Jumaat, 30 Mei 2014

"SAFARI NIGHT"

Aktiviti bermula pukul 2100...awal lagi mereka telah tiba bersedia untuk bawa kami bertiga...dengan menaiki 4x4 dengan ada tempat duduk yang terbuka....dapatlah menikmati udara yang segar...waktu malam pulak tu .....gelap.

Untuk hari ni gambar ni jer yang dapat dikongsi....sayang betul tiada kamera yang boleh ambik gambar malam yang boleh capture gambar kucing batu tu...

Kami dibekalkan lampu yang besar...perjalanan bermula menyusuri jalan ...bermula dari penginapan kami menuju pintu masuk ke Taman Negara....
Setelah diterangkan barulah saya faham kenapa kami dibawa ikut jalan ni...bukan di dalam Taman Negara...lagi mudah untuk dapat lihat haiwan di kawasan ni...banyak makanan di kawasan kelapa sawit...

Malam ni kami dapat lihat kucing batu...ada yang sedekat jarak kurang 10m...sangat cantik...matanya bersinar...disuluh cahaya.....kami juga dapat lihat musang tengah panjat pokok....dan dapat lihat babi baru lepas berkubang....hilang warna asalnya..

Mereka kata malam ni tak banyak dapat lihat...tapi bagi saya ..okey la.....
Berbekalkan 2 lampu....tutup lampu ni...sangat gelap dan rasa dekat sangat dengan alam
Ini En Juki....matanya sangat peka...semua haiwan yang kami dapat lihat dia yang nampak dulu..penuh dengan skill dia mencari..
Pak Teh memandu dengan paling perlahan.....kami pulak kat belakang asyik memerhati....

Dari Semenyih ke Taman Negara Sungai Relau Merapoh

Bagi merealisasikan impian seorang rakan untuk bermandi dengan ikan kelah, sesuatu perlu dilakukan. Impian yang da bertahun tapi saya senyapkan. Kali ini akan direalisasikan Kononnya nak bertolak pukul 9 pagi. tapi lambat jadinya. Hasil dari meminta pandangan seorang rakan vateran, dia nasihatkan tukar dulu timing belt kereta,  memandangkan lagi 500 km untuk sampai 80 000 km. Sudahnya kami bergerak pukul 1230 selepas isi minyak rm 50.

Sebelum tu ambil pula dulu rakan di Sentul. Ini la rakan yang nak sangat mandi dengan ikan kelah. Sewaktu dalam perjalanan boleh tiba-tiba aku tidak ingat jalan. Padahal sudah banyak kali pergi.  Alhamdulillah jumpa la jugak  rumah rakan..kenapa tidak ingat yer??

Akhirnya kami bertiga bergerak ke merapoh...sampai dalam pukul 1830...dari karak kami menghala ke Bentung..melalui Raub, Kuala Lipis dan terus menuju ke Gua Musang...sebaik sahaja nampak signboard Taman Negara Sungai Relau Merapoh wahhh!! Da nak sampai adalah lebih sejam lagi

Baru sedar kami tak makan tengah hari lagi, lagi beberapa minit sebelum caltex yang dijanjikan akan jadi tempat kami berjumpa kami singgah pasar. Hari ni makan kudap-kudapan ajer. Asal isi perut..

Sudah alas perut kami teruskan perjalanan. Sebaik sahaja tiba kami disambut oleh En Roslan atau lebih dikenali sebagai Pak Teh. Kira lewat jugak ler kami sampai. Almaklum la ni kali pertama memandu ke Merapoh ni. Kami terus dihantar ke club house. Sebab untuk waktu ni chalet Pak Teh belum siap lagi.

Kami rehat sekejap tunggu pukul 2100 ni untuk aktiviti safari night, sungguh x sabar inilah kali pertama merasai safari night ni. Macam manalah rupanya.



Isnin, 10 Mac 2014

MASJID PUTRAJAYA

Ternyata selepas sarapan dan makan tengah hari sekali...tempat pertama yang di tuju adalah Masjid Putrajaya.Selalu masuk solat jer kali ni pun sibuk-sibuk sekali dengar....seni bina masjid ni menggabungkan mesir,iran, itali...dan beberapa negara lagi...

JALAN DI MELAKA DAN PD

Mengikut perancangan...hari ini nak bawa mereka mandi laut,  jalan-jalan lihat-lihat tempat sejarah di Melaka....diikutkan mereka mahukan aktiviti lasak.....paling penting nak bawa mereka naik river cruise dan makan ikan bakar diumbai.....

Harap-harap semua berjalan lancar....

NI LAH PADAHNYA....

Dapat call dari kawan...jauh di matahari terbenam minta tolong untuk jadi tourist guide..."konon"
rakannya datang dari Jepun...nanti

masa tiba...pukul 11 malam...jenuh aku search google tempat mana yang bukak....

dr lcct singgah rumah dulu...dan terus ke seksyen 7 bangi untuk pekena sup urat keting...dan sate...
ternyata da tutup...

pergi sate kajang Samuri pun da tutup....terus ke Putrajaya...jalan.masuk dataran masjid pun da tutup....

last sekali lepak mamak Darulsalam di presint 9...bagi depa try...roti canai, tea tarik, toseu, mee goreng mamak...paling special teh tarik la..

dan sambung jalan2 di putrajaya...pukul 5 pagi baru sampai rumah...

lepasni kayakan pengetahuan...mana kedai 24 hours mana yang x.....

paling penting sikit2 kena tau bahasa depa...ni baru lah aku terhegeh2 download apps belajar bahasa Jepun...

nampak sangat x merayau malam2..tu yang x tau ...lagi satu harap sangat google...bertanya kawan2 pun boleh jugak...:)

kekal bertenaga...dengan jamu susuk dara....

Sabtu, 8 Mac 2014

COKLAT LOVE HABIBI




BAGI YANG KERAP MENGALAMI....
* Kerap sakit kepala,
* Badan letih tanpa sebarang sebab,
* Susah bangun tidur,
* Berat badan meningkat, kehadiran selulit,
* masalah jerawat, banyak angin dalam badan,
* keliling mata gelap dan lain2
SELEPAS COKLAT LOVE HABIBI ANDA KAN RASAI PENGALAMAN BERIKUT.......
* Kerap Sendawa buang angin
* Melawaskn pembuangan, jika perut buncit, CLH membantu mengempiskan perut anda
* Kerap kencing kerana CLH buang toksin dalam badan
* Meningkatkan mood bersama
* Melancarkan sistem perjalanan darah dalam badan
* Melancarkan haid
* menghilangkan senggugut..

Khamis, 27 Februari 2014

Aktiviti di Hari Kraf Kebangsaan 2014 (Interaktif Kraf Manik)

Buat gelang manik...kreatif...







Aktiviti Hari Kraf Kebangsaan 2014 (Dekorasi upih)

Dari upih pinang...

Hasilkannya sendiri dan boleh bawa balik...

bersama2 Luqman...



Hari Kraft Kebangsaan 2014

Pelbagai kraftangan...

songket,batik, anyaman, ukiran, logam, seramik..dan pelbagai lagi

26 februari hingga 10 mac 2014

Kompleks kraft Kuala Lumpur























Testimoni masker vagina...(masalah buasir)

Kegunaan lain masker vagina....bagi penderita buasir....penyelesaian lain yang boleh anda cuba


Testimoni masker vagina dan feminine wash

Mahal? Alah membeli menang memakai....kesan yang anda pasti puas hati...

Magic Body Slim Soap

Untuk kurangkan inci juga...disamping mencantikkan kulit..

Testimoni Deep Heat Lotion

Banyak kegunaannya ni....kurangkan inci ukur lilit pinggang, lengan, peha....

Untuk legakan lenguh2....terutama selepas penat berjalan

Isnin, 24 Februari 2014

Aktiviti di Farm In The City

Boleh pegang....boleh bagi makan.....alaminya sendiri...kasarnya bulu rusa..apa rasa pegang kulit iguana..






Waktu Buka:


ISNIN                      : 10.00am - 6.00pm
SELASA                  : Closed
RABU -JUMAAT       : 10.00am - 6.00pm
SABTU & AHAD       : 9.30am - 6.00pm