Jumaat, 30 Mei 2014

Dari Semenyih ke Taman Negara Sungai Relau Merapoh

Bagi merealisasikan impian seorang rakan untuk bermandi dengan ikan kelah, sesuatu perlu dilakukan. Impian yang da bertahun tapi saya senyapkan. Kali ini akan direalisasikan Kononnya nak bertolak pukul 9 pagi. tapi lambat jadinya. Hasil dari meminta pandangan seorang rakan vateran, dia nasihatkan tukar dulu timing belt kereta,  memandangkan lagi 500 km untuk sampai 80 000 km. Sudahnya kami bergerak pukul 1230 selepas isi minyak rm 50.

Sebelum tu ambil pula dulu rakan di Sentul. Ini la rakan yang nak sangat mandi dengan ikan kelah. Sewaktu dalam perjalanan boleh tiba-tiba aku tidak ingat jalan. Padahal sudah banyak kali pergi.  Alhamdulillah jumpa la jugak  rumah rakan..kenapa tidak ingat yer??

Akhirnya kami bertiga bergerak ke merapoh...sampai dalam pukul 1830...dari karak kami menghala ke Bentung..melalui Raub, Kuala Lipis dan terus menuju ke Gua Musang...sebaik sahaja nampak signboard Taman Negara Sungai Relau Merapoh wahhh!! Da nak sampai adalah lebih sejam lagi

Baru sedar kami tak makan tengah hari lagi, lagi beberapa minit sebelum caltex yang dijanjikan akan jadi tempat kami berjumpa kami singgah pasar. Hari ni makan kudap-kudapan ajer. Asal isi perut..

Sudah alas perut kami teruskan perjalanan. Sebaik sahaja tiba kami disambut oleh En Roslan atau lebih dikenali sebagai Pak Teh. Kira lewat jugak ler kami sampai. Almaklum la ni kali pertama memandu ke Merapoh ni. Kami terus dihantar ke club house. Sebab untuk waktu ni chalet Pak Teh belum siap lagi.

Kami rehat sekejap tunggu pukul 2100 ni untuk aktiviti safari night, sungguh x sabar inilah kali pertama merasai safari night ni. Macam manalah rupanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan