Ahad, 15 November 2015

Dubu dubu Sudah Jadi Dubu Yo

Cerita ni masa hari raya yang lalu. Lama terperam. Sibuk sangat jer gamaknyer. Masa hari raya-raya ni jugakah anak buah aku yang bam-bam dua orang tu request nak makan makanan korealah pulak. He he aku bagi syarat. Ain dan Dhuan belanja yer. Sambil gelak jahat dalam masa yang sama tangan pegang stereng kereta. Jadinya nak makan di mana yer? Aku pernah makan makanan Korea ni di Dubu Dubu jer. Di Korea tu jangan citerlah. Tak dapat nak ke Korea sekarang ni. Dubu dubu ni ada di IOI City Mall. Sekarang ni Dubu-Dubu ni dikenali sebagai Dubu Yo. Selain dari makan-makan depa bolehlah jalan-jalan. 

Sejak dua menjak ni asal ada jumpa-jumpa kawan ke saudara mara, semuanya di IoI City Mall ni. Jadi memang sampai dah naik hafal kedai-kedai makan kat sini. Paling senang nak cari tempat makan, dan pilihan pelbagai. Pilihlah mengikut selera masing-masing dan mengikut poket masing-masing. Kali ni kita tengok siapa yang kena.

Dubu Yo ni, Hiasan dalamannya ringkas sahaja. Mejanya senang gerak-gerak. Ramai juga orang yang makan di sini. Datang ramai-ramai dengan keluarga. Hari ni aku pun bawak keluarga tau. Di bawah ni muka depan buku menunya. Merah putih. Inilah warna konsep hiasan dalam  kedai ni. Warna merah tu kalau di kedai-kedai Cina suka pakai meja dan alas merah. Aku dengar-dengar, ini kerana merah mengundang rasa lapar. Aku dah rasa lapar tengok gambar ni. Macam mana ni?


Lihat menunya, semuanya kalau boleh  nak rasa. Tapi kali ni aku nak rasa pe jeon sebab masa kali pertama ke sini tak dapat rasa pa jeon. Anak-anaknya sama tak dengan yang di Korea. Rasa yang di Korea tu buat aku teringat-ingat. Udang, sotong dan tiram sangat segar. Tak kisahlah mahal pun. Tapi berbaloi. Untuk anak-anak buah aku, aku nak mereka cuba bim bim bap. Ada juga aku pilihkan depa mee ramen. Aku pun tak ingat namanya. Itulah akibatnya bila peram lama sangat gambar-gambar ni di sini. Jika nak mudah pilih sahaja set yang ada.


Gambar bim bim bap dan pa jeonnya, nampak sedap. Bim bim bap ni, terdiri daripada nasi, telur sayur-sayuran dan ayam/daging, Semua dalam satu mangkuk. Dihidangkan juga dalam bekas berasingan kimci, taugeh atau biasanya sayuran jeruk. Masa ni lah boleh cuba makan kimci yer. Harap-harap tekak bam-bam berdua tu boleh  terima makanan Korea ni.


Nampaknya di sini ada pasta pulak ganti sayur jeruk. Mungkin nak sesuaikan dengan tekak orang sini. Rasa bim bim bap ni, kena tekak anak-anak ni. Alhamdulillah, kalau tak tak habis, membazir nanti. Membazir amalan syaitan. Sup tu kalau aku tak silap miso sup, macam kat Sushi King. Sup yang ada rumpai laut warna hijau tu. Sup ni aku memang suka. Ada juga tahu dipotong-potong kecil dalam tu. 

Ini kali pertama mereka makan kimchi. Selalu dengar cerita kawan-kawan atau tengok dalam drama Korea yang depa dok tonton hari-hari. Baru tau rasanya hari ni. Ha ha ha. Ingat sedap sangat kot. Kobis yang disalut cili kemudian dijerukkan. Bahan-bahan untuk buat kimchi tu boleh lah google. Eh sekali sekala, keluar pulak bahasa Korea dari si Ain. Minat punya pasalkan. Belajar sikit-sikit. Zaman aku dulu cerita Jepun pun di Melayukan. Cerita Oshin, Maero Attack. Jadi kesedaran belajar bahasa lain tu tak ada. Dah macam-macam medium ada ni pun aku tak pandai-pandai cakap Cina. Bahasa Arab setakat tahu "khaifa haluka".


Nampak sedapkan korean spicy wing tu. Memang sedap pun. Tapi tak lah pedas sangat, cuma sedikit berempah. Siapa yang suka manis rasa madu tu, mesti suka kepak ayam ni. Nasinya warna tak sama dengan nasi kita. Ni nasi Dubu-dubu. Selera jer aku tengok bam-bam ni makan.


Inilah rupa pa jeon yang aku rindu. Telur dan tepung special dari sana. Aku pun tak ingat nama tepungnya. Apalah semua pun tak ingat, tapi nak tulis blog. Masa  balik bercuti di Korea siap google cari resepi. Tapi memang tak buat lah. Dah bertahun dah tapi masih tak buay. Sangat berbeza pa Jeon ni. Tapi yer lah kan. Boleh lah untuk ubat rindu. Nak pergi Korealah sekarang, nak makan pa jeon. Kalaulah dekat?


Air, biasanya aku minum teh jer. Aku kan diet. Kononnya pantang ais. Sebab nak sihat. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Tapi kalau kat rumah orang, tak da lah nak ngada-ngada. Kalau dah hidang ais tu aku minum jer. Anak-anak buah aku cuba air dalam menu tu. aku disebabkan dah pernah rasa jadi aku minum teh jer la. Tapi airnya tak berapa kena dengan selera anak-anak ni. Air apa tu yer, kenalah cuba barulah tau. 


Lupa nak cerita pasal mee ramennya, mungkin sebab gambarnya tak ada, sibuk makan waktu tu. Sebab meenya sedap. Kalau ke sini lagi nak makan mee ramen tu pulak. Selesai sahaja makan, boleh jalan-jalan dalam Ioi Citi Mall. Bakar kalori. Sebelum bersedia ke destinasi seterusnya.