Apabila perut dah kenyang barulah boleh berfkir dengan baik. Malam ni kami pilih untuk tidur di Hotel Jasmin yang terletak di Brinchang. Hanya berjalan kaki boleh pergi ke pasar tanpa perlu fikir di mana nak letak kereta. Selalunya memang tidur di sini. Siapa yang aku bawa, aku ajak tidur di sini. Melainkan kalau hotel ni penuh. Kenapa suka menetap di hotel ni, sebab untuk ke bilik ada lif disediakan.
Ada satu lagi kelebihan bila menetap di Jasmin adalah hampir dengan dobi 24 jam. Baru jer ada sebenarnya. Sebelum ni tiada. Memudahkan lagi sebenarnya. Jadinya kamipun ambil kesempatan mendobi semua baju basah, hasil dari berenang-renang di Pulau Giam.
Inilah rupa bilik di Jasmin. Jika bernasib baik dapat bilik ada tingkap. Aku suka bilik ada tingkap tak kiralah mengadap mana. Paling penting udara segar dan sejuk menerjah masuk ke dalam bilik. Itukan sebab ke Cameron Highland. Mahu merasai kesejukan tanah tinggi. Jika ada budget lebih tak perlu lah duduk di sini. Ini bagi orang-orang yang sederhana macam aku. Bukan kerana berjimat atau pun mahi meminimakan perbelanjaan. Tetapi inilah yang mampu mengikut budget.
Bila ke Cameron ada dua tempat makan strawberi coklat di Kampung Sedia ni . Ini adalah salah satunya. Bila nak makan nasi atau makanan tempatan, YZ Farm ni menjadi pilihan. Jika mahu makan scoon dan minum teh satu lagi tempat jadi pilihan. Ada diceritakan dalam entry tahun lepas. Nama tempat itu Agro Bazar. Pastinya ke dua-duanya mempuyai kelebihan tersendiri. Jika tengah hari, aku akan ke YZ farm unyuk makan tengah hari dan menikmati strawberi coklat. Jika pagi atau petang, aku ke Agro Bazar menikmati scoon dan strawberi.
Nyum...nyum..strawberi coklat. Nyaman sekali menikmatinya sambil tengok pokok strawberi yer. Cik miau ni pun dok usha jer. Katanya bila lah orang ni nak berkongsi rezeki dengan aku yer? Berborak dia ni dengan aku. Dok miau...miau. Entah apa yang nak diceritanya. Sabau yer en miau.
Di cameron tak lengkap kalau tak minum teh. Kata berada di temapat tanaman teh tanah tinggi yer. Untuk isi perut yang lapar, maklumlah suasana sejuk, mestilah cepat lapar. Di sini ada mee kari atau mee sup. Jika lapar nasi. Pilihan pelbagai lauk pauk disajikan. Pilih dan bayar jer apa yang suka. Banyak juga pilihan lauknya, panjangkan? Biasanya makan tengah hari di sini. Aku pun tak pernah makan tengah hari di tempat lain.
Tempat ni selesa untuk seisi keluarga. Tempat makan bersebelah jer dengan pokok strawberi. Jika bawa keluarga dalam bilangan yang ramai pun tempat ni masih lagi boleh menampung. Jadi tak perlu risau tak cukup temapat duduk. Tapi kalaudatang waktu cuti sekolah. Tak dapat den nak menolong. Sabar itu perlu.
Kali ni tak banyak lokasi yang aku pergi. Hanya satu malam. Macam lah pernah bermalam di sini dua malam yer. Datang pun untuk rehat-rehat. Jadi berjalan tu limit. Lagi pun dah ke sini ini bukan kali pertama. Tempat yang dah pernah pergi tu kasi keluar dari senarai. Selepas isi perut yang lapar lokasi seterusnya adalah Kea Farm. Kea Farm ni apa yang dijual sama juga dengan apa yang ada di pasar malam di Brinchang. Bezanya Kea Farm ni di tepi jalan, serta ada juga deretan kedai dan Pasar malam Brinchang pula ada lebih banyak pilihan makanan yang halal, dan yer pastilah macam pasar malam. Di Kea Farm ni ada satu kedai makan. Tapi sesuai jika beli tapau, kerana kedainya kecil. Jika menetap di hotel dekat dengan Kea Farm, boleh lah jalan kaki makan di kedai dekat sini.
Di Kea Farm, bagi yang sukakan bunga ros dan bunga-bunga lainnya. Di sini anda boleh dapatkan bunga. Mana tau nak mandi bungakan. Untuk menaikkan seri. Bunga ros di bawah sana mahal. di sini dapatkan lah bunga ros banyak-banyak yer.
Seperti biasa jika ke Cameron Highland, sayur goreng tepung nya memang di cari. Aku suka kincham dan brokoli goreng tepung. Boleh lah jadi kudap-kudapan dalam kereta masa perjalanan balik. Sedap dimakan panas-panas tau. Baru-baru ni aku pernah makan kobis bunga celup tepung di Maulana Serdang. Sedap juga boleh tahan rasanya. Makan panas-panas. selain sayur ada juga makanan laut seperti udang dan ketam yang digoreng. Macam biasa ayam memang tidak ketinggalan.
Cameron Highland ni memang terkenal juga dengan ubinya. Untuk ole-ole pun boleh ubi ni tapi beratlah sikit kalau balik naik bas. Jagung mutiara pun ada di sini, tapi tak ambil pula gambarnya. Sayur di sini ada yang dijual 4 bungkus rm 10 ada juga yang 10 bungkus RM 10. Kalau ahli keluarga ramai, tak dapatlah beli siki-sikit. Bagi peminat pokok-pokok, di sini pun ada dijual pokok-pokok dalam pasu bunga.
Sambungan dari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan