. Tempat yang dah pernah pergi tu kasi keluar dari senarai. Selepas isi perut yang lapar lokasi seterusnya adalah Kea Farm. Kea Farm ni apa yang dijual sama juga dengan apa yang ada di pasar malam di Brinchang. Bezanya Kea Farm ni di tepi jalan, serta ada juga deretan kedai dan Pasar malam Brinchang pula ada lebih banyak pilihan makanan yang halal, dan yer pastilah macam pasar malam.  Di Kea Farm ni ada satu kedai makan. Tapi sesuai jika beli tapau, kerana kedainya kecil. Jika menetap di hotel dekat dengan Kea Farm, boleh lah jalan kaki makan di kedai dekat sini.
 


Di Kea Farm, bagi yang sukakan bunga ros dan bunga-bunga lainnya. Di sini anda boleh dapatkan bunga. Mana tau nak mandi bungakan. Untuk menaikkan seri. Bunga ros di bawah sana mahal. di sini dapatkan lah bunga ros banyak-banyak yer.
 


Seperti biasa jika ke Cameron Highland, sayur goreng tepung nya memang di cari. Aku suka kincham dan brokoli goreng tepung. Boleh lah jadi kudap-kudapan dalam kereta masa perjalanan balik. Sedap dimakan panas-panas tau. Baru-baru ni aku pernah makan kobis bunga celup tepung di Maulana Serdang. Sedap juga boleh tahan rasanya. Makan panas-panas. selain sayur ada juga makanan laut seperti udang dan ketam yang digoreng. Macam biasa ayam memang tidak ketinggalan.
 

Cameron Highland ni memang terkenal juga dengan ubinya. Untuk ole-ole pun boleh ubi ni tapi beratlah sikit kalau balik naik bas. Jagung mutiara pun ada di sini, tapi tak ambil pula gambarnya. Sayur di sini ada yang dijual 4 bungkus rm 10 ada juga yang 10 bungkus RM 10. Kalau ahli keluarga ramai, tak dapatlah beli siki-sikit. Bagi peminat pokok-pokok, di sini pun ada dijual pokok-pokok dalam pasu bunga. 


Sambungan dari