Masa aku ke kedai buku Dubook ni hari Jumaat tapi aku cuti. Jumaatkan hari kerja. Kenapa yer? Kerana aku ada saudara mara. Macamlah aku jer yang ada saudara mara kan? Hari ni aku ambil cuti. Sebab masa yang ada merupakan masa untuk bersama saudara mara kerana esok adalah hari perkahwinan sepupu aku. Jadinya sebagai seorang sepupu serta anak buah yang ringan tulang aku pun bersedia untuk memberi pertolongan semampu diri aku. Padahalnya bukanlah berat sangat yang aku nak tolong pun. Gempak jer lebih. Kenduri diadakan di dewan dan menggunakan khidmat katering.
Seperti yang dijanjikan aku telah pun tiba tepat pada masanya di Hotel Arina, Bandar Baru Bangi. Terletak di depan bangunan yang berhadap Billion. Memandangkan aku sampai awal dari keluarga Pak Usu aku. Sebab teruja nak tolong masukkan telur pada bunga telur. Itu jer pun tugasannya. Jadi aku melilau di kawasan tu. Dalam banyak-banyak kedai aku tertarik dengan kedai buku. Kedai buku yang bernama Dubook. Sekali dengar macam nama binatang. Tapi memang gambar binatang tu sebagai logonya.
Apakan daya hati terpaut. Lalu depan kedai ni pun buat dua kali toleh. Perlahan aku jalan sambil memerhati. Pertama yang mencuri hati adalah coretan-coretan pada dinding luar kedai. Coretan-coretannya diambil dari penulis-penulis agung Malaysia dan Indonesia. Siapa dalam dunia penulisan yang tak kenal Usman Awang? Siapa yang tak kenal dengan Chairil Anuar? perkara ke dua adalah gambar Usman Awang Black and white. Teringat aku banner pertama aku diusia belasan tahun. Aku lukis gambar pengasas PBSM dan gantung di sekolah masa hari PBSM. Suka bereksperimen aku ni.
Mula-mula hajat hati aku nak cari kedai. Nak duduk-duduk sambil menikmati air kopi. Sambil-sambil tu boleh berangan. Sambil-sambil on line. Apa yang membuat aku patah balik dan melekat dalam kedai DuBook ni adalah ayat pada pintu kedai. Ayat itulah yang membuatkan aku masuk kedai ni. lepas baca aku senyum. lepas tu bagai disihir aku pun menolak pintu dan melangkah masuk kedai. Nak tahu apa ayatnya. Datanglah sendiri. Ada unsur-unsur kejutan sikit kali ni. Jeng...jeng.....jeng.....
Masa aku di dalam kedai ni. Aku belek buku-bukunya. Tiada tanda harga. Aduhai. Aku masih lagi terus membelek. Dalam pada itu kepala aku ligat berfikir rm berapalah harganya. Yerlah nak buat budget. Kalau boleh nak beli satu buku dari sini. Dalam pada aku membelek. Aku ternampak buku bertajuk Terima Kasih Si Babi Hutan. Penulisnya Lepat. Aku ada like page Lepat ni. Kenal tak Lepat? Aku suka ajer mengikuti kisah dirinya. Secara tidak langsung banyak yang boleh dipelajari dari kisah-kisah dirinya. Apa pun aku suka tengok video anak-anaknya terutama Aminah. Manis dengar dia berbahasa Melayu. Walau membesar di negara orang.
Akhirnya aku tanya adik yang jaga kedai ni. Kenapa tak ada ada tanda harga? Adik tu kata "barulah hipster kak". Aduh terlopong lagi aku. Apa pulak hipster ni? Sebagai orang yang bekerja dengan orang muda. Aku kena klik dengan minat orang muda. Tak pasal jadi satu kerja pulak pada diri aku. Carilah maksud hipster ni. Barulah aku tahu wujud genre hipster dalam penulisan. Orang muda macam-macam idea. Darah panas dan adakalanya masih dalam krisis identiti. Semangatnya membuak-buak. Teringat pula aku isi buku yang aku beli di sini. terbitan DubookTajuknya "Lalu Aku Hidup Sebagai Apa". Buku yang menggabungkan penulisan berinspirasi untuk anak muda dan mengambil semangat HAMKA. Terselit juga kisah anak muda yang berjaya. Seperti HAMKA sendiri. Terlibat dalam penerbitan islam pada usia hujung 20 an. Kisah Muhamed Al-Fateh berjaya menakluk Constatinopel. Bagus juga hasil garapan penulis-penulis ni.
Selain buku-buku hipster ni. Ada juga buku-buku cinta karya dari penulis dari seberang. Seperti Bila Cinta Bertasbih. Ternyata karya mereka juga mendapat tempat dihati orang-orang hipster ni. Jadinya tak salah mencuba sesuatu yang baru. Masing-masing ada cara masing-masing. Sebenarnya hanya untuk mendapatkan yang satu. Bagi aku yang satu itu adalah keredhaan Ilahi. Aku tertarik dengan konatasi dari hasil penulisan HAMKA
"kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup, kalau kerja sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja".
Jadinya....kesimpulannya di sini Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?
Apa pun kedai ini walau motonya "Liar dan Angkuh" memberikan satu dimensi yang baru dalam hidup aku. Aku beli buku disini pada hujung Oktober dan berkesempatan membacanya ketika perjalanan aku di Turki. Ketika melihat keindahan Bursa. Laut Marmara yang terbentang luas. Memang penulisannya memberi inspirasi. Ada juga penulisan Hamka berinspirasikan alam yang sangat seiring frekuensinya dengan hati dan keindahan alam yang sedang aku nikmati dan juga hasil pembelajaran yang diperolehi.
Cari lah buku di sini. Mana tahu ada yang berkenan di hati. Jika tidak tahu nak pilih yang mana satu. Tidak mengapa, kerana di satu sudut tersenarai 10 buku yang terlaris. Dari situ bolehlah dijadikan panduan.Apa pun aku suka dengan "freedom of writing". Orang macam aku yang tiada asas penulisan pun boleh menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan