Memaparkan catatan dengan label taman negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taman negara. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mac 2015

Kali Pertama Naiki ATV, di Merapoh

Bila Pak Teh kata pakej ni termasuk naik ATV, wow bagaimanalah rupanya nanti bila naik ATV? Selalu tengok jer, dengar-dengar cerita. Hari ni dapat cuba terus. Tapi kami tidak terus dengan aktiviti, kami berehat dahulu di kawasan chalet Pak Teh yang baru dalam proses pembinaan. Di sini kami makan tengah hari masakan special. Rasa macam jumpa keluarga sendiri la pulak. Isteri Pak Teh masakan untuk kami. Orangnya kami tak pernah jumpa, rasa masakannya jer la.  Makan pulak tu santai-santai, berselera sangat la.


Sambal Jering

Ikan masak tempoyak

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.........Nak naik ATV pulak. Masa kami sibuk, sibuk makan, mereka sedang siap sediakan ATV untuk kami. ATV sudah menanti kami. Saya bawa kakak-kakak yang umur 50 tahun ke 62 tau.

ATV disiap sediakan

Bermain-main juga dalam fikiran ni, boleh ke ni, tapi tidak perlu risau ada yang bersama-sama anda. Saya pandang hadapan dan diajar cara menggunakan ATV, mak aiiii kerasnya handle nyer...nak ke kiri ke kanan. Bila ATV mula bergerak saya tengok tangan yang tolong preskan tu gerak sama....dalam takut nak toleh ke belakang saya toleh la jugak, owh dia naik sama rupanya...tidaklah cuak sangat, bila naik bukit, rasa senang hati lagi, tetapi bila kena turun bukit rasa nak tercabut jantung, dalam fikir dua ke tiga kali tu...jalan jugak turun bukit sampailah masuk dalam air. habis kotor baju..ni la masanya kan? gelak sakan...






Akhirnya semua aktiviti berjaya ditamatkan dengan selamat. Ada peluang harap dapat ke sini lagi. RA Adventure memang best. Dua hari satu malam di sini ada pengalaman dan cerita baru yang di bawa pulang, Hampir setahun baru sempat kongsi. Perjalanan kami tidak berakhir di sini, berehat sekejap kami terus ke Cameron Highland ikut Lojing. Sebagai rakyat Malaysia perlu rasa bangga dengan khazanah alam yang ada di Malaysia. 



















Sabtu, 21 Mac 2015

Bermain dengan Raja Sungai Ikan Kelah

Ikan Kelah yang dikenali sebagai raja sungai  dan ikan yang sangat hebat melawan apabila dipancing. Cerita tentang ikan inilah yang telah membawa saya ke Merapoh, walaupun saya bukan kaki pancing. Ikan ni banyak terdapat di India dan Asia Selatan. Sebelum ke sini saya dan rakan saya ni pernah ke tempat pembiakan ikan kelah, di batu 23 Sungai Lui. Melihat usaha En Othman di Sungai Lui saya rasa terpegun. Ada beberapa kolam ikan kelah ternakan beliau. Cantik tempatnya. Mendengar cerita beliau tentang ikan ini lagilah membawa saya mahu melihat sendiri habitat sebenar raja sungai ini.




Kami dibawa ke dalam Taman Negara Sungai Relau. Selepas memasuki pagar. Kami singgah dahulu di Pusat Interpretif Taman Negara Sungai Ralau. Disini adalah tempat untuk mendapatkan permit. Ada juga ruangan pameran yang mana maklumat tentang Taman Negara di pamerkan.



Di mana sebenarnya Taman Negara Sungai Relau ni? Saya pun bila nak cari ikan kelah ni baru tahu kewujudan Taman Negara Sungai Relau di Merapoh ni. 




Sekali lagi perjalanan diteruskan, lebih kurang 14 km lagi ke dalam untuk sampai ke Satuari Kelah Kuala Juram, tempat untuk bermandi manda dengan ikan kelah…bagi makan sebenarnya dan boleh rasa pegang ikan kelah ni. Tidak sabar rasanya. Mujur naik 4x4 kalau jalan kaki….semput. 




Melepasi signboard ni kami melalui jalan yang lebih kecil. Apa yang menariknya sepanjang perjalan kami diiringi oleh beribu-ribu rama-rama berwarna warni. Rasa macam dalam cerita dongeng. Ini kali pertama saya lalui saat seperti ini. Bayangkan sepanjang perjalanan. Dalam gambar tak nampak sangat rama-ramanya.



Di satu tempat tiba-tiba kenderaan perlahan,  En Juki menunjukkan  binatang yang dipanggil Banting, binatang ini diperlihara di dalam Taman Negara ni secara bebas. Di tempat ini makanannya akan diletakkan. Apa bezanya Banting dengan lembu? Bezanya kaki banting ada warna putih, seolah-olah memakai stoking.


Sampai di Kuala Juram, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Apa yang penting adalah keselamatan. Pesannya agar kami berhati-hati dengan lebah di kawasan itu. Lebah nyer kecil jer, merasalah juga disengat. Sedap...


Apabila sampai si tepi sungai seekor ikan pun tidak kelihatan, tetapi sebaik sahaja dipanggil En Juki berekor-ekor datang....katanya mereka dari lubuk yang tidak jauh dari situ, memang nampak lubuk tu dari tepi sungai.  Lubuk tu dalam tau. Mula-mula kelihatan ikan kelah putih, barulah diikuti ikan kelah merah. Ikan kelah di Kuala Juram ni istimewa, sebab ia makan di tangan, hanya genggam makanan dan suakan bahagia yang terbuka antara ibu jari dan jari telunjuk.  Rasakanlah nikmat apabila ikan kelah sedut makanan yang disuakan, sampai jari-jari pun disedut, rasai sensasinya. Itulah pun yang saya nak rasa, sampai sanggup datang dari jauh. Mula-mula terjerit panik la jugak, takut putus jari. makanan ikan ni disedikan, jadi tak perlu bawa dari rumah yer.









Bukan sahaja dapat bagi makan dapat juga pegang ikan kelah, pegang jer la..yang tangkapkan En Juki. Ikan ni pantas. Susah nak tangkap. Walau bukan tangkap sendiri puas hati la jugak dapat melihat dan merasai sendiri sisiknya yang cantik, tapi dapat pegang yang putih jer la, yang merah ganas.




Macam mana ikan di sini jinak? Ini adalah hasil usaha seorang lelaki yang sanggup berada di dalam air selama dua jam setiap hari selama dua tahun. Ada En Juki ni sebut namanya tapi saya sudah lupa. Pada mulanya ikan ni diberi makanan gunakan botol susu. 

Memandangkan En Juki ini sering bagi makan dan bermain dengan ikan kelah ini, bagaikan ada satu perasaan, menurut beliau ikan kelah ni pun pandai merajuk.

Ikan kelah ni mahal, harganya 1Kg beratus boleh capai RM 250++. Rasanya sedap, texturenya isinya yang halus, serta sisik yang lembut dan boleh dimakan, menjadi hidangan mewah. Ada juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menjadikan ikan ini ikan hiasan. Letak dalam akuarium dengan pencahayaan yang kena, akan terlihatlah kilauan sisik ikan kelah ini. Jadi ikan ini sedang pupus, jadi ikan ini dipelihara di sanctuary ini untuk membiakkannya….agar anak-anak  nanti dapat lihat ikan kelah bukan lihat gambar ikan kelah.

Lepas ni naik ATV pulak....apalah rupa kami naik ATV tu nanti...