Rabu, 22 April 2015

Cari kambing..jumpa kambing di Damaisteakhouz

Gara-gara kawan dua orang ni tengok jjcm maka lepas maghrib kami semua berjanji untuk pergi rasa dulu. Sebabnya mei ni anak kawan yang bernama mami ni akan datang dari Sarawak. Kegemaran anaknya pulak kambing. Jadi sesuai sangat la sate kambing dalam jjcm ni dengan selera anaknya. Tapi kena la rickie tempat dan rasa dulu.

Tak tahu jalan tapi waze kan ada. Cukup dengan ada alamat yang Ain dah snap masa rancangan jjcm tadi. Perjalanan dari Semenyih alhamdulillah lancar. Hampir pukul 9 kami tiba di destinasi. Sebenarnya janji dengan rakan yang lain lagi pulak. Alang-alang boleh jumpa. Dia dah sampai dulu dah. Saya pun pelik kenapa duduk di meja dan kerusi yang beza sangat. Rupanya kedai tu dah penuh. Yer la hari yang sama masuk jjcm.

Kami pun bersalam-salaman setelah lama tak jumpa. Almaklumlah, semenjak proses transformasi ni, yang sambilan sudah tidak diambil bekerja. Jadi ini la caranya untuk eratkan silaturahim. Berjumpa dengan kawan-kawan sambil makan-makan. Ingatkan dia dah order rupanya belum. Masa kami nak order, semua menu habis. Wah!!! baru pukul 9 malam. Kata tutup pukul 2 pagi. Mami kami dah start...he he he. Kemudian pekerja mamak sebelah pulak hulur menu. Alamak datang jauh-jauh tak kan makan mamak....Kat Semenyih pun ada.

Dah habis kenapa tak kata dah habis? Kenapa bukak meja lagi?Meja pulak meja kedai mamak. Pandai mamak ni. Makanya order jer la air. Itu pun tak habis minum.


Masing-masing dah kecewa. Aku pun kecewa. Dah terasa dah keenakkan kambing tu kat tekak ni. Apakan daya rezeki tak ada nak makan sate kambing.

Setelah berbincang dan mencari kedai yang terdekat di area alam damai ni siap google bagai. Telefon kawan-kawan lagi kami pun bergerak mencari kedai. Ada satu kedai yang pernah masuk jjcm jugak tapi tak ingat namanya. Sedap jugalah rasa makanan western di situ. Cari tempat ada kambing jugak okey...hmmm.

Sesat barat...yer la datang pun pakai waze. Drivernya orang terengganu. Co pilot orang Sarawak. Aku pulak memang la jenis tak ingat jalan. Bulan puasa tahun lepas aku pergi. Itu pun dari rumah kawan. Dari Alam Damai ni macam mana nak pergi. Sudahnya aku kata dalam hati. Mana-mana yang ada lah.

Aku nampak kedai steak. Apa lagi aku suruh Ain u-turn la. Sampai-sampai ada jugak kedai ala-ala arab ada menu kambing selang beberapa kedai. Tapi kami pilih kedai Damai Steakhouz. Kedai macam ni kan ada kambing jugak, lamb chop. Masuk-masuk ni dah agak mesti mahal ni. Susun atur kedai yang cantik selesa dan kemas. Pandai interior design nyer.

Menu macam-macam ada spagheti, burger, steak dan yang dicari lamb chop nasib baik ada. Terpulang nak makan apa. Tiga orang kena pukau dengan kambing telah pun order lamb chop. Dah lapar sangat masing-masing.

Suasana kedai waktu ni sangat tenang sesuai lah untuk rehat-rehat borak-borak dengan kawan. Kami pulak sibuk selfie wefie...excited sangat. Bila air dan makanan sampai sibuk ambik gambar dulu. Menikmati keindahan  tu dulu. Lupa sat pasal lapar.


Aku memang hantu kambing bek...bek...Hu hu...suka sangat la bila order lamb chop nak order steak pikir dulu....ha ha ha...Rasa lamb chopnya ok. Dagingnya boleh kunyah tak lah keras macam sesetengah tempat. Sos yang aku pilih black paper.

Black paper lamb chop

Spaghetti Ariabata

Lepas makan, masa tak berapa banyak masa untuk lepak-lepak, almaklumlah sampai tadi pun dah lewat. Sekejap sangat dapat nikmati teh hijau aku, padahal tengah ahri dah dekat satu tharmos belasah dekat sushi king. Nampak tak betapa laparnya. Sampai licin pinggan.


Kedai ni masa aku pergi 2 minggu lepas baru sebulan bukak. Ownernya orang melayu. Daging yang digunakan kedai ni daging halal dari Austalia. Tak perlu rasa was-was. Ini antara menunya. Nyum-nyum


Masa nak balik kedai ni pun dah nak tutup. Kebetulan hujan lebat di luar. Prihatin depa orang ni bagi kami guna payung. Terima kasih. Kalau dekat semenyih boleh la datang lagi ni. Atau kalau lalu area Alam Damai boleh la singgah-singgah. Suka aku bila ada usahawan Melayu yang maju macam ni.



Alamatnya

Damai Steakhouz
no 30, Jalan Damai Raya 2,
Alam Damai Cheras, 
56000 Kuala Lumpur
03 91077485

Selasa, 7 April 2015

Semeja Semula di Nasi Kerabu Ketam Cholleey

Bermula dari  ajakan sahabat yang 4 minggu sudah tak berjumpa. Sebelum ni hari-hari jumpa. Makan pun boleh dikatakan hari-hari bersama. Semenjak kawan ni di tumpangkan di HQ payah dah nak jumpa. Ajak pun di fb. Wasap pun dah jarang-jarang. Siang sibuk kerja. Malam mestilah nak bersama keluarga kan. Jadi apabila diajak...umpama lampu bertukar hijau. Pantang ajak makan jadi ajer. Masa yang sama dapatlah berbual-bual bertanya khabar. Silaturahim yang terbina harap berkekalan walau jauh dimata. Almaklumlah rakan-rakan kami ada yang dah diberhentikan dan ada yang berhenti. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya.

Balik dari kerja semua pun berkumpul pada masa dan tempat yang dijanjikan. Walau kurang seorang tapi boleh la, asalkan berkumpul. Kami pun bergerak ke tempat yang disasarkan. Rupanya sahabat ni dah rickie dulu semalam. Tapi sayang tutup rupanya pada hari Isnin. Nampaknya rezeki kami untuk makan sama-sama hari ni. Dalam perjalanan dia pun bercerita, katanya dia dapat maklumat dari fb. Hebat kuasa online ni. Kalau sedap mana ceruk pun dicari. Rupanya kedai ni adalah rumah di kawasan perumahan. Sebelum masjid. Kedainya sangat simple. Mendaki bukit jugalah. Mujur naik kereta.



Masuk dalam kedai masa tu ada sepasang suami isteri sedang makan. Ada juga yang bungkus bawa balik. Dari luar nampaknya begini, kedai ni jika tak biasa boleh terlajak. Jika dah sampai jumpa masjid maknanya dah terlepas lah tu. Maka patah lah balik.


Sebaik sahaja sampai, duduk sebentar dan terus lihat menu yang terpampang di banner. Nasi kerabu di  Nasi Kerabu Cholleey  ni ada beberapa pilihan selain daripada ketam. Bagi yang tak boleh makan ketam ada daging dan ayam sebagai pilihan. Nama masakan ketamnya tu unik betul. Ketam tumis mak mandir. Harga ketam mengikut saiz. Masa makan hari ni harganya rm 18. Nak juga rasa apalah yang dikatakan nasi kerabu ketam. Maka cubalah. 


Tapi order kena order sendiri yer. Tak ada yang ke meja ambil order. Air pun ambik sendiri. Ada 2 jenis air boleh di pilih. Air tea "o" ais atau air kosong. Airnya boleh refill tau.


Bukan sepinggan yer. Nasi kerabu ni dihidang seperti kita order bungkus. Senang, lepas makan bungkus dan buang ajer kertas pembungkus tu dalam tong sampah.


Saya sebenarnya bukan penggemar nasi kerabu, tapi bab makan saya suka mencuba. Nasi kerabu ni bila makan saya suka solok lada. Terutama yang guna cili hijau dari kelantan tu. Di kedai ni solok ladanya walau bukan menggunakan cili dari Kelantan, rasanya masih ok. Seperti biasa ada telur masin yang dipotong 4 saya rasa. Nasib  ada yang tak nak telur masin jadi saya dapat lebih sikit. Tu yang saya suka bila keluar makan dengan kawan-kawan ni. Apa yang depa tak boleh makan saya habiskan. Saya suka telur masin. Terutama bahagian yang warna merah tu.


Indahnya nasi kerabu ni adalah ulam-ulamnya. Ulam-ulam yang disertakan dalam nasi kerabu ni terdiri dari gabungan serai, kacang panjang, kacang botol dan timun. Sambal kelapanya pun sedap. Sambal nyer bagi saya pedasla juga. Bila digaul dengan budu, ulam-ulam dan sambal kelapa. Perut yang lapar dari tadi jadi rasa sedap ajer. Sekali sekala sulam pulak dengan gkeropok yang digigit rapuh. Krup krap krup krap. Nyaman. Bahagian paling best bila gigit ketamnya. Layankan rasa manis masakan ketam ni. Namanya tidak membayangkan rasa. Saya pun tertanya-tanya mana datang namanya. Nasinya bagi saya cukup-cukup. Rasa kenyang tapi tidaklah terlajak kenyang. Sesuailah dengan pesan Rasulullah saw berhenti sebelum kenyang.


Alhamdulillah saya dapat rasa nasi kerabu ketam colleey dalam masa yang sama eratkan silaturahim dengan kawan-kawan.Rupanya tinggal kami ajer. Asyik sangat berborak. Lama sangat tak jumpa, beginilah. 


Alhamdulillah Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan. Rakyat Malaysia juga suka mencuba sesuatu yang baru. Makanan juga menyatukan kita tanpa disedari. Hari ini 5 hati dapat bertemu hanya kerana nak makan nasi kerabu.