Rabu, 22 April 2020

Makanan Minang di Sari Ratu

Ni gambar lama, waktu kali pertama aku di bawa ke sini. Sekarang dah beekali-kali. Semua kali pun Along aku belanja. Masa ni baru beberapa bulan jadi tukang urut sepenuh masa. Tinggal RM 5 jer tu pekara biasa. Masa makan gaji pun sama. Biasalah kan. Kadang-kadang ada berlaku pekara yang tak diduga. Tiba-tiba menjadikan melebihi perbelanjaan bulan. Tiap kali, mesti ada orang belanja makan sedap sedap. Bila tak da rezeki urut ada rezeki makan makan. Ada masa lepak lepak dengan keluarga. Semua tu pun rezeki. 

   Makanan minang adalah antara yang menjadi pilihan kesukaan Along aku dan keluarganya. Mungkin kerana ia adalah kesukaan anaknya. Ayah kan. Mestilah layan kan kesukaan anak nya. Ada beberapa pilihan lokasib untuk menikmati makanan citarasa dari Padang ni. Tapi kali ni Along pilih Sari Ratu Prima.  yang terletak di Kelana Jaya.

     Tidak perlu risau  parkir kenderaan.  Ada disediakan tempat letak kereta bagi pengunjung Sari Ratu Prima. Asalkan bukan pada waktu puncak.

    Suasana di dalam premis ni selesa. Berhawa dingin. Maka tak perlu risau berpeluh kepanasan ketika menikmati masakan berladonya. Bagi yang tak tahan pedas. Berpeluh tu pasti. Tapi bagi aku, aku ok dengan pedasnya. Suka pedas. Tapi tak boleh pedas pedas sangat.

                             

     Berbagai pilihan ada di sini. Tapi bagi yang meminati otak lembu, tiada di sini. Kalau Urat keting ada. Ikan Nila goreng. Kita panggil ikan talapia. Ada lah beberapa nama menu yang digunakan dalam bahasa Minang Padang. Dalam masa yang sama. Mempelajari perkataan yang baru dari jiran serumpun. Ada sahaja orang Malaysia asal usul susur galur dari Padang sana. Jadi ada perkataan yang biasa didengar dan menjadi tidak asing.

                              

     Macam mana nak pilih banyak-banyak ni. Boleh pilih semua ke? Tak semestinya pilih semua. Pilih mana jenis masakan yang dimahukan. Mereka akan panaskan dan akan dihidangkan dimeja. Jika di Padang. Semua pilihan dihidangkan. Tetapi bayaran hanya dikenakan pada makanan yang dimakan. Jadi sebelum makan. Ketepikan siap siap menu mana yang tidak diinginkan. Agar tak terkejut bila membayar.
                                                                                                             

   Nasinya dihidang begitu rupa. Ada acuannya kali. Biasanya untuk aku tak cukup. Mesti menambah. Tambahan nasi akan dikenakan bayaran. Aku paling suka gulai urat ketingnya. Nak dikatakan masak lemak cili padi. Rasanya jauh sekali. Biasanya masakan dari negara jiran kita ni. Gulainya tu ada bumbu yang sedap baunya. Kuahnya tidak begitu kuning, oren tapi tidak seberapa oren. Paling pasti biasanya. Beberapa jam selepas makan. Mudah keluar angin. 
                                                
                            

     Untuk pencuci mulut, boleh la cuba ais teler nya. Sama juga seperti di Medan atau pun di Padang sendiri. Air buah adalah antara pilihan yang disediakan. Tentu sekali Alpukat menjadi pilihan. Alpukat adalah air buah avocado yang antara bahan campurannya susu dan coklat. Ada juga buah buahan lain. Jika tak berminat air buah. Ada juga pilihan lain seperti Teh botol dan macam-macam lagi.

     Walau kita serumpun. Masakan ada yang sama, tapi rasa ada yang tidak sama. Nasi padang ni tetap ada keunikan tersendiri. Dari cara dihidangkan. Cara masakan. Waima cara masakan diatur di di dalam almari makanan. Masuk masuk dalam dah teruja melihat deretan lauk pauk yang pelbagai. Belum lagi ditambah dengan aromanya. Terus jadi semakin lapar. 

     Apa yang untungnya menjadi rakyat Malaysia. Pelbagai jenis citarasa makanan ada dan mudah diperolehi kerana keadaan negara yang aman, serta disenangi untuk dikunjungi untuk melancong atau dikunjungi untuk menjalankan perniagaan. Ternyata orang Malaysia mudah beradaptasi dengan mana-mana selera sama ada dari negara jiran atau dari negara-negara yang jauh lagi. Membuatkan Malaysia sudah menjadi syurga makanan.

 23 April 2016
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan