Ahad, 10 Januari 2016

Ikan Celup Tepung Di Pantai Rhu 10

Jika berkunjung di Terangganu ni kalau tak pekena ict (ikan celup tepung) memang tak lengkap. Mak ain kata beli sahaja, tetapi makan di tepi pantai. Orang tak ada mak macam aku ni, tumpang jerlah kasih sayang mak orang lain. Aku suka idea mak Ain tu, luas mata memandang nanti. Mudah sahaja nak mencari kedai ni, betul-betul di tepi jalan. Bukan aku pun yang kena cari, aku ikut jer. Nanti pergi sendiri bawa orang. Mulalah call sana call sini tanya. Rasanya senang nak cari ni. Hampir dengan Caltex Pantai Rhu 10. Lihat pada papan tandalah kan. Udang dan sotong yang bersedia untuk dicelup dalam tepung megah berdiri di tepi jalan.


Sampai sahaja aku tengok tudung saji bersusun. Apa di bawah tudung saji ni yer? Satu-satu aku buka. Macam-macam ada. Ini adalah tempat yang terbaik untuk makan sotong atau pun ikan celup tepung. Selain dari udang, sotong dan ikan yang dicelup tepung. Ada juga jual bebola ketam, keropok lekor dan juga goreng pisang. Banyak pilihan lah juga di sini. Semua ni memang sesuai sebagai juadah minum petang. 


Lihatlah sotongnya. Masa ni sotong ni baru sahaja digoreng. Masih lagi panas dan baunya semerbak. Perut yang tadinya kenyang sudah mula terasa lapar. Tiba-tiba la pulak. Kalaulah bau sotong ni boleh terkeluar dari gambar pastinya ramai kecur air liur. Sotong ni rupanya begitu. Belum dipotong lagi. Selepas dipilih barulah dipotong-potong dengan gunting. Selalu sotong di tempat aku lepas dipotong baru digoreng.


Ini lah ICT tu. Ingatkan ICT yang di Shah Alam. Rupanya ICT tu, ikan celup tepung. Haiii...lahhhh....macam-macam sekarang ni. Ikan ni adalah ikan kembung. Kalau ada nasi sedap jugak ni kan? Bau ikan goreng ni pun boleh tahan juga. Sangat menggoda keimanan dan nafsu makan. Rasa tak sabar untuk menikmati mereka berdua ni. Perlu sabar sedikit lagi, nak makan di tepi pantai kan?


Masa aku datang dengan kawan-kawan tahun 2012 dulu kami makan di sebelah sana tu dalam gambar di bawah, menghadap laut. Menikmati angin pantai. Ramai-ramai 2 kereta mestilah meriah dan seronok. Lepas makan jalan-jalan tepi pantai. Sempat juga mengabadikan gambar kenangan di Pantai ni. Waktu tu ke Terengganu ni untuk hadiri manlis perkahwinan bff. Jauh-jauh pun sanggup datang tau.


Dalam gambar di bawah ni nampak laut yang biru. Tenang sungguh bila lihat laut biru. Luas saujana mata yang memandang. Indah alam ciptaan tuhan. Bersyukur kerana masih dapat menikmati keindahan ini. Mata masih dapat melihat. Kulit masih dapat merasai sentuhan angin dan telinga masih bisa mendengar desiran angin berbisik mesra.


Ini rupanya sotong yang telah pun digunting-gunting. Mudah untuk dinikmati. Setelah memandu beberapa meter dari kedai dan pilih-pilih tempat parking yang selamat. Kami semua sudah pun mengelilingi juadah minum petang. Bersedia untuk menikmati. Siap yer bawa tikar dan pinggan bagai ke sini. Persiapan yang cukup baik.


Inilah antara hasil tangkapan dari kedai tadi. Ikan ini akan masuk ke dalam perut ku yang lapar. Dari kedai tadi tu juga kami beli air kelapa. Baru betul lepak tepi pantai bila ada air kelapa. Kemudian aku pun mula menikmati makanan ini sampai tak ingat dunia. Lupa sejenak keindahan yang terbentang luas dihadapan mata. Makan dulu, apa pun yang terjadi. Alhamdulillah dapat juga makan.


Seusai makan dilangit sudah kelihatan cahaya jingga. Masa terlalu pantas berlalu. Terlalu cemburu rasanya. Rasa macam nak berlama-lama lagi. Tapi ni dah jadi angin maghrib nanti dah bukanya angin petang. Orang tua-tua tak bagi di luar rumah waktu maghrib. Aku pun menikmati keindahan alam diwaktu yang masih tersisa.


Pasir pantai yang putih dan laut yang biru ini pasti aku akn rindu. Ada umur panjang pasti ketemu. Aku pun tak sangka akan ada kunjungan ke dua di pantai ini. Aku pasti akan rindui keluarga ini. Rindu pada mak Ain dan gelak ketawa anak-anak buahnya yang menambahkan keceriaan petang ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan